Hari berganti hari,masa berundur tidak akan sesekali . Keperluan MRCA Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kian mendesak.
Hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi , barisan pesawat pemintas utama negara , MIG - 29N Fulcrum akan ditamatkan perkhidmatan.
Mengikut jadual , pembelian perlulah dilakukan sekurang- kurangnya pada akhir tahun 2012 / awal tahun 2013. Sebelum tahun 2015 ,kumpulan pertama pesawat MRCA terbaharu perlu berada dalam inventori barasan hadapan TUDM.
Hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi , barisan pesawat pemintas utama negara , MIG - 29N Fulcrum akan ditamatkan perkhidmatan.
Mengikut jadual , pembelian perlulah dilakukan sekurang- kurangnya pada akhir tahun 2012 / awal tahun 2013. Sebelum tahun 2015 ,kumpulan pertama pesawat MRCA terbaharu perlu berada dalam inventori barasan hadapan TUDM.
Calon yang disebut-sebut ialah JAS-39 Gripen , Dassault Rafale , F/A-19E/F Super Hornet dan Eurofighter Typhoon .
Pesawat Pejuang Generasi ke-4.5 Boeing F/A-18F Super Hornet |
DAKWAAN MALAYSIA BERHASRAT MENYEWA GRIPEN ?
Malaysia memang terkenal dengan dasar pemindahan teknologi dalam mana-mana urusan pembelian yang dijalankan dari alatan bersaiz kecil seperti Colt M4 Carbine sehinggalah ke kapal permukaan dari kelas Meko A-100.
Oleh yang demikian,Malaysia seolah-olah tidak mendapat apa-apa keistimewaan jika bertindak menyewa pesawat pejuang Gripen dari Sweden.Dari segi peruntukkan sememangnya murah pada jangka masa pendek,namun amat merugikan pada jangka masa yang panjang .
Oleh yang demikian,Malaysia seolah-olah tidak mendapat apa-apa keistimewaan jika bertindak menyewa pesawat pejuang Gripen dari Sweden.Dari segi peruntukkan sememangnya murah pada jangka masa pendek,namun amat merugikan pada jangka masa yang panjang .
GRIPEN TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI ?
Salah satu faktor utama yang menyebabkan Gripen tersingkir ialah ia tidak memenuhi semua syarat tender program MRCA kerajaan Malaysia.Rakyat Malaysia sendiri mengetahui Malaysia lebih selesa menggunakan pesawat dua enjin jet yang lebih berkemampuan berbanding satu enjin.Gripen juga tidak mampu membawa bebanan persenjataan yang banyak.
Malaysia juga memerlukan pesawat MRCA yang mampu beroperasi pada jarak yang jauh dengan kelajuan yang tinggi hasil tujahan dua enjin supersonik di samping bebanan persenjataan yang banyak untuk dikejarkan ke kawasan konflik seperti Sabah,Sarawak mahupun Kepulauan Spratly dalam masa yang singkat.Malaysia sedang memerhatikan situasi di Spratly dengan penuh gusar dan risau .
Oleh hal yang demikian,pengeluar Gripen (firma SAAB) secara terus membuat tawaran sewaan ke atas pesawat Gripen kepada pihak kerajaan sebagai jalan terakhir berikutan penyingkiran Gripen pada peringkat awal penilaian tender MRCA dibuat .
DASAR EMBARGO U.S.A. MEMBEBANKAN
Tindakan India menyingkirkan Gripen dari tender program MRCA-nya adalah disebabkan banyak peranti dan peralatan avionik,perkakasan dan enjin Gripen itu adalah buatan Amerika Syarikat (A.S.) sendiri.Jika A.S. melaksanakan dasar embargonya terhadap Malaysia,Gripen TUDM akan berhadapan dengan masalah akibat kaitan produk-produk buatan A.S. di dalam pesawat .
Begitu juga jika Malaysia memilih pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat seperti F/A-18E/F Super Hornet,Malaysia juga akan terkesan jika A.S. melaksanakan dasar embargonya .
DASAR EMBARGO U.S.A. MEMBEBANKAN
Tindakan India menyingkirkan Gripen dari tender program MRCA-nya adalah disebabkan banyak peranti dan peralatan avionik,perkakasan dan enjin Gripen itu adalah buatan Amerika Syarikat (A.S.) sendiri.Jika A.S. melaksanakan dasar embargonya terhadap Malaysia,Gripen TUDM akan berhadapan dengan masalah akibat kaitan produk-produk buatan A.S. di dalam pesawat .
