Saturday, 29 December 2012

AMPUHNYA ASET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERPAKSIKAN STRATEGI ( ENTRY TERAKHIR 2012 )

Avibras Astros II kekal menjadi aset pemusnah utama
   BERCUTI PANJANG ?  

Assalammu'alaikum w.b.t. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi blog yang tidak seberapa ini . Baru setengah tahun beroperasi namun sudah mencatatkan lebih 10,000+ pageviews , terima kasih sekali lagi .


Saya benar-benar mohon maaf jika artikel saya kali ini kurang berkualiti dan bermutu berbanding sebelumnya . Saya betul-betul tiada 'mood' dan sedih . Perlu masa sebenarnya ingin perah idea .


Sebelum itu , saya ingin mengucapkan selamat berjuang pada sahabat-sahabat yang akan menduduki SPM pada tahun 2013 , khususnya Faiz Ridwan , Nafisah , Shafiq , Fiqrii , Hakim , Aini , Fitri , Azry , Luqmanul Hakim dan sahabat lain serta pelajar SM Sains Tuanku Munawir (SASER) dan SMK Seremban Jaya 2 khususnya yang lahir pada tanggal 1996 Masihi . Selamat menempuh usia emas remajamu dengan berhati-hati !

Tuan-tuan , saudara yang saya hormati , jika terserempak dengan penulis di Masjid Sikamat , Seremban waktu solat Jumaat sepanjang sesi 2013 , sila tegur ya . In sha Allah .

Sebenarnya , saya tiada 'mood' untuk update pasal cuti sekolah tinggal beberapa hari dan kesuntukan masa untuk mempersiapkan diri menghadapi SPM . Lebih membingungkan saya , bagaimana untuk menyelenggara blog ini dalam tempoh 1 tahun (2013) . Adakah saya perlu bercuti lama memandangkan saya seorang pelajar SBP ?

Atau ada pihak di luar sana yang 'volunteer' ingin menguruskan WOMMS sepanjang ketiadaan saya ? Saya akan maklumkan kemudian . Sesungguhnya Allah Ta'ala itu Maha Adil terhadap ujian yang diturunkan terhadap hamba - hambaNya .

Baiklah , berbalik kepada tajuk utama . Saya ingin kupas sedikit berkenaan dengan ampuhnya aset tentera Malaysia yang berpaksikan strategi menentang pihak lawan .


NOTA PENULIS : SILA BACA SAMPAI HABIS UNTUK KETAHUI CERITA , T.K.

Sebelum itu , tahniah diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia atas pengiktirafan oleh PBB dan badan antarabangsa lain dalam akhbar  Utusan Malaysia bertarikh 18 Disember 2012 , Selasa .


Angkatan Tentera Malaysia bertanggungjawab berbakti dengan cemerlang di pentas antarabangsa apabila peranannya diiktiraf . ATM menghantar anggotanya menerusi bantuan pasukan pengaman di Afghanistan , Bosnia dan kawasan bergolak lain .

Malaysia juga menjadi satu-satunya negara yang menghantar doktor dan pegawai perubatan wanita ke Afghanistan . 

Hal ini berlaku disebabkan terdapat ketidakselesaan golongan wanita di sana menerima khidmat perubatan dari kaum yang berlainan jantina .


Kejayaan TLDM mengiringi kapal dagang tempatan dan asing melalui Teluk Aden berdekatan Somalia turut menjadi perbualan banyak pihak . TLDM turut disegani kerana keupayaannya pernah membebaskan anak kapal tempatan dari tangan lanun tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan nyawa anggota dan tanpa sebarang bantuan kuasa luar  .

Perasaan kagum dan bangga dengan ATM turut disuarakan Menteri Pertahanan Malaysia , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .

Tahniah diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia ! Teruskan momentum perjuangan demi agama dan tanah air . Pengorbanan anda memelihara kedaulatan negara amat kami sanjungi !

Sehingga kini kita melihat penerimaan aset baharu dalam inventori ATM bergerak agak perlahan . Dalam perancangan , kita sebenarnya memerlukan banyak lagi aset baharu yang benar-benar mengisi keperluan pertahanan negara .


Pada tahun ini , kita menyaksikan pentauliahan sebuah kapal latihan lanjutan TLDM , KD Gagah Samudera dan juga tidak lama lagi KD Teguh Samudera .

Oleh kerana ianya hanya sebuah kapal latihan , ia tidak dilengkapi sebarang sistem peluru berpandu , namun hanya dilengkapkan dengan selaras meriam Msi Defence 30mm .





Pentauliahan 2 buah helikopter carilamat kombat baharu untuk TUDM dari jenis EC-725 Cougar bagi menggantikan Sikorsky S-61A4 Nuri secara berperingkat-peringkat juga turut disaksikan .

Negara lain mengorak  langkah lebih terkehadapan berbanding negara kita .

Namun , tidak berguna juga sekiranya aset berpuluh mahupun beratus-ratus namun berlaku longgokan aset akibat masalah baik-pulih, 'maintenance' , kekurangan modan insan berkemahiran dan sebagainya .

Program kereta perisai Deftech pacuan 8 roda dan SGPV dilihat sunyi sepi tanpa sebarang berita . Namun , siapa tahu pembangunan kedua-dua jenis aset negara ini dijalankan dalam diam dan senyap . Pihak W.O.M.M.S. menyokong sebarang usaha ke arah pemodenan ATM , In sha Allah .


   ASET ATM DALAM KEADAAN BERSEDIA MENGHADAPI SEBARANG ANCAMAN   


Mari kita tinjau satu persatu aset pertahanan negara yang sudah bersedia dibawa ke medan perang selain anggotanya . Betapa ampuhkah ia dalam membendung segala ancaman dalam peranan pelbagai .

   "MARITIM / KELAUTAN"   



Foto : N.S. Shah , Perajurit

Wilayah perairan laut dalam negara dijaga dan dikawal TLDM dengan kerjasama TUDM dari dibolosi sebarang ancaman konvensional . Pesawat rondaan maritim IPTN CN-235 220M dan Beechcraft Super King Air di bawah payung skuadron udara TUDM dikerahkan menggalas bertanggungjawab mengawasi keselamatan perairan dari udara .


KD Jebat (29) , friget kelas Lekiu


Di lapisan permukaan , formasi hadapan dibarisi 2 buah friget dari kelas Lekiu , disokong rapat oleh  pengoperasian 2 buah kapal selam Scorpene SSK lengkap dengan torpedo dan peluru berpandu anti-kapal dan 6 buah Super Lynx juga lengkap dengan 'anti-ship missile' .





Formasi perang permukaan ini turut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan 4 buah korvet kelas Laksamana dan 2 buah friget kelas Kasturi . 6 buah kapal ronda generasi baharu (NGPV) kelas Kedah turut memainkan peranannya tersendiri sebagai kapal ronda persisiran bersaiz sederhana dengan selaras meriam Oto Melara 76mm Super Rapid .

6 buah kapal ronda kelas Kedah yang dioperasikan sehingga kini hanya mampu beroperasi pada tahap optimum di persisir pantai sahaja atau mengawal kepulauan terdekat . Dukhuatiri jika belayar terlalu jauh di laut dalam , aset ini berkemungkinan terdedah pula kepada ancaman peluru berpandu dan sebagainya memandangkan NGPV jenis ini tidak dilengkapi sebarang sistem 'Point Defence' yang ampuh .

