Bismillahirrahmanirrahim. Assalammu'alaikum w.b.t. Pada tahun 2006 , Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian bernilai RM1.4 Billion dengan syarikat pertahanan Poland , Bumar Labedy bagi mendapatkan sejumlah 48 buah kereta kebal utama PT-91M, 5 buah kereta kebal pembawa jambatan medan PMC Leguan, 3 buah kereta kebal kejuruteraan medan MID-M , 6 buah kenderaan kembalik berperisai WZT-4 serta sebuah kereta kebal pemandu latihan SJ-09 .
" Changes from the T-72 include a new dual-axis stabilized fire-control system, reactive armour, a more powerful engine, transmission and new automatic loader. Unlike many other T-72 upgrades the Polish Army PT-91s are upgraded using elements created almost exclusively by domestic companies (this includes new engine, fire control system and all communication system elements). "
Pelbagai pihak melihat pembelian ini sebagai perancangan bijak yang membolehkan Tentera Darat khususnya memasuki era baru pengoperasian aset berbisa seperti kereta kebal utama (MBT).
Malahan,PT-91M diletakkan dalam kelas yang sama tinggi dengan kereta kebal utama Leopard 2A4/5 milik Jerman,Challenger II milik Britain,T-90 milik Russia malah M1 Abrams milik Amerika Syarikat.Pembelian ini juga bertujuan untuk menggantikan kereta kebal ringan FV101 Scorpion .
Dibangunkan dari 'casis' kereta kebal lama dari jenis T-72,PT-91M dengan berat kombat 48 tan terbukti ampuh di muka bumi Malaysia yang berbukit bukau dan bertanah lembut (gambur misalannya) .
Prestasi sesebuah MBT akan menjadi tidak memuaskan apabila kereta kebal utama dari blok Berat seperti M1 Abrams dengan berat 65 tan+ dibawa masuk ke bumi Malaysia .
Dilengkapi enjin PZL-Wola S-1000R berkuasa 1000hp (kuasa kuda),PT-91M mampu memecut sehingga 70km/j di jalan raya.
Pad getah khas yang dipasang pada runut PT-91M adalah dari jenis sama yang dipasang pada kereta kebal utama Leopard 2 buatan Jerman menyerlahkan lagi prestasi PT-91M di medan perang .
Taring utama PT-91M tidak lain dan tidak bukan adalah meriam utama 125mm dari jenis Konstruka 2A46MS.
Meriam utama Konstruka 2A46MS 125mm memuntahkan laharnya ! |
Meriam versi ini dijamin 23-26% lebih baik ketepatan sasaran tembakannya berbanding versi asal 2A46 yang dilengkapkan pada kereta kebal T-72. Sistem kawalan tembakan SAGEM Savan-15 dengan sistem bantuan navigasi INS (Inertial navigation system) SAGEM Sigma-30 membantu memastikan setiap tembakan tepat mengenai sasaran sehingga ketepatan jarak 3km+.
Sistem penglihatan panoramik optronik SAGEM VIGY-15 yang dipasang pada PT-91M adalah sama seperti yang terdapat pada kereta kebal utama Perancis,Leclerc .
Beralih kepada isu di atas iaitu mengenai perisai yang ada pada kereta kebal utama ini.Perisai utama yang ada pada PT-91M adalah dari jenis 'explosive reactive armour' selain perisai komposit yang menyelimuti kerangka/casis utama PT-91M.
Perisai jenis ERA ini berfungsi menghamburkan semula letupan projektil bersuhu tinggi (high-explosive anti-tank) akibat dari hentaman projektil ke arah berlawanan (memantulkan) justeru dapat meminimumkan kesan hentaman projektil anti-kereta kebal ke arah PT-91M seterusnya menyelamatkan nyawa krew kereta kebal .
Walaubagaimanapun,blok reaktif ERA ini hanya akan aktif sekiranya dihentam dengan menggunakan projektil berkaliber 84mm dan ke atas.Tiada jaminan ke atas nyawa penumpang sekiranya kereta kebal dihentam oleh projektil anti-kereta kebal lebih daripada satu kali di kawasan blok reaktif yang sama .
Blok-blok kebuk reaktif yang dipasang pada PT-91M adalah dari jenis ERA,ERAWA 2&3 yang menutupi bahagian sisi kanan,kiri,hadapan dan belakang (bagi mengurangkan kesan hentaman projektil) serta bahagian atas dan sekeliling turet (bagi menangkis serangan 'top attack missile' seperti Javelin).
Terdapat sistem keselamatan lain yang dipasang seperti sistem amaran laser dari jenis PCO SSP-1 Obra-3 dan pelancar grenad asap 81mm selain jaring khas kalis inframerah .
PCO SSP-1 Obra-3 'laser-warning system' ini dipasang pada kesemua empat penjuru turet membolehkan laser dipancarkan dari semua arah (360 darjah).
Laser yang dipancarkan akan mengesan sebarang projektil/peluru berpandu anti-kereta kebal yang bergerak dengan kelajuan tinggi menuju ke arah PT-91M seterusnya memberikan amaran kepada krew kereta kebal bagi membolehkan tindakan pencegahan selajutnya diambil seperti melancarkan grenad asap .
Jaring khas (anti-IR netting) dapat mengaburkan titik penglihatan projektil/peluru berpandu yang dilancarkan. Hal ini kerana sesetengah projektil/peluru berpandu anti-kereta kebal tersebut mencari sasarannya melalui haba yang dipantulkan kereta kebal terbabit.
Jaring khas ini sering kita lihat dipasang pada PT-91M semasa latihan-latihan ketenteraan di dalam hutan dijalankan. Mengagumkan bukan sistem keselamatan dan perisai yang ada pada PT-91M ?
Malah bukan itu sahaja,sistem komunikasi dan perhubungan taktikal yang ada pada PT-91M dikatakan antara yang tercanggih dalam kelasnya.Walaubagaimanapun,hal sulit itu tetap akan menjadi rahsia Kor Armor DiRaja (KAD) .
Meskipun begitu,penulis amat menyokong sekiranya kerajaan ingin menambah lagi bilangan kereta kebal utama memandangkan ia adalah aset yang ampuh lagi berbisa di medan perang malah turut disukai general-general perang darat.
Bilangan 48 buah meskipun dilihat amat sedikit namun mampu memberi pendedahan awal kepada Angkatan Tentera Malaysia tentang selok belok peperangan darat melibatkan sistem peperangan elektronik . Majulah Angkatan Tentera Malaysia Mempertahankan Kedaulatan Malaysia Negara Tercinta !
Bumar Labedy PT-91M 'Pendekar' photo via : N.S. Shah / Perajurit |
Tank siluman
ReplyDelete