Wednesday 24 October 2012

KERETA BESI PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA

   ARMORED CARS   
Sebut sahaja tentang kereta pemimpin dunia , pasti sudah terbayang di dalam fikiran pembaca sebuah 'limousine' yang megah dengan struktur yang kukuh , mewah , berperisai , mempunyai ciri-ciri keselamatan kelas pertama dan macam-macam lagi . 

Hal ini bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada pemimpin yang menaiki kenderaan tersebut .





Kita ambil sahaja contoh limousine yang dinaiki Presiden Amerika Syarikat,Cadillac One dilengkapi ciri-ciri keselamatan ampuh dan baik.Dibina khas untuk menangkis serangan 'biochemical', dilengkapi 'run-flat tyres', sistem pandang malam (night vision) malah turut dilengkapi tabung darah (jenis sama dengan presiden) .

Beberapa lapisan khas gelas+bahan elastik/sintetik yang melapisi cermin 'the beast' mampu menangkis sebarang serangan peluru berdiameter kurang 12.7mm seperti projektil raifal AK-47.

Pintu yang menyelimuti tubuh limo ini adalah setebal pintu pesawat penumpang Boeing 737 bagi menahan sebarang hentaman objek keras atau bahan letupan berbahaya yang boleh mengancam nyawa pemimpin .






      Limousine milik Perdana Menteri Britain , David Cameroon , Jaguar XJ-Sentinal Ministerial .




Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pengoperasian limousine berperisai seperti yang di atas. Misalnya,kereta yang digunakan Yang-DiPertuan Agong,Raja-Raja Melayu,Perdana Menteri,pemimpin tertinggi dan lain-lain .


                   
Antara kereta berperisai milik Yang DiPertuan Agong, Maybach 62 (kiri) dan Bentley Continental Flying Spur . Lebih lanjut http/en.wikipedia.org/wiki/Official_state_car                         



    
Armored Limousine Mercedes S600 30" VIP - Rolls Royce Phantom Style


1 comment:

  1. perdana menteri punya takde ke???imba tak?

    ReplyDelete