Namun , dengan sebuah meriam utama 76mm Oto Melara , kapal ronda kelas Kedah ini sudah mempunyai kemampuan membedil ancaman permukaan bersaiz kecil dan sasaran darat di pantai sehingga jarak 25 km .

   KEPERLUAN MENDAPATKAN 'MPSS' BAHARU    

Keperluan TLDM mendapatkan kapal sokongan pelbagai peranan atau Multi-Purpose Support Ship kian meruncing semenjak kemalangan yang berlaku terhadap kapal KD Sri Inderapura pada tahun 2009 selepas kapal itu mengalami kerosakan teruk akibat dijilat api .

KD Sri Inderapura merupakan sebuah kapal terpakai (second-hand) milik United States Navy (USN) yang dijual kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 dengan harga kira-kira RM 48 juta .



Dua buah kapal sokongan lain , KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti (lebih kecil berbanding KD Sri Inderapura) dilihat semakin uzur dimamah usia . Namun , sepanjang perkhidmatan , kapal seberat 4,300 tan ini pernah berjasa kepada negara dengan cemerlang mengiringi laluan kapal dagang berkepentingan di Teluk Aden , Somalia khususnya dari ancaman lanun .


Menurut Panglima TLDM sendiri , keperluan mendapatkan MPSS baharu sudah ada dalam perancangan . Namun hanya menunggu kelulusan kewangan dari pihak kerajaan . Keperluan pemilikan aset ini namun belum sampai ke tahap utama . TLDM sekarang ini mungkin lebih menumpukan terhadap pemilikan 6 buah SGPV - LCS .



Reka bentuk kapal amfibia dari  keluarga ENFORCER LPD/LHD mungkin boleh diadaptasikan oleh Malaysia dalam pembinaan sesebuah MPSS pada masa akan 
datang . In sha Allah


   MENEUTRALKAN ANCAMAN KAPAL PERMUKAAN    

Seiring dengan itu juga , Malaysia turut dikenali dengan kepelbagaian variasi senjata anti-kapal nya . Majoriti dari sistem tersebut dibangunkan menggunakan teknologi anti-kapal tercanggih abad ke-21 selain 'mode' terbang 'sea-skimming' atau peluncuran dalam keadaan setentang dengan permukaan laut pada altitud yang amat rendah iaitu sekitar 2-5 meter dari permukaan laut .

Malaysia turut mengoperasikan Exocet , peluru berpandu anti-kapal yang amat disegani mana-mana negara yang mengoperasikan aset permukaan mereka di laut . Exocet ini meluncur pada permukaan laut dengan kedudukan amat rendah (sea-skimmer) menyukarkan radar mengesan kehadirannya .

Hanya radar yang menggunakan 'band' tertentu yang sensitif sahaja dapat mengesannya , itupun dalam lingkungan kurang 10-30 km dari kapal untuk sebarang tindakan pencegahan diambil .

Berikut merupakan senarai peluru berpandu anti-kapal yang dioperasikan Malaysia (TLDM dan TUDM khususnya ) beserta dengan jarak operasinya sekali :

MBDA Exocet MM40 Block II ( Friget kelas Lekiu )
                 Range : 72 km +                                                                                                                           

Hentaman Exocet MM40 Block
II , tepat lagi membinasakan .

MBDA Exocet SM39 ( Platform kapal selam Scorpene SSK )
                Range : 50 - 70 km                                                                                                                                                          

Alenia Defe'sa Black Shark Heavyweight Torpedo ( Platform kapal selam Scorpene SSK )
           Range : 50 km                                                                                                                                                

Pemilikan Exocet SM39 dan Black Shark 'heavyweight torpedo' melengkapkan lagi taring dan fungsi utama  kapal selam Scorpene SSK milik TLDM sebagai senjata dalam 'Perang Ekonomi' yang amat berkesan .


MBDA Teseo / Otomat Mk. II ( Korvet kelas Laksamana )

                      Range : 90 km +                                                                                                                         


Teseo / Otomat MK. 2 , mengekalkan lagi posisi dan
taringnya di atas platform korvet kelas Laksamana .

Pada masa kelak juga , jika kerajaan bersetuju melengkapkan SGPV baharu negara dengan Exocet MM40 Block III , Harpoon mahupun Naval Strike Missile (NSM) , ia akan melengkapkan lagi keupayaan persenjataan anti-kapal negara dengan jarak operasi melebihi 180 km !

Naval Strike Missile / Exocet MM40 Block III / RGM-84F+ Harpoon
                                                     Range : 180 km +                                                                                                        


   HENTAMAN ANTI-SHIP MISSILE DARI LANGIT ?   

Taring persenjataan anti-kapal negara digandakan lagi dengan pengoperasian peluru berpandu yang boleh dilancarkan dari udara . Platform yang dimaksudkan adalah pesawat pejuang SU-30MKM , F/A-18D Hornet dan helikopter Super Lynx 300 .

BOEING AGM-84 Harpoon ( F/A-18D Hornet )
                     Range : 50 - 90 km                                                                                                                                           

MBDA Sea Skua ( Helikopter Super Lynx Mk.100 )
     Range : 25 km                                                                                                                                                           

Kh-31A / Kh-31P ( Sukhoi SU-30MKM )
                            Range : 50 - 110 km                                                                                                                 

Antara yang menjadi igauan dan perbualan banyak pihak adalah kemasukan peluru berpandu anti-kapal baharu buatan Russia , Kh-31A dan Kh-31P serentak dengan penerimaan SU-30MKM milik negara .

Peluru berpandu ini dengan jarak operasinya yang paling jauh dibandingkan dengan yang lain dalam inventori ATM mampu disetkan untuk berada dalam penerbangan 'HIGH ALTITUDE' atau 'SEA SKIMMING' .



Jika dalam peluncuran dari altitud yang tinggi , peluru berpandu ini mampu menghentam sesebuah sasaran permukaan bersaiz friget dan kruiser dengan kelajuan supersonic (Mach 3+) sejauh 70-110 km . Manakala pada altitude rendah atau dalam mode sea-skimming , ia mampu membedil sasaran berkejauhan 50 km .



   PAYUNG PERLINDUNGAN UDARA 'SAM' - TLDM   


Foto : Malaysia Military Power

Sehingga kini , Malaysia hanya mengoperasikan dua jenis peluru berpandu pertahanan udara atau surface to air missile pada platform permukaannya . Masing - masing hanya berkeupayaan melindungi platform tersebut dari ancaman meliputi perimeter kurang 15 km .


Friget kelas Lekiu  ,  satu-satunya aset permukaan negara
yang dilengkapi sistem pertahanan udara termaju lengkap
dengan peluru berpandu MBDA Sea Wolf .

Namun , Malaysia juga dilihat perlu mengoperasikan sistem pertahanan udara melibatkan peluru berpandu lebih jauh peluncurannya bagi memastikan perimeter udara yang terkawal lebih meluas . Calon yang dilihat amat sesuai mengisi keperluan peluru berpandu surface-to-air TLDM ini ialah seperti RIM-162 ESSM , Aster 15/30 dan MBDA Mica Vertical Launch (VL) .