Begitu juga jika Malaysia memilih pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat seperti F/A-18E/F Super Hornet,Malaysia juga akan terkesan jika A.S. melaksanakan dasar embargonya .
TAMPARAN HEBAT F-15SG EAGLE VS SUKHOI SU-30MKM
Cabaran hebat buat inventori TUDM,pesawat pejuang hasil naik taraf termaju F-15SG Strike Eagle milik negara jiran Singapura menjadi saingan hebat Sukhoi SU-30MKM. Pesawat ini yang dilengkapi radar AESA termaju keluaran Raytheon,kemampuan air-to-air yang mantap (dilengkapi AIM-120C AMRAAM,AIM-9X,GBU-38 JDAM,AGM-154 JSOW,Derby,Phyton 5) dan ditambah pula dengan tujahan dua buah enjin 131kN yang memberi kuasa pecutan penuh 2.45 Mach.
Dipercayai dengan kelebihan Thrust Vector Control (TVC) dan capaian peluru berpandu jarak jauh R-77 (AA-12 Adder/AMRAAMSKI) berpandukan radar PESA NIIP N011M BARS yang ada pada pesawat Sukhoi SU-30MKM meletakkannya setanding dengan F-15SG Strike Eagle milik Singapura .
Namun mampukah pesawat pejuang ringan (light-weight) seperti Gripen atau F/A-18E/F Super Hornet yang diomtimumkan untuk serangan maritim menghadapinya ?
ADAKAH MEKANISME SESUAI MENYAMBUT KEDATANGAN PESAWAT STEALTH JSF F-35 L-II KE RANTAU INI ?
Singapura mendahului negara-negara di rautaunya sendiri apabila akan menjadi negara pertama pengoperasi pesawat pejuang halimunan (stealth) generasi ke-5 dari jenis F-35 Lightning II menjelang tahun 2015-2020 kelak.Setidak-tidaknya Malaysia perlu berada sedekat yang mungkin di belakang Singapura dari segi penggunaan teknologi peperangan udara .
Pesawat yang menyediakan saingan udara paling ampuh dan terdekat tidak lain tidak bukan ialah Eurofighter Typhoon.Eurofighter Typhoon dibangunkan dengan reka bentuk 'aerodynamic' dan bercirikan semi-stealth akibat pengurangan 'radar cross-sectional area' yang dipantulkan badan pesawat tersebut . Turut dilengkapi radar dan sistem avionik tercanggih dari blok Eropah,bisa Eurofighter ditambah pula dengan pemasangan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (long range AAM) dari jenis MBDA Meteor .
Menurut sumber penulis,cadangan BAE untuk menggunakan AIM-132 ASRAAM sebagai salah satu senjata pada platform terminal persenjataan Eurofighter Typhoon yang ditawarkan kepada negara adalah kurang bijak.Meskipun dikategorikan sebagai peluru berpandu jarak dekat,namun reka bentuk peluru berpandu ini (seperti gambar di atas) kurang meyakinkan dan sedikit pelik .
Dengan jarak operasi sehingga 18km dan berkelajuan 3+ Mach,ia diprogramkan untuk menghentam sasaran udara.Namun,efektifkah ia untuk menghentam jatuh pesawat 'high maneuverable' terutamanya pesawat dari blok Russia dan Eropah ? Sebagai sebuah peluru berpandu 'infrared homing' (heat seeking) dengan jarak yang terhad,relevankah kawalan (maneuverability) peluru berpandu ini hanya terletak pada 4 sayap kecil di hujung motor ? Dalam erti kata lain,ASRAAM hanya bergantung pada sayap kecil untuk mengawal dan kurang mempunyai bentuk thrust-vector (high agility in the air) .
Untuk mencapai keberkesanan optimum menjatuhkan sasaran udara yang bergerak laju bersama kawalan mantap hasil Thrust Vector Control,reka bentuk sesebuah peluru perlulah cukup aerodinamik dengan kawalan sayap yang lebih efisien bagi memastikan kelancaran dan 'agility' peluru berpandu itu meluncur di udara ke arah musuh.Ciri 'high maneuverability' yang ada pada sesebuah peluru berpandu membolehkan ia membuat belokan tajam secara lincah di udara seterusnya menghentam sasaran dengan tepat dan jayanya !
