Wednesday, 24 October 2012

'AIR FORCE ONE' MALAYSIA - PENGANGKUTAN VIP,VVIP DAN DIRAJA


Assalammu'alaikum w.b.t. Kali ini penulis ingin mengupas sedikit mengenai 'Air Force One' Malaysia ? Eh,anda hairan ? Adakah Amerika  Syarikat  sahaja  yang  mempunyai  unit  elit  ini ? 

Malaysia juga mempunyai unit ini,cuma ianya tidak digelar Air Force One,tetapi dengan 'callsign'  'Perdana One'  (untuk Perdana Menteri/Timbalannya)   dan   'DiRaja One'  (untuk Yang-Dipertuan Agong/Raja-Raja Melayu).Pesawat Boeing 737-700BBJ dengan 'serial number' M53-01 menjadi pilihan Tentera Udara DiRaja Malaysia untuk dioperasikan sebagai pesawat pengangkut VIP.

Terdapat beberapa jenis pesawat dan helikopter lain yang turut digunakan :


                                                                                       
Dassault Falcon 900B Royal Malaysian Air Force (RMAF) VIP Transport ^



Jika anda pernah menonton sebuah rancangan di Nat Geo,anda dapat menyaksikan beberapa buah helikopter (Marine One) yang membawa pemimpin Amerika Syarikat dari jenis dan warna yang sama terbang serentak. Apakah tujuan mereka berbuat demikian ? 

Hal itu kerana nyawa pemimpin amat mereka titikberatkan dengan usaha mengelirukan mana-mana individu yang berniat jahat yang cuba mengancam nyawa orang kenamaan misalnya dengan menyasarkan satu-satunya helikopter yang dinaiki dengan pelancar roket atau seumpamanya. 

Langkah ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kecenderungan individu berkenaan dari menyasarkan helikopter sebenar yang terdapat di dalamnya pemimpin . Wallahu'alam .

No comments:

Post a Comment