In sha Allah , bila-bila saya akan bincang pula mengenai efektif atau tidak efektifnya 'long range' mahupun 'short-range' SAM jika digandingkan bersama radar berbeza fungsi dan 'Band-frequency' . Hal ini kerana wujudnya pembangunan peluru berpandu anti-kapal dengan 'stealth feature' dan mod 'sea-skimmer' yang amat sukar dijejak .

                 Selenia Aspide             Range : 12 km                    MBDA Sea Wolf        Range : 7 km             



Foto : Malaysia Military Power . Perhatikan perbezaan payung perlindungan udara
Tentera Laut Di Raja Malaysia , Republik Indonesia , Thailand dan Singapura .

    MALAYSIA MEMPUNYAI PESAWAT "MARITIME STRIKE" UNGGUL    

Pembelian 8 buah F/A-18D Hornet pada suatu masa dahulu benar-benar mengisi keperluan ATM yang menginginkan pesawat 'air superiority' dan 'maritime strike capability' dalam satu .

Tidak cukup dengan dilengkapi peluru berpandu anti-kapal AGM-84 Harpoon , Hornet kita juga dilengkapi kemampuan pertempuran Beyond-Visual-Range dengan misil AIM-120C5 AMRAAM dan tidak lama lagi AIM-9X Sidewinder yang lebih maju .

Pesawat ini juga memainkan peranan penting mempertahankan ruangan udara maritim dari diceroboh sebarang ancaman tahap tinggi , khususnya yang tidak mampu dihalang aset permukaan seperti friget kelas Lekiu .

Pesawat 'all-weather' F/A-18D Hornet kita juga diiktiraf memiliki 'Ground-Attack Capability' yang cukup ampuh dengan ketepatan bedilan sehingga 90% . Kita juga sudah mengoperasikan bom pintar serangan darat seperti Paveway II dan Maverick ditambah pula dengan penderia khas yang baru dibeli seperti NAVFLIR Pod dari firma pertahanan U.S.A. Raytheon bagi menajamkan lagi taringnya .

Saya fikir 8 buah sudah mencukupi buat masa ini memandangkan peranannya sebagai pesawat 'maritime strike'. Angka 18 buah dilihat lebih sesuai untuk pesawat 'air superiority' seperti SU-30MKM dan pesawat yang akan menggantikan MIG-29N negara kelak .



Penulis juga dikhabarkan juruterbang Hornet kita akan dilengkapkan dengan
JHMCS  ( Joint Helmet Mounted Cueing System ) seperti yang dipakai oleh
juruterbang Super Hornet USN di atas digandingkan bersama AIM-9X .


   PERLU SEGERA TAMBAH BILANGAN MRCA   

Pada pandangan saya , saya melihat angka pesawat MRCA yang dimiliki sekarang ini tidak memadai untuk mengawal keseluruhan ruang angkasa negara yang amat luas secara keseluruhannya .

Misalnya , hanya dengan 18 buah Sukhoi SU-30MKM , hanya beberapa formasi boleh dibentuk pada satu-satu masa untuk meneutralkan ancaman yang kita tidak tahu di pelbagai tempat dan arah .


18 buah A-10 Thunderbolt , nampak banyak atau sikit ?

Justeru , saya amat berharap agar kerajaan mempercepatkan pembelian MRCA baharu menggantikan barisan MIG-29N yang akan dipencenkan mulai tahun 2015 .

Namun , saya akui Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai kemampuan peluru berpandu BVR dari dua blok berasingan , Barat dan Rusia . Kombinasi peluru berpandu AIM-120C5 Amraam dan R-77 (RVV-1E) memberi keupayaan dominan kepada TUDM menguasai ruang udara negara dengan optimum . Syabas diucapkan !


   KEMAMPUAN SERANGAN / BEDILAN DARAT ATM   


   AVIBRAS ASTROS II MLRS ( Multi Launch Rocket System )   


Sehingga kini , Malaysia amat berpuas hati dengan prestasi pelancar roket berganda buatan Brazil , Avibras Astros II sebagai aset pemusnah utama di darat .

Buktinya , sudah 3 rejimen MLRS bertapak di sini . Sistem ini selain memenuhi keperluan Tentera Darat ia juga merangkumi kos pengoperasian yang murah berbanding platform pelancar roket lain di dunia . Terima kasih Brazil kerana menyediakan alternatif MLRS yang ringkas dengan kos yang amat rendah .




Baru-baru ini , Indonesia juga menda- patkan sejumlah Astros II dari Brazil sebanyak 36 unit .

Dengan termeterainya pembelian itu , maka segala rahsia sulit berkaitan pengoperasian Astros II yang selama ini disimpan rapi Malaysia jatuh jua ke tangan mereka . Pasti ada hikmah disebaliknya . ^_^



Sehingga kini , Astros II kekal menjadi tunjang utama kekuatan TDM (Tentera Darat Malaysia) memberi keupayaan dominan kepada TDM menghancurkan segala apa yang ada di permukaan tanah .

Cerita mengenai kemusnahan yang boleh diakibatkan sistem ini tidak perlu diulang lagi . Dipendekkan cerita , hentaman sebuah roket SS-80 High-Explosive (HE) 300mm sudah mampu untuk melicinkan kawasan sasaran seluas 4 buah padang bola sepak pada jarak 80 km + dari tempat pelancaran .

Situasi ini mudah sahaja . Bermula dengan kegagalan Tentera Udara dan Tentera Laut mempertahankan sempadan perairan dan ruang negara dari diceroboh , tentera musuh mula memasuki tanah besar melalui jalan laut dan udara .

Melalui pasukan khas (komando etc.) , beberapa buah lokasi dikenalpasti menjadi sarang mereka berhenti berehat , mengisi keperluan logistik , menanti arahan seterusnya dari jeneral perang mereka dan sebagainya .

Saat itu , Rejimen Artileri DiRaja (RAD) mengambil peranan meneutralkan ancaman tersebut . Melalui kawasan yang telah di 'mark' pasukan khas TDM , mereka mengarahkan serangan bertubi-tubi ke atas 'populasi sementara' ini . Serangan bantuan dari unit artileri dan udara juga diperlukan sekiranya situasi mendesak .

Maka , bayangkanlah sahaja tentera infantri musuh bersaiz 2 rejimen yang sedang berehat-rehat di sebuah kawasan hutan secara tiba-tiba disergah hentaman roket bertubi-tubi dari Astros II . Sistem ini turut bertujuan melumpuhkan kemaraan tentera musuh dari mara ke tempat-tempat berkepentingan dan strategik .

Sistem Astros II ini tidak mengoperasiakan 'roket bodoh' atau unguided , dilepaskan hanya berpandukan sudut tegak , arah mata angin , bearing dan azimuth semata-mata . Namun , lengkap dengan 'navigation system' dan jaringan komunikasi maklumat yang saya fikir agak sulit .

Singapura sendiri tidak memandang ringan kekuatan TD yang sudah mengoperasikan Astros II . Jiran di sebelah Selatan itu juga memandang Astros II sebagai ancaman yang mampu membinasakan mereka dalam sekelip mata , memandangkan tanah mereka kecil , tepu dan padat dengan penduduk .

