Monday 30 December 2013

SISTEM PERTAHANAN UDARA ARAS RENDAH 'MANTIS'

Sistem pertahanan udara aras rendah MANTIS dibangunkan firma pertahanan Rheinmetall Air Defence , salah sebuah cabang firma pengeluar terkemuka Jerman , Rheinmetall . 

Sistem ini direka khusus untuk pertahanan bersifat setempat atau 'base - protection' di kawasan berprofil tinggi seperti di Afghanistan dan beberapa wilayah bergolak lain .

MANTIS merupakan singkatan daripada 'Modular,Automatic and Network capable Targeting and Interception System', dengan gelaran NBS C-RAM (counter-rocket, artillery and mortar ) . 

Sistem NBS C-RAM adalah hasil evolusi daripada sistem Oerlikon Skyshield dioperasikan Tentera Darat Jerman pada pangkalan mereka di Afghanistan . NBS C-RAM berfungsi mengesan , menjejak dan menembak jatuh sebarang projektil atau objek terbang yang mendekati 'perimeter' yang dilindungi sistem ini .

Sunday 29 December 2013

JANGKAAN PEMBELIAN / PENERIMAAN ASET AKAN DATANG


Meskipun sejak belakangan ini kita sering menyaksikan pembelian aset pertahanan baharu yang agak perlahan sama ada secara sedar atau tidak sedar , negara lain di rantau sama sedang mengorak langkah yang lebih ke hadapan secara mata kasarnya berbanding negara kita .

Walau bagaimanapun , pembelian & penerimaan aset akan datang sangat bergantung pada status kewangan kerajaan dan peruntukan khas untuk sektor pertahanan . Pastinya , kesiapsiagaan ATM kini tidak boleh dinafikan & dipandang rendah . Aset mereka sedia ada rata-rata telah up-to-date .

Negara kita melalui ATM yang mengamalkan prinsip HANRUH atau Pertahanan Menyeluruh amat menitikberatkan keperluan aset yang sudah disenarai untuk penerimaan pada masa akan datang .  Antara aset yang tersenarai & dijangka penerimaan dan pembeliannya termasuklah :

Friday 31 May 2013

VARIASI RADAR PERTAHANAN UDARA DI MALAYSIA + PENYELESAIAN MELENGKAPKAN KEUPAYAAN CEGAH RINTANG

Setiap detik , ruang udara negara diawasi oleh 'mata-mata' di darat dari dibolosi sebarang ancaman udara dari luar . 'Mata-mata' yang dimaksudkan adalah sistem radar dan penderia canggih yang ditempatkan di seluruh pelusok negara.


Memandangkan negara masih belum memiliki pesawat amaran awal udara ( AEW&C ) yang bertindak sebagai pusat operasi udara bergerak , sistem radar dilihat amat perlu bagi mengisi sedikit sebanyak ruang kekosongan yang ada .

Wednesday 27 March 2013

SEJARAH HITAM DI LAHAD DATU + JOINT OPERATION + MENGIMBAS PENGORBANAN WIRA NEGARA

  ' BUKAN MIMPI '  
Assalammu'alaikum dan Salam 1Malaysia ,
Seperti tidak ada muqaddimah , negara tiba-tiba digemparkan dengan 'peperangan' yang melanda Lahad Datu , Sabah . Sebelum ini , kita mungkin menyaksikan ketidakstabilan / peperangan yang melanda negara - negara lain misalnya di Syria , Libya , Afghanistan dan yang terkini Mesir . Namun  hari ini peristiwa sedemikian benar-benar bertempat di tanah air tercinta , Malaysia .

Dentuman peluru memecah keheningan suasana sekitar Lahad Datu tanpa henti . Sebelum mengulas lanjut , eloklah kita memahami dahulu kronologi pencerobohan 'pengganas' Sulu ke Sabah .


Wednesday 13 February 2013

GENERASI MUDA HARI INI TIDAK PATRIOTIK ? *EKSKLUSIF (RINGKAS DAN PADAT)

  GENERASI Y dan Z Bakal Pemacu Negara  
Benarkah generasi muda atau lebih dikenali sebagai generasi Y dan Z ( lahir 1990-2010 ) hari ini kurang patriotik ? Bagaimana boleh kita buktikan begitu ?

Kenalkah mereka dengan pemimpin dan pejuang negara ? Sejauh mana perasaan cinta dan taat mereka pada tanah air ? Bagaimana mereka akan memberi kesan pada masa hadapan negara kelak ?


Saturday 29 December 2012

AMPUHNYA ASET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERPAKSIKAN STRATEGI ( ENTRY TERAKHIR 2012 )

Avibras Astros II kekal menjadi aset pemusnah utama
   BERCUTI PANJANG ?  

Assalammu'alaikum w.b.t. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi blog yang tidak seberapa ini . Baru setengah tahun beroperasi namun sudah mencatatkan lebih 10,000+ pageviews , terima kasih sekali lagi .


Saya benar-benar mohon maaf jika artikel saya kali ini kurang berkualiti dan bermutu berbanding sebelumnya . Saya betul-betul tiada 'mood' dan sedih . Perlu masa sebenarnya ingin perah idea .


Sunday 16 December 2012

MEMAHAMI KEPERLUAN MRCA MENGGANTIKAN MIG-29N FULCRUM MENJELANG 2015 (EKSKLUSIF W.O.M.M.S.)

Calon paling hangat menggantikan MIG-29N 
  KEPERLUAN MRCA BAHARU  
Menjelang tahun 2015,barisan pesawat MIG-29N Fulcrum akan dipencenkan . Ini bermakna ,kurang 3 tahun dari sekarang ,negara sekurang-kurangnya perlu menerima batch pertama pesawat MRCA baharu menggantikan khidmat MIG .

Sehingga sekarang , pembelian masih belum dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu . Itu belum lagi termasuk tempoh menyiapkan kapal yang saya kira memakan masa sehingga 3 tahun dan ke atas .