STRATEGI PEMBELIAN SENJATA MENJAGA HATI SEMUA PIHAK
Adakah anda tahu dengan cara bagaimana Malaysia ingin menjaga kepentingan ekonominya dengan banyak negara,sedangkan Malaysia memang hendakkan barang dari satu-satu negara tersebut ?
(dengan rujukan khas Perajurit-Penjana Pemikiran Pertahanan,MilitaryofMalaysia.net)
Malaysia menggunakan kaedah 'Tender Tertutup' di mana beberapa helaian jemputan dihantar kepada pihak pihak yang berminat menyertai tender tersebut dengan objektif utama menyatakan hasrat Malaysia mengenai "Keperluan MRCA Baharu Untuk Melengkapkan Tentera Udara DiRaja Malaysia".
Misalnya,Malaysia memang hendakkan Eurofighter Typhoon sejak awal lagi.Namun,Malaysia tidak boleh membelinya secara langsung dari United Kingdom (UK) sedangkan negara-negara lain seperti Russia,Perancis dab Amerika Syarikat juga merupakan pengeluar pesawat pejuang dan turut menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara .
Andai kata Malaysia kemudiannya membeli Eurofighter Typhoon,negara-negara lain akan mendapat gambaran bahawa perniagaan ini berlandaskan konsep yang adil dan saksama . Hal ini berikutan tender sudah pun dihantar kepada mereka dan 'final selection' telah dibuat mengikut tender siapa yang terbaik, sedangkan Malaysia memang menginginkan Typhoon .
Firma dan syarikat pertahanan yang tidak berjaya memenangi tender tidak boleh berkata apa dan berkecil hati kerana tender sudah pun dihantar kepada mereka dan pemilihan dibuat berdasarkan tender dan tawaran yang terbaik .
Gandingan mantap F/A-18D Hornet dan MRCA baharu pasti menjadi mimpi ngeri negara yang ingin mengganggu gugat kedaulatan negara tercinta . |
Akhir kata,saya amat berbesar hati jika kerajaan dapat menyegerakan pembelian MRCA baru ini.Terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan Malaysia dan faedah jangka panjang mengenai keputusan yang akan dibuat .
MAJULAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DEMI AGAMA,NEGARA DAN BANGSA !
MAJULAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DEMI AGAMA,NEGARA DAN BANGSA !
malaysia lemah lagi...sy harap kita dpt kerja sama menghasilkan peluru berpandu pertahanan long range...yakni yg perisai....bukan menyarang...perisai yg ampuh dan dlm masa yg sama menghancurkan...use more stuff,save our brother sister...
ReplyDeleteand you know what....the times is counting...im muslim,dont look at my names,im imad...kita cuma bangsa kecil di muka bumi ni...org cuma tunggu kesempatan ja..lagi pula,sistem beraja kita byk dicemburui...dari dlm dan luar negara..tetapi kalau sy harap,RND kita bukan yg jenis makan tidow mcm badan kerajaan yg lain,kita jaga negara,kedaulatan,dan kedaulatan itu hanyalah tuhan yg mampu beri...kereta kebal pula..sy tengok,semua yg jenis tadah missile atas kepala...barel pula,kana serpihan langsung tak blh pakai!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteInsya-Allah kita bermula dari bawah.Setiap perkara ada hikmahnya.Mungkin kita tidak menonjol dari segi peruntukan keselamatan yang agak kecil,tetapi kebajikan rakyat amat diutamakan (tindakan wajar sesebuah negara Islam seperti Malaysia .
ReplyDeleteKekangan wang memaksa kita untuk berehat sebentar.Kerajaan membelanjakan wang untuk pembangunan keperluan pertahanan tertentu sahaja.Alhamdulillah kita telah menggunakan tenaga tempatan membina OPV Meko A-100 Kedah class,Deftech AV8 8X8 dan lain-lain.