'Warhead detonation' yang paling ditakuti mereka ialah roket SS--80 dengan tiub berdiameter 300mm + HE (high explosive) tandem warhead . Kemusnahan HIMARS sendiri diakui tidak segerun Astros II ! Hal ini turut dikaitkan dengan tindakan mereka mendapatkan sistem pertahanan udara dari Israel , Rafael Spyder . Antara sebab yang dipercayai adalah mereka ingin menghalang projektil Astros kita dari merobek dan melubangkan landasan udara mereka di sana ?!



 DENEL G5 155MM TOWED - HOWITZER   




Selain Astros II , Malaysia juga turut mengoperasikan antara sistem Howitzer yang tercanggih di dunia , G5 155mm buatan firma Afrika Selatan , Denel .

Sistem ini berupaya menembak amunisi pintar berpandukan GPS (global positioning system) sehingga jarak 40 km . Meskipun diperolehi TD dalam kuantiti yang kecil , kuasa memusnah amunisi G5 amat digeruni .

Berikutan peratus ketepatan bedilannya sehingga 90% , sistem ini mengisi keperluan Kor Artileri Diraja (KAD) sebagai senjata paling efektif untuk membedil seterusnya merosakkan aset-aset , depoh simpanan , kem sementara , pusat operasi , pusat radar musuh dan sebagainya .

Projektil berterbangan dipandu GPS yang dilepaskan meriam ini juga bertindak sebagai tembakan ke permukaan sokongan bagi menyokong ketumbukan TD di darat .



 BAE Hawk Mk. 208 / F/A-18D Hornet 



Malaysia turut mempunyai keupayaan melakukan serangan dari udara ke permukaan (darat) . Tugas membedil sasaran darat ini mampu dilaksanakan pesawat Hawk Mk. 108/208 dan F/A-18D Hornet milik TUDM .

Dengan adanya pesawat ini juga , kerja-kerja menghapuskan ancaman yang sudah bertapak di darat menjadi lebih mudah dan pantas dineutralkan .




Antara bom-bom dan peluru bepandu yang dimiliki sehingga kini ialah seperti GBU-12 Paveway II dan AGM-65 Maverick selain bom lain yang 'tidak pintar' atau 'unguided bomb' .

Paveway II adalah sebuah bom panduan laser , manakala Maverick merupakan sebuah peluru berpandu serangan permukaan taktikal .



   KOR ARMOR DIRAJA   

Kor Armor DiRaja (KAD) bertanggungjawab mengoperasikan kereta kebal utama negara yang amat digeruni di rantau ini di samping ratusan kereta perisai lain pelbagai variasi .

Aset ini berfungsi sebagai senjata terakhir menghalang kemaraan saki-baki musuh yang masih tersisa setelah dihentam bertubi-tubi oleh roket , bom , peluru berpandu permukaan dan projektil artileri . Dalam erti kata mudah , aset ini menjadi tunjang dalam 'Last Line of Defence' selain anggota tentera darat sendiri .



BUMAR LABEDY PT-91M Pendekar
48 buah PT-91M yang telah didatangkan khas dari Poland amat memenuhi keperluan TD sebagai kereta kebal utama yang perlu beroperasi di bentuk muka bumi dan cuaca mencabar .

PT-91M lahir dari hasil gabungan teknologi Poland , Belgium , Jerman , Perancis dan Slovakia . Faktor kos juga menyebabkan kerajaan memilih kereta kebal ini berbanding T-90 pada suatu masa dahulu meskipun T-90 berjaya lulus dalam semua ujian yang dijalankan dengan jayanya .


Kredit Foto : Gempurwira
Baiklah , kita terus 'short to the point' . Sudah tahu apa kelebihan sebenar PT-91M ? Ia boleh dikategorikan sebagai MBT (main battle tank) paling lasak disebabkan beratnya yang kurang 50 tan dipadu pula dengan runut getah berganda buatan Jerman jenis sama yang digunakan pada kereta kebal utama Leopard 2A5+ malah dilengkapi enjin berkuasa diesel 1000 kuasa kuda .

Selain itu , kemampuan memusnahkan yang dibekalkan meriam utama 'smoothbore' 125mm , Konstruka 2A46MS buatan Slovakia yang dipadu pula dengan sistem kawalan tembakan buatan Perancis ( sistem hampir sama pada kereta kebal Leclerc ) melengkapkan lagi penyengat kereta kebal ini .

Sistem pertahanan MBT ini merangkumi peralatan elektronik dan perisai komposit / khas . Antaranya ialah pelancar grenad asap 81mm yang mengelilingi turet ,

Meriam utama 2A46MS dengan 'barrel life' sehingga 500 tembakan + ini juga mampu dimuatkan dengan sebarang jenis ATGM , projektil HEAT , HEF dan APFSDS di samping memberi kerosakan yang lebih jitu berbanding meriam 'smoothbore' 120 mm yang melengkapi kereta kebal Leopard 2A , Leclerc dan Abrams.


Amunisi biasa bagi 125mm smoothbore


Bedilan 125mm dengan 'muzzle speed' projektil yang amat tinggi ini sudah cukup untuk melumpuhkan mana-mana jenis kereta kebal yang 'singgah' di bumi ini .

Hentaman projektil ini terlampau laju dan menyebabkan kerosakan yang jitu , oleh itu ia tidak dilengkapi sebarang 'tandem warhead' jika dibandingkan dengan ATGM yang hanya dijana kelajuannya oleh 'solid fuel' atau 'rocket booster' .



Perhatikan'body' Leopard 2A4SG yang kompak

Seperti yang saya kata tadi , hentaman projektil ini jika mengenai tepat ke sasaran atau 'weakpoint' mana-mana MBT yang wujud di dunia mampu melumpuhkan ia , kecuali Leopard 2A4SG milik Singapura . Haha , kenapa saya kata begitu ? Lihat dahulu hasil naik taraf drastik dari segi pertahanan (perisai) kereta kebal itu sendiri . Ingin melumpuhkannya pun saya fikir perlu lebih dari dua kali hentaman projektil 125mm atau ATGM dengan kepala ledak tinggi seperti Javelin atau Bakhtar Shikan .




PT-91M + Jungle Warfare + Guerila Warfare =  THE ELEMENT OF SURPRISE
Pendapat menarik dari salah seorang kenalan saya , jumlah MBT itu tidak penting . Meskipun Malaysia mempunyai HANYA 48 buah , namun dengan strategi yang bijak dan keperluan logistik yang mencukupi untuk membaiki sebarang kerosakan dengan segera ,  negara mampu mengekalkan jumlah MBT yang ada sehingga perang tamat ... !

Apa kata sahabat ? Sila berikan pendapat di ruangan komen . Malah , kita juga mempunyai payung perlindungan semula jadi berupa hutan tebal yang memperngaruhi taburan tumbuh-tumbuhan di Malaysia . Hutan tebal ini secara tidak langsung juga melindungi kereta kebal utama jenis ini dari dijejak helikopter tempur musuh yang lengkap dengan senjata pemusnah kereta kebal .

