Wednesday, 24 October 2012

MISSILE CHART [1] - AIM-54 PHOENIX (Long-Range Air-to-Air Missile)

   AIM-54 Phoenix   
The AIM-54 Phoenix is a radar-guided, long-range air-to-air missile (AAM), carried in clusters of up to six missiles on F-14 Tomcats, its only launch platform. The Phoenix was the United States' only long-range air-to-air missile. The weapons system based on Phoenix was the world's first to allow simultaneous guidance of missiles against multiple targets.




1.Bismillahirrahmanirrahim . Assalammu'alaikum w.b.t. Pada slot M.C. kali ini,kita akan mengulas serba sedikit mengenai peluru berpandu jarak jauh udara-ke-udara buatan Raytheon,syarikat pertahanan Amerika Syarikat iaitu AIM-54 Phoenix pada tahun 1974 . Senjata ini menggunakan panduan semi-aktif dan 'active radar homing'.                                      

                                                     


2. Berkelajuan sehingga 4680km/j atau 5 Mach,AIM-54 mampu menghentam sasaran udara sejauh 190 km . Walaubagaimanapun , peluru berpandu ini ditamatkan perkhidmatan dari 'United States Navy' pada tahun 2004 sepertimana pesawat F-14C Tomcat yang mula digantikan secara berperingkat-peringkat.AIM-54 digantikan dengan AIM-120 AMRAAM yang jauh lebih canggih tetapi jarak operasi yang lebih pendek (121km+) dan dilengkapkan pada pesawat F/A-18E/F Super Hornet .

3.Apa yang menjadi keunikan senjata berbisa ini adalah satu-satu platform pelancar sulungnya iaitu pesawat F-14 Tomcat [maksimum 6 buah pada satu-satu masa].Kedua-dua pesawat dan peluru berpandu ini masih dioperasikan Tentera Udara Republik Iran walaupun persoalan tentang status pengoperasinnya timbul .

4.Penggantinnya dengan AIM-120 yang lebih ringan,kecil dan fleksibel amat memenuhi keperluan peperangan semasa . Misalnya,pada tahun 1999,peluru berpandu ini gagal menghentam pesawat MIG-23 dan MIF-25 milik Iraq . AIM-54 Phoenix pada asalnya direka bagi melengkapi pesawat pemintas US untuk menangkis ancaman pesawat penyerang/pengebom strategik seperti pesawat buatan Soviet,Tupolev Tu-4K yang membawa peluru berpandu anti kapal .

5.Jurang yang agak jauh bagi membandingkan keberkesanan senjata yang dicipta untuk membedil pesawat pengebom yang bersaiz lebih besar dan perlahan berbanding pesawat pejuang yang bersaiz kecil,lebih pantas dan lincah .

No comments:

Post a Comment