Hehe.Kepakaran kita belum sampai ke tahap membina sendiri peluru berpandu AAM jarak jauh Tuan.Jika kuasa besar dunia terutama AS tahu Malaysia berjaya membangunkan sendiri senjata sedemikian,pasti Malaysia dijadikan sarang perisik handalan mereka.Merujuk kepada hal Main Battle Tank pula,Malaysia berada di landasan yang betul membeli PT-91M yang menepati spesifikasi MinDef.Kata putus saya,Insya Allah Malaysia akan aman selagi kedaulatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia utuh dan stabil. ^_^
Saya berpendapat Malaysia perlu bermula dengan mengeluarkan sendiri senjata-senjata seperti raifal infantri dan peringkat bantuan kompeni seperti GPMG, grenade launcher, dan mortar. Kita juga harus membuat sendiri sistem artileri sehingga kaliber 155mm.
ReplyDeleteSedang kita masih jauh dari mampu untuk mengeluarkan sendiri sistem senjata yang advance seperti misil, kita boleh memulakan dengan menghasilkan pelancar roket. Banyak cabaran perlu dirintangi terutama yang berorientasikan politik.
Keupayaan Deftec dalam jangka panjang boleh dioptimumkan untuk menghasilkan kenderaan berperisai atau kereta kebal, bermulalah dengan kereta kebal ringan seperti Scorpion.
Juga, kita perlu proaktif menghasilkan UAV sendiri.
Bagi TUDM, saya rasa kita memerlukan MRCA sekurang-kurangnya 2 skuadron, 12-18 unit bagi digandingkan dengan SU-30MKM yg sedia ada dan dilengkapkan dengan keupayaan anti pesawat jarak jauh. Bagi MiG-29N, boleh digunakan sebagai pesawat latihan atau diaturgerak ketika keperluan mendesak sepertimana F5E yang masih lincah diaturgerak semasa eksais.
Untuk pertahanan udara, ATM memerlukan sistem yang lebih jauh jaraknya. Misil-misil pertahanan udara aras rendah juga harus ditambah di samping misil aras sederhana.
Dan saya mencadangkan agar kakitangan awam diberi latihan asas ketenteraan dengan diberikan imbuhan berpatutan dan latihan berkala atau tahunan, ingat kita ada lebih dari 1 juta kakitangan awam, jika 10% daripadanya saja kita akan ada 100,000 tenaga yang boleh diaturgerak ketika kecemasan atau bila ada keperluan. Untuk itu kita perlu hasilkan sendiri raifal dan senjata ringan bantuan lain seperti GPMG, HMG dan mortar.
Terima kasih saudara SuDD kerana sudi beri maklum balas .
DeleteBenar,saya setuju dengan kata-kata saudara . Malaysia sepatutnya sedang berusaha mencipta sendiri senjata dari peringkat paling bawah,kemudian terus maju setapak demi setapak .
Blueprint dan hak cipta untuk memasarkan sendiri senjata amat menguntungkan kerajaan dalam tempoh 20-30 tahun akan datang . Misalnya , blueprint Meko A-100,AV8 PARS dan raifal M4 . Tidak hanya bergantung kepada yang disebutkan tadi sahaja,firma tempatan seharusnya cuba menghasilkan ammunition sendiri untuk raifal dan meriam G5 155mm misalnya,raifal,grenad,pelancar roket mudah alih ataupun mencari alternatif bahan api menggunakan sumber tumbuhan untuk aset-aset ATM .
Misalnya , seperti yang dilakukan AS . Mereka membangunkan gasolin (kalau tidak silap saya) dari ekstrak jagung sebagai bahan api Super Hornet ... Mengagumkan bukan ? Wallahu'alam .