DEFTECH AV8 8X8 ( berkonsepkan FNSS PARS 8X8 - Turki )
Sebanyak 257 buah kereta perisai beroda 8X8 dipesan kerajaan Malaysia dijangka akan diterima secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 3-5 tahun akan datang .

AV8 hasil kerja tangan Deftech juga lebih besar , lebar dan panjang berbanding AV8 PARS buatan firma Turki , FNSS .

TD mula memasuki era pemodenan digital seusai penerimaan dan pentauliahan AV8 ini bermula . Kenderaan ini dijangka memiliki sistem komunikasi dan perisian canggih , perisai tambahan sehingga STANAG Level 4 , sistem persenjataan yang lebih jitu dan yang paling penting sesuai dioperasikan di muka bumi Malaysia . Maka , tidak mustahil projek itu menelan belanja yang besar berbillion ringgit .

Plat perisai tambahan yang dipasang juga bertujuan semata-mata melindungi nyawa anggota dari diratah mudah senjata anti-material atau RPG sesuai dengan peranannya sebagai kenderaan pembawa anggota / infantri .

Seiring dengan kelengkapan persenjataan yang berbisa seperti meriam 25 - 30mm sehinggalah mesingan berat berkaliber .50 Browning M2HB , ia secara tidak langsung memberi sokongan tembakan kepada pasukan infantri meskipun dalam formasi perang TD melibatkan kereta kebal utama ( bergantung pada tempat dan kesesuaian doktrin TD ) .


Foto : Perajurit / Deftech , DEFTECH AV8 dalam satu sesi ujian baru-baru ini .


RCWS (remote control weapon system) atau RWS (remote weapon system) juga dilihat perlu untuk dilengkapkan pada Deftech AV8 bersama-sama mesingan berat .50 kaliber Browning M2HB .

Hal ini amat penting bagi melindungi nyawa anggota akibat terdedah pada peluru dan projektil yang beterbangan .

Sekali lagi saya fikir sistem ini perlu dan wajar diberi perhatian serius , In sha Allah .


   Sistem Pertahanan Udara Negara Di Bawah Seliaan GAPU    

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai sistem pertahanan udara paling ampuh sehingga kini dimiliki , tidak lain dan tidak bukan iaitu Jernas Rapier Mk.II dari United Kingdom . Maaf , saya memang tiada info langsung mengenai di mana letaknya sistem pertahanan tersebut . Malah , sulit sama sekali .



JERNAS Rapier MkII semasa Olimpik London 2012

Namun , apa yang saya tahu , sistem radar berkaitan yang dihubungkan kepada pelancar Jernas ini berupaya mengawal perimeter ruang udara sejauh 20 km . Radar sensitif ini dapat mengesan sebarang peluncuran objek terutamanya peluru berpandu kruis jarak jauh termasuk helikopter dan pesawat pejuang yang terbang di bawah altitud 13,000 meter dari aras laut .

Tindakan seterusnya dengan memberi tindak balas pada pelancar . Pelancar tersebut tanpa berlengah akan menembak ancaman tersebut dengan jarak maksimum 8km . Penulis difahamkan sistem Jernas ini kalis serakan dan sukar diserakkan isyaratnya . Jernas juga boleh dioperasikan secara manual .


Goalkeeper CIWS
Namun , saya tidaklah terlalu risau dengan ketiadaan peluru bepandu pertahanan udara jarak jauh/sederhana kerana saya difahamkan pesawat-pesawat pejuang sedia ada sentiasa bersedia 24 jam terutama jika bangkitnya isu-isu panas dengan negara jiran .

Namun , sekali lagi saya melihat keperluan sistem ini sebagai GBAD ( Ground-Based Air Defence ) . Maka , penyelesaian paling mudah dan murah adalah seperti melengkapkan pangkalan udara dan laut dengan 'Point Defence System' seperti close-in-weapon system CIWS .

Kita juga mengoperasikan pelbagai variasi peluru berpandu pertahanan udara mudah jinjing (MANPADS) seperti Anza dari Pakistan , Igla dari Rusia , Starburst dari U.K. dan FN-6 dari China .

Ratusan peluru berpandu dari jenis yang disebutkan mempunyai fungsi yang unik dan tersendiri . Ini taktik kita , pihak lawan pasti sukar untuk membacanya .


Ilustrasi semata - mata 

Antara tujuan lain sistem MANPADS ini ialah untuk meratah helikopter tempur yang terbang rendah dan cuba mengancam keselamatan kenderaan berkepentingan seperti kereta kebal utama seperti AH-64D+ Apache . Terutama sekali dalam hutan tebal , ditambah pula dengan kepakaran anggota tentera kita dalam 'jungle warfare' dan 'guerila warfare' keduanya .




Berpandukan doktrin peperangan TD ,
Selepas ini , tiada lagi ancaman helikopter tempur , No more Apaches,Tigers and so on ...
SAY NO TO ATTACK HELICOPTER  ( X )
Melainkan dengan kehadiran helikopter yang boleh tembus pandang melalui pokok-pokok tanpa imaging infrared device .


Sebelum ini juga , penganalisis dari Australia juga pernah bersuara bahawa penggunaan Apache dan Tiger di rantau Asia Tenggara amatlah tidak sesuai memandangkan keadaan bentuk muka bumi yang berbeza dan tidak banyak 'open area' . Maka , bersedialah menjadi ratahan peluru berpandu mudah jinjing Igla , Anza , Starburst dan FN-6 . ^_^

Langkah kerajaan mendapatkan 11 buah 'light observation helicopter' dari jenis Agusta A109LUH amatlah bersesuaian dengan faktor geografi di Malaysia . Helikopter ini yang diberi peranan memantau perimeter dan kawasan bergolak dari udara berupaya menandakan sasaran mana yang dikategorikan sebagai kawasan hitam atau putih sebelum menjadi ratahan dan makanan dari bedilan artileri dan roket Astros II misalnya .

Malah , Agusta di bawah payung khas Pasukan Udara Tentera Darat ( PUTD ) turut dilengkapi pelancar roket dan 'gun pod 30mm' bagi memberikan sokongan rapat tembakan terhadap unit infantri dan briged mekanise kereta kebal di darat .

In sha Allah , jika mendapat kelulusan kewangan dari pihak kerajaan pada masa akan datang , PUTD akan menerima keluarga baru dari jenis helikopter tempur . Helikopter tempur ini nanti mungkin boleh bermaharaja -lela di kawasan bandar (urban warfare) , namun memadai kerana di Malaysia juga hutan semakin dibotakkan semata untuk pembangunan . Maka , hilanglah payung pertahanan semula jadi itu sedikit demi sedikit .

IN SHA ALLAH , pada masa akan datang , saya akan kupas sekali tentang KEKUATAN UDARA KITA kerana masa tidak sempat untuk saya menyiapkan post ini selengkapnya . Mohon maaf ya .

   SELAMAT MENGUNDI DIUCAPKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA    

Walaupun saya masih belum layak mengundi , namun saya sendiri terasa bahang PRU-13 , sebuah sistem demokrasi yang telah dipraktikkan di negara kita untuk memilih puncuk pimpinan baharu atau mengekalkan pimpinan yang lama .

