MBDA Seawolf Vertical Launch Missile ( Surface-to-Air )
Tarikh 23 Oktober 2012 menyaksikan TLDM berjaya melancarkan
peluru berpandu permukaan ke udara dari jenis Sea Wolf (abang kepada Sea
Cat) dari platform kapal perang negara,Kapal Diraja (KD) Lekiu (30). KD Lekiu
adalah antara aset permukaan paling berbisa sehingga kini yang dimiliki TLDM
selain KD Jebat (29). Kedua-duanya dari kelas frigat dengan berat 2000 tan ke atas.
Seawolf mampu memusnahkan sasaran udara seperti peluru berpandu dan pesawat pejuang dengan meluncur ke arah sasaran dengan kelajuan sehingga 3 Mach sehingga jarak 10km berpandukan radar kawalan tembakan khas.Saiz yang kecil dengan tujahan melampau 'Cadiz booster motor' pasti menyukarkan pihak musuh mengelak dari hentaman ledakan 14kg bahan letupan Sea Wolf.
Namun,saya menganggap Sea Wolf lebih efektif dalam menangkis kemaraan peluru berpandu anti kapal berikutan jarak operasinya yang terhad iaitu kira-kira 10km.Alaf ke-21 ini,Sea Wolf dianggap kurang lagi efektif untuk menembak jatuh pesawat pejuang moden seperti F/A-18F Super Hornet,Dassault Rafale dan lain-lain kerana masing-masing sudah dilengkapi senjata khas untuk membedil kapal permukaan lebih dari jarak 50km.Misalnya,peluru berpandu udara-ke-permukaan dari jenis AGM-84 Harpoon,Naval Strike Missile,Kh-35 dan sebagainya.
F-16 Falcon dilengkapi peluru berpandu anti-kapal AGM-84 Harpoon (putih) |
Walaubagaimanapun,Sea Wolf hanya dikelaskan sebagai peluru berpandu pertahanan udara aras rendah dengan jarak operasi yang terhad berbanding peluru berpandu negara jiran dengan jarak operasi melebihi 25km dari jenis Aster15/30. Hal ini perlu diberikan lebih perhatian memandangkan corak peperangan konvensional masa kini sering berubah-ubah seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini.
Ramai penganalisis pertahanan tempatan dan rakyat Malaysia sendiri berharap dengan perolehan batch kedua NGPV atau Second-Generation Patrol Vessel (SGPV),TLDM akan memasuki era baru dalam pengoperasian peluru berpandu pertahanan udara aras sederhana mungkin dari kelas RIM-162 ESSM , Mica , Aster 15/30 dan sebagainya . Hal ini bagi mengukuhkan lapisan benteng pertahanan udara negara di kawasan maritim terutamanya dari ancaman peluru berpandu anti-kapal,pesawat pejuang,pesawat pengintip dan sebagainya .
Malaysia juga sedang memerhati dalam diam isu tindihan kepulauan Spratly yang menjadi idaman negara-negara di Asia Tenggara termasuk kuasa besar China berikutan kekayaan hasil buminya.Namun begitu,perolehan aset baru seperti SGPV/OPV amat sesuai dan proaktif dalam menjaga kepentingan Malaysia di sana. Situasi ini juga sebenarnya mendorong negara memperolehi MRCA yang benar-benar menepati kehendak peperangan semasa dan akan datang di samping tujuan utama bagi menggantikan perkhidmatan MIG-29N Fulcrum .
Sukhoi SU-30MKM memimpin barisan pertahanan udara negara. |
Akhir kata,syabas diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Laut DiRaja Malaysia atas ujian penembakan peluru berpandu permukaan-ke-udara dari jenis BAE Sea Wolf di Perairan Selat Malaka baru-baru ini justeru meningkatkan kesedaran negara-negara di rantau ini tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia .
Wallahu'alam .
harapan awam macam sy ni,tidaklah keluarga sy disana berpeluk tubuh..usahakan agar kita dapat memperoleh perisai negara seperti peluru jarak jauh manual,semi manual,semi outo dan outo..kerna,kita dicemburui oleh byk manusia..kedaulatan kita hanya tuhan yg mampu beri,tanpa usaha untuk menjaganya atau usaha yg sekadar nama,tidak mencerminkan kita bersyukur padanya...more stuff,save our family...that`s my words...
ReplyDeleteTerima kasih Tuan sudi beri maklum balas .
ReplyDeletePEMBERI KOMEN PERTAMA DI W.O.M.M.S. YANG AMAT SAYA HARGAI,
Saya bersetuju dengan kata-kata Tuan bahawa kedaulatan memang anugerah Allah S.W.T. supaya umat manusia mampu hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera .
Mudah-mudahan kedaulatan Malaysia dapat dikekalkan. Cuma apa yang dikesalkan,sikap sesetengah pihak yang memikul agenda tersendiri cuba menggugat keselamatan negara. Lebih menyedihkan keruntuhan akhlak generasi muda kini yang akan mencorak kepimpinan negara pada masa akan datang . Astaghfirullahal'azim
Mudah-mudahan kita sentiasa dalam keredhaan Allah S.W.T. Insya-Allah .
baggus artikel yg anda keluarkan..teruskan usaha anda..!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah , Terima kasih Tuan ... ^_^
DeleteIn sha Allah
ni yang saya suka ni..lebih banyak benda mengenai teknologi pertahanan yang saya boleh belajar memandangkan saya terlalu minat dan mempunyai banyak idea untuk pertahanan namun terbatas kerana tidak mempunyai peluang mengeluarkan idea
ReplyDelete