utk pengetahuan saudara saudari.. jika kita hendak mengatakan kita adlh ketingalan ke blkg, x juga.. jika kita kata pertahanan negara kita terkehadapan x jugA.. yg memainkn peranan pertahnan zaman skrg ialah perisikan, kecanggihan dan diplomatk.. ya, malaysia merupakan negara yg kecil dan x mempunyai jet pejuang yg byk, tapi tahu kah anda bahawa malaysia hanya satu2 negara memiliki senjata yg amat ampuh ratio nya spt 1:10 kalau x silap.. jika s'gpore mempunyai byk jet pejuang tapi komando kita pula memainkan peranan mereka adkh jet pejuag itu mampu berfungsi.. sye x nk ckp lbh lanjut kerana ia adlh rahsia.. mengapa kita xde membuat senjata sndrik, keadaaan ini sy dpt simpulkn dgn keadaan politik semasa negara kita plus pengaruh kuasa luar.. itu shj sya dpt katakan.. berkenaan penambahan skuadron MRCA kita.. ya ia mmg satu keperluan.. tapi jgn kita terlepas pndg, MRCA tanpa AEW&C akn membuat mereka spt terbang dlm buta.. hal ini kerana negara jiran yg mempunyai AEW&C ini akn mendpt gandingan yg berbisa iaitu radar dari darat dan udara.. dan ia juga mampu berfungsi sbg jammer.. bygkn jika d darat radar kita telah d musnahkn?? sekrg2 nya jika ada AEW&C, kita ada dua mata.. terima kasih atas keprihatinan saudara saudari pada pertahanan negara.. saya berharap ramai lagi akn melihat pertahanan nih pada satu perspektif yg begitu meluas.. insyaAllah
ReplyDeletebtul tu..bg org awam yg xpernah masuk center operasi ATM mesti akan ckap ATM kita ketinggalan..sbenarnye tidak..ada aset2 yg kita tidak ketahui..bg yg pernah masuk mesti akan kagum..terutama klau dapat masuk center operasi di butterwoth t kuantan..tp bkn senang orang awm nk dpt masuk..kerana teramat rahsia..
DeleteTeramat rahsia sehingga enjinpun boleh hilang
Deletetu apa yg ditulis dlm paper ..tp disebalik kisah kehilangan enjin tu ada sapa tahu..
Deletekepada anonymous 24 march 2013 00:23-enjin hilang israel pun mngalami masalah yg sma...so kalau text nak menghasut atau nak memburukkn atm,,,baik lu cermin dlu lu pnye muke...org mcm ni la yg xreti erti syukur..bangsa pencacai anwar si beruk gile kuase...
ReplyDeleteTak payah komen negatif,isu isu begini nak masukkan dalam politik kotor PR kamu tu.Saya berasa bangga dapat melihat kekuatan yang dah sedia ada pada ATM kita.Misalnya ,Kalaulah anda seorang Pemimpin negara,adakah anda akan tayangkan semua kekuatan yang ada? atau merahsiakan hampir 90% dan hanya tunjukkan 10% kekuatan sedia ada sahaja?Perlulah pencacai PR yang masuk dan komen pasak enjin hilang itu belajar lebih lagi.kadang2 "ada benda boleh tunjuk,ada benda lebih baik rahsia".Kalau kita tunjuk 100% kekuatan kita,musuh pasti akan dapat cari dimana kelemahan kekuatan kita itu sendiri.
ReplyDelete.bodoh sekiranya kita menunjukan kekuatan sebenar..mereka boleh rancang untuk memintas kita..biar mereka tak tahu dan hayal dengan kelebihan yg mereka ada...tetapi jika peperangan sebenar..itulah yg jadi penentunya.. tau2 dah kena tibai..ini juga adalah salah satu dari strateji peperangan, mengenai MRCA baru ini saya harap kita mesti lebih berani membuat perubahan besar terutama jumlah pesawat yg di ambil itu hendaklah mengikut keperluan keadaan semasa di mana cabaran di Pulau Spratly adalah sangat membimbangkan.. kita negara kaya ..duit cukup untuk itu! kita sebenarnya memerlukan sekurang2nya penambahan 5 skuadron dari dua jenis pesawat jenenerasi 4.5 dan 5. .. kita juga memerlukan helikopter menyerang , ..peluru perpandu Balastik jarak jauh jika pertahanan udara kita musnah.. perlu ada penangkis pesawat dan penangkis peluru perpandu. bilangan kapal selam perlu di tambah 3 buah lagi ..barulah negara2 lain cuba memperkotak katikan malaysia jadi kecut telor! pembangkang pula haruslah bersifat nuetral dalam hal keselamatan negara..kerana negara Singapura yg kecil itu membenarkan bajet pertahananya mengikut kehendak semasa berbanding Malaysia yg jauh lebih besar luas tanahnya..
ReplyDeletenapo sonyap yo?? mm??........ 2015 dah dokat nih! Uerofighter Typhoon jadi tajuk utama MRCA 2015!.. komen...komenn...
ReplyDeleteHu hu..no komen..semuanya boleh kalau ada duet
ReplyDelete