Selamat mengundi buat anda semua , rakyat Malaysia yang prihatin terhadap bangsa , negara dan agama sendiri . In sha Allah , berhati-hati dalam membuat pilihan . Semoga pilihan kita tepat demi kemakmuran agama dan negara tercinta .

Sejujurnya , saya melihat UMNO parti yang bekerja kuat untuk memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu . Parti lain , keadaan mereka dilihat sudah goyah dan bermacam lagi . Wallahu'alam .

Kita seharusnya bersyukur dikurniakan pelbagai nikmat dan kemudahan hidup . Allah sebagai pemberi , manusia hanya menyampaikan sahaja . Tidak cukup dengan subsidi , bantuan rakyat merangkumi kesihatan , pendidikan dan sebagainya , saya rasa amat bertuah menjadi anak Malaysia !

Hargailah juga pelbagai inisiatif dan subsidi oleh kerajaan . Dalam anggaran penulis , jika kerajaan menghentikan subsidi selama 2 tahun sahaja , Malaysia sudah layak mendapatkan 2 lagi skuadron SU-30MKM , namun apa yang lebih dipentingkan kerajaan ? Rakyat . Alhamdulillah . Melalui UMNO dan BN juga , nasib rakyat yang kurang bernasib baik dibela dan dipelihara . Jika tidak percaya , tanya sahaja mereka di luar sana .

Dalam diam juga , UMNO bertanggungjawab menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada saudara Islam kita di Palestin . Buktinya ? PAS juga ada membantu sedikit sebanyak . Alhamdulillah .

Antara bukti kerajaan Malaysia membantu pejuang Islam di Palestin malah di seluruh dunia dilihat dengan kehadiran wakil dan pemimpin tertinggi dari HAMAS , PULO , MILF , PLO dan lain-lain . Itupun jika anda perasan melalui berita di kaca televisyen melalui perhimpunan , persidangan khas dan forum . Kalau kita tiada ikatan yang baik dengan mereka , ada ke mereka nak datang ?


Pemimpin kanan negara juga amat tegas dan bersungguh-sungguh dalam menegakkan soal keadilan saksama dan isu kemanusiaan sejagat . Misalnya , Datuk Seri Anifah Aman dengan pendiriannya menyokong keahlian penuh Palestin sebagai negara PBB dan sebagai sebuah negara berdaulat . Seterusnya di sini  .



Pemimpin Hamas dengan pin 1 Malaysia
Tidak kiralah kita parti mana , tetapi di sana
kita bersaudara dengan satu matlamat , jihad
fisabilillah dan menegakkan Islam,Insya Allah

Cukup sampai di sini sahaja . Selamat mengundi saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia pada PRU-13 yang akan menjelang tidak lama lagi . In sha Allah . Mari sama-sama kita kekalkan keamanan dan keharmonian di negara kita dengan mengamalkan sikap toleransi dan nilai murni yang telah diterapkan oleh penghulu umat manusia , Rasulullah S.A.W.

Assalammu'alaikum w.b.t. Sekian sahaja , Terima Kasih . Bertemu di lain hari , In sha Allah ^_^

PHOTO OF THE YEAR , VIA N.S. SHAH - Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan
( klik untuk 'view' gambar dalam 'high-definition' )















40 comments:

  1. terima kasih saudara kerana mewujudkan blog yg informatif sebegini...tidak ramai generasi muda sekarang yang mengambil berat soal kedaulatan dan keselamatan negara...semakin ramai yg lalai dengan hiburan...diharapkan dengan wujudnya blog sebegini,rakyat m'sia khususnya generasi muda akan lebih menghargai pengorbanan pihak tentera yg sanggup menggadai nyawa demi kedaulatan malaysia tercinta...tidak sabar rasanya melihat penerimaan aset2 baru oleh ATM pd masa akn dtg...bolehkah saudara menyenaraikan kesemua kelas2 kapal perang atau kapal peronda yg dimilik TLDM kerana sy agak keliru mengenainya?...teruskan usaha anda untuk updates isu-isu ketenteraan di blog ini....keep it up and thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan sudi beri maklum balas ,
      In sha Allah ada kelapangan saya tunaikan hajat saudara . Tetapi tidak sekarang , I'm heading back to school this Tuesday . Doakan SPM saya cemerlang ya ! In sha Allah

      Delete
  2. sepatutnya blog2 ilmiah seperti ini bukan sekadar menyokong tetapi menyentuh juga hal 'kepincangan' cth nya ketelusan dalam pembelian aset2 yg bernilai jutaan / billion RM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan sudi beri maklum balas ,
      Cadangan Tuan amat dihargai dan akan dipertimbangkan kelak .. In sha Allah ^_^

      Delete
  3. Saya ucapkan selamat berjaya untuk SPM tahun depan..saya juga pelajar batch 1996..pernah masuk MRSM tetapi saya lari masuk sekolah biasa hahahah...saya juga perminat pertahanan... CANTIK BLOG SAUDARA DENGAN INFORMASI BERGUNA..harap saya boleh kenal saudara dengan lebih dekat memangdangkan umur kita sama...Assalamualaikum salam ukhwah fillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara ,
      Kamu juga , semoga berjaya dalam SPM '13 ... In sha Allah ... Terima kasih atas sokongan selama ini ... Wa'alaikumussalam w.b.t. , salam ukhwah fillah abadan abada ... ^_^

      Delete
  4. Teruskan perjuangan mu wahai penulis, doa saya anda berjaya dunia dan akhirat, saya tidak berkemampuan untuk menjadi penulis sukarela jika dijemput menjadi penulis disini memandangkan ilmu dalam bidang pertahanan yang cetek tetapi blog anda di bookmark kerana cinta saya pada bidang persenjataan. Harapan saya saudara mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara ,
      Terima kasih atas sokongan yang diberikan . Pujian hanya milik Allah Ta'ala semata-mata . Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu pahala yang besar di sisiNya , In sha Allah ... Kamu juga semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat ... In sha Allah , saya akan mencuba sedaya upaya SPM 2013 ini ... ^_^

      Delete
  5. Pertama sekali, saya nak bagitahu, tahun 1996, saya ambil SPM dah.. ^_^

    Blog seperti ini bukan mudah nak kendalikan. Ia perlukan pengorbanan yang perit. Setiap artikel perlu disahihkan sumbernya, dikaji, ditapis dan disampaikan dalam bentuk ayat mudah yang mampu difaham oleh segenap lapisan pembaca.

    Entri kali ini boleh dikatakan ringkas namun konklusif. Secara peribadi saya juga agak terkilan dengan kekangan kewangan yang membataskan perbelanjaan negara dalam bidang pertahanan.

    Kekurangan aset yang agak ketara dalam TLDM, sedikit sebanyak ditampung oleh Scorpene. Namun pemerolehan LCS kelas Gowind yang selepas selesai ditauliahkan nanti bakal melonjakkan kuasa TLDM dalam merajai samudera luas.

    Belum ada khabar tentang MRCA pengganti MiG-29N, sedangkan keperluannya agak mendesak kerana Fulcrum akan ditamatkan khidmat menjelang 2015. Jika benar kekangan kewangan amat mendesak, pemerolehan MRCA ini harus juga dibuat sekurang-kurangnya separuh dari keperluan (8-10 buah) dahulu.

    Syabas kepada penulis kerana berani dan dedikasi terhadap blog yang informatif seperti ini.

    Selamat maju jaya dalam pelajaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , terima kasih . In sha Allah . Saudara juga selamat maju jaya dalam hidup . In sha Allah menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat . Salam Ukhwah Fillah ^_^

      Delete
  6. Salam saudara, saya amat menyukai tulisan anda... anyway, sy dulu peminat setia blog ni dan penah baca yg nnti awk nak ambil kejuruteraan kan? Bagus la... kekalkan impian... kalau nak tahu apa2 pasal fundamental fizik... i mean detail lagi dari sekadar application, sy boleh membantu... sebb mostly in defence industry based dia fizik.. kalau la zaman sy dulu internet dh popular or senang nk akses cm skang, sy dh tulis dh blog time sekolah... sebb sy seperti awk, terlalu syg kat agama, bangsa dan negara.. juga sy pasti awk mcm sy yg mne dari syg sgt kat 3 tu la membuatkan kita tak lari dari minat dengan ketenteraan...

    Nasihat sy, kekalkan impian awk nk masuk bidang kejuruteraan(berkaitan ngn ketenteraan)... by the way, sy seorg pelajar master dlm fizik teori UiTM.. dan dari kecil sy mmg nk jadi ahli fizik dan sebb keinginan sy ni la sy sudah sgt hampir untuk jadi ahli fizik... so i think you can do better than me :-)

    Last skali, sy akan undi UMNO.. jgn risau, majoriti para pengundi pun berfikiran sama mcm sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam 'asifadio' ,
      Terima kasih atas sokongan yang saudara berikan selama ini dan maklum balas telus dari hati . In sha Allah , saya akan terus berusaha mengejar impian dan cita-cita . Seterusnya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa .

      ^_^ In sha Allah

      Delete
  7. oh my ALLAH!!! you are 17 years old?????.... good luck for your SPM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya saudara Azri ,
      In sha Allah , saya cuba yang terbaik ... Terima kasih ^_^

      Delete
  8. Diharapkan penulisan saudara mampu membuka mata anak muda lain.bagus penulisan saudara memandangkan anda masih muda.saya menyokong sebarang pembangunan aset ketenteraan malaysia.benar kata pengomen diatas,military dan fizik sgt berkait rapat.saya juga menulis blog,sesekali ada juga entri militari,tapi ulasan berbentuk taktikal /strategi peperangan saya tidak mampu.hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara sudi beri maklum balas positif ,
      Dalam usaha membuka minda sendiri juga dan orang lain .

      In sha Allah , tidak mengira apa pun isi kandungan blog saudara , jika niat betul dipadu dengan kesungguhan pasti mendatangkan manfaat kepada banyak pihak ... ^_^

      Delete
  9. Saya berpendapat, risiko jika berperang di hutan ialah kalau berlaku kebakaran secara besar-besaran (kebakaran hutan) oleh pihak musuh dengan menggunakan helikopter memancutkan api ke arah hutan dengan jumlah yang banyak ... Walaubagaimanapun, kalau berperang sememangnya akan ada 1 atau lebih orang pengkhianat negara (bukanya bersangkut paut dengan politik. Sudah menjadi adat perang, semestinya orang tertentu akan menjual rahsia ATM kepada pihak luar)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berpendapat, taktik ini amat 'rare' . Jika adapun pada zaman Perang Dunia , api yang 'ditembak' melalui saluran turet khas kereta kebal /perisai bertujuan untuk membakar tentera infantri musuh hidup-hidup . Sampai pulak hati pihak musuh itu ingin melihat udara tercemar ? Sedangkan menyentuh soal tempias yang akan terkena pada generasi akan datang dalam kalangan mereka sendiri . Mohon maaf , saya kurang arif . Mungkin info ekstra boleh rujuk pada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia ^_^

      Delete
  10. Rakyat Malaysia kalau hal berpolitik bukan main lincah lagi ... tetapi kalau hal kemilliterian, semuanya nga alif nga (bukanlah semuanya) ... Rakyat Indonesia majoritinya masih mempunyai semangat nasiolisme yang tinggi & masih juga mendesak kerajaan menaiktaraf segala aset mereka walaupun ada rakyat mereka sendiri tinggal di bawah jambatan. Media massa yang memainkan peranan penting. Di Sinagpura. Walau maju sekalipun, kerajaan nya tidak pernah lupa untuk menambah jumlah aset yang baru & canggih. Lebih menarik, tidak ada 1 pun rakyatnya yang menentang walaupun kita tahu, yang rakyat Singapura sudah sekian lama terhidang dengan kenikmatan kebebasan, kemajuan & majoritinya berbangsa cina ... Saya kadang-kadang terasa malu dengan sikap rakyat Malaysia yang suka bercakap "basir duit rakyat". Kita pilih, nak jimatkan duit rakyat sehingga mengabaikan keselamatan anggota sendiri ka atau sebaliknya??? Rakyat Malaysia bukanya macam Somalia ... Aset yang akan digunakan penting untuk mengajar para perajurit kita supaya mahir mengendalikanya ... tak akanlah nak tunggu word war 3 start, baru terhegeh-hegeh nak desak kerajaan membeli secepat mungkin??????? Memang diakui masih banyak prasarana yang perlu dibangungkan, tetapi bukanlah alasan untuk menangguh-nangguhkan... kita seimbangkannya... Nasib baik tak jadi negara komunis, apa yang kerajaan buat, rakyat mesti patuh kalau tak mau kena bala (agaknyalah, sebab namapun komunis).... sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul , saya amat bersetuju dengan sebahagian kata-kata saudara . Amat sedih melihat kualiti bagaimanakah yang ada tersemat dalam jiwa generasi muda kita pada hari ini . Saya kagum sebenarnya dengan segelintir generasi muda Indonesia dan Singapura yang memiliki semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi ...

      In sha Allah , segalanya akan baik . Kita hanya perlu terus menggandakan usaha dan memperkukuh pergantungan terhadap Allah S.W.T. Malaysia ke arah negara lebih maju , berdaya saing dan aman . ^_^

      Delete
  11. Salam.. Tahniah dan syabas kpd anda. Dlm usia yg muda, anda dpt menulis sesuatu yg amat baik.. abang doa kan moga adik akan succes dlm SPM nt.. Dan teruskan dlm mengupas isu isu ketenteraan negara. Cuma kalau boleh, yg agak sulit, jangan pula didedahkan ye.. Insya'Allah negara kita akan terus di bawah BN..

    ReplyDelete
  12. Dripada analisa yg di tulis saya rasa bkn budak sekolah yg buat
    Namum ia sumber ilmiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang Tuan ,
      berdasarkan sumber ilmiah lah dapat saya simpulkan menjadi satu . Ilmu saya cetek nak dibandingkan dengan generasi muda lain , saya akur . ^_^

      Delete
  13. saya sangat kagum dengan anda baru berusia belasan tahun sudah mempunyai blog ilmiah tentera ini.syabas saya ucapkan dan semoga menjadi contoh untuk generasi.selamat berjaya dalam SPM 2013 dengan mendapat keputusan yang cemerlang.amin.^_^

    ReplyDelete
  14. blog ni macam biasa je,macam blok propaganda je,habuk pon tarak.....sama macam blog shahpaskal yg dilawakkan mana2 forum...blog yg bagus tu,jauh dari ''pesan''seseorang/kumpulan tertentu...ilmiah,some time puji,some time kritik pedas..tu blog menarik dan netral
    mana ulasan kelemahan operasional war kat lahad datu?ada ke?...kasus penceroboh amphibius vesel pla cina dekat 80km daratan msia cam mana?baik ko belajar dulu jadi bloger yg lebih baik,dari pada dikesan pesanan pihak tertentu/partai tertentu....belajar kes memalukannya blog shahpaskal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi warga indon yang sibuk nak mengulas pertahanan Malaysia. Blog adalah luahan rasa penulis blog itu sendiri, ini kebebasan berfikir. Menerima atau tidak itu keputusan pembaca. Anon 3 April tak perlu gunakan gaya bahasa Malaysia, sekilas bahasa anda sudah tahu mana asalnya, penulis ini baru berusai 17 tahun dan difahami artikelnya adalah secara asas dan bukannya kupasan mendalam. Walaubagaimanapun memadai memandangkan usianya yang masih muda. Syabas.Benar diakui ada kelemahan dalam operasi lahad datu, pergilah ke mana mana konflik pun tidak akan ada satu konflik yang ditangani tanpa sebarang kelemahan, persoalan di sini bagaimana Malaysia bertindak keatas konflik tersebut. Pernah dengar konvensyen Geneva? fahami dulu persaudaraan asean! Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa ketenteraan keatas penceroboh sulu kerana ianya boleh dilihat sebagai melancarkan perang terhadap Filipina atau sebaliknya. Itulah sebabnya rundingan diadakan bagi mencari penyelesaian secara baik, disamping itu rundingan membuka ruang kepada pegawai tentera dan polis untuk menghampiri kawasan penceroboh dan mengutip maklumat berguna spt kekuatan anggota, senjata digunakan, kubu pertahanan dan lain-lain. Kasus? di Malaysia dipanggil kes, pencerobohan kapal PLA? Awak pasti ianya pencerobohan? Atau ianya berada dalam perairan antarabangsa @ perairan tuntutan yang masih menjadi status quo? Malaysia bukan satu Negara yang suka menggunakan kekuatan tentera kecuali diperlukan. Kes ini telah dirujuk kepada UN, bantahan diplomatic lebih baik dalam memperkuatkan tuntutan kami keatas spratly. Ya askar kami tidaklah sehebat TNI, setidak-tidaknya dimana tugasan antarabangsa kami tidak pernah askar Malaysia lari dari tugas naik teksi..;). Anon lebih baik kamu belajar beri komen sebelum mahu mengajar blogger ini.

      Delete
    2. Kira okay lah dia dari kau kerja mengutuk orang tak habis habis. Malu ah sikit woi , budak ni baru 17 kot.

      Delete
    3. blog ni macam biasa je,macam blok propaganda je,habuk pon tarak.....sama macam blog shahpaskal yg dilawakkan mana2 forum indonesial...blog yg bagus tu,jauh dari "pesan"seseorang/kumpulan tertentu...ilmiah,some time puji,some time kritik pedas..tu blog menarik dan netral mama ulasan kelemahan operasional war kat lahad datu?ada ke?...kasus(kantoi indonesial!) penceroboh amphibius vesel cina dekat 80km daratan msia cam mana?baik ko belajar dulu jadi bloger yg lebih baik,daripada dikesan pesanan pihak tertentu/partai...belajar kes memalukannya blog shahpaskal tu

      -Anonymous Bebal 3 April 2013 11:11
      -maaf,bahasa melayu saya teruk sekali,sering lari dari sekolah
      -hobi gue nonton video bokep,ngocok aja

      Delete
  15. Tuan belum kenal pemimpin Malaysia lagi. Selama 50 tahun Malaysia berada dalam kerugian. Kita dambakan pemimpin yang lebih hebat. Ini kalilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali lah....yeee...ko dlm blog bdk 17 tahun pon sebok nk brpolitik..aku rasa ko yg x knl sapa itu sbnrnya pmimpin sblh..hihihi

      Delete
  16. Bg saya secara jujur nya blog ni adala antara blog yg trbaik dan pnuh info yg prnah saya baca..dan secara jujur juga pndapat saya pd mereka yg mngutuk blog ni adalah mereka yg fanatik dgn parti2 tertentu dan mereka tidak mnilai dgn ilmiah..bg bdk yg bru brumur 17thun tp brjaya mghasilkn pnulisan sbegini rupa..saya amt berbesar hati n bangga...anak melayu boleh..teruskn dik..jgn hiraukn kutukn mereka..mereka hya pndai mngutuk tp sbnrnya merekalah yg dikelirukn..satu hari nti psti mreka sdr...

    ReplyDelete
  17. Terbaek.. info yg brgna.. klu bllh tlng ceritakn lgi.. tntng kerjasama dri negara2 yg akn mnlng malaysia jika...negra memerlukn prtlngn...

    ReplyDelete
  18. negara yang nak tolong msia tentu israel & british,kite nie pion yisroel kat asia

    ReplyDelete
  19. Berhati hati kalau menulis macam ni, jangan sampai semua aset negara terdedah

    ReplyDelete
  20. Baru 17thn dh dpt menulis info dgn baik....taniah adik...semoga dpt kputusan SPM dgn cemerlang.... mane tau satu hari nnti adik akn jd menteri pertahanan....

    ReplyDelete
  21. tq for the info..mengenai aset strategik atm amatlah efektif dgn strategi yg bakal digunakan..ttp atm perlulah menambah bilangan jet pejuang supaya setiap penjuru negeri malaysia dapat ditangkis daripada ancaman udara

    ReplyDelete
  22. sokong dgn lontaran ada sesetengah rakyat kita yg x ambik tahu hal2 brkaitan dgn pertahanan negara,nak beli aset senjata pun di pertikaikan dan masalah aset tentera tiada unsur pembaziran bagi sy,saudara buat blog ilmiah tentang penting nya membagunkan aset pertahanan negara melalui industri dan syarikat tempatan,sy yakin ada boleh tahniah

    ReplyDelete
  23. Very interesting... good luck...

    ReplyDelete
  24. babi punye indon...

    ReplyDelete
  25. ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MENCARI KERJA - MELANJUTKAN KULIAH - KENAIKAN JABATAN ?!?!
    KAMI JASA PEMBUATAN IJAZAH SIAP MEMBANTU ANDA UNTUK MEMENUHI KEBUTUHAN IJAZAH UNTUK BEKERJA ATAU MELANJUTKAN SEKOLAH / KULIAH.
    BERIKUT INI MERUPAKAN JASA YANG KAMI SEDIAKAN :

    - SMU:4.000.000
    - D3 :6.000.000
    - S1 :8.000.000

    * AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DI UNIVERSITAS / KOPERTIS / DIKTI, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI,BUMN, SWASTA).

    JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

    SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.
    KIRIM KE : 085736927001.ku@gmail.com
    HUB : +6285736927001

    (HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

    Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.


    www.pembuatanijazah.blogspot.com


    www.jasapembuatanijazahpalsu.blogspot.com

    ReplyDelete