Monday 30 December 2013

SISTEM PERTAHANAN UDARA ARAS RENDAH 'MANTIS'

Sistem pertahanan udara aras rendah MANTIS dibangunkan firma pertahanan Rheinmetall Air Defence , salah sebuah cabang firma pengeluar terkemuka Jerman , Rheinmetall . 

Sistem ini direka khusus untuk pertahanan bersifat setempat atau 'base - protection' di kawasan berprofil tinggi seperti di Afghanistan dan beberapa wilayah bergolak lain .

MANTIS merupakan singkatan daripada 'Modular,Automatic and Network capable Targeting and Interception System', dengan gelaran NBS C-RAM (counter-rocket, artillery and mortar ) . 

Sistem NBS C-RAM adalah hasil evolusi daripada sistem Oerlikon Skyshield dioperasikan Tentera Darat Jerman pada pangkalan mereka di Afghanistan . NBS C-RAM berfungsi mengesan , menjejak dan menembak jatuh sebarang projektil atau objek terbang yang mendekati 'perimeter' yang dilindungi sistem ini .

Sunday 29 December 2013

JANGKAAN PEMBELIAN / PENERIMAAN ASET AKAN DATANG


Meskipun sejak belakangan ini kita sering menyaksikan pembelian aset pertahanan baharu yang agak perlahan sama ada secara sedar atau tidak sedar , negara lain di rantau sama sedang mengorak langkah yang lebih ke hadapan secara mata kasarnya berbanding negara kita .

Walau bagaimanapun , pembelian & penerimaan aset akan datang sangat bergantung pada status kewangan kerajaan dan peruntukan khas untuk sektor pertahanan . Pastinya , kesiapsiagaan ATM kini tidak boleh dinafikan & dipandang rendah . Aset mereka sedia ada rata-rata telah up-to-date .

Negara kita melalui ATM yang mengamalkan prinsip HANRUH atau Pertahanan Menyeluruh amat menitikberatkan keperluan aset yang sudah disenarai untuk penerimaan pada masa akan datang .  Antara aset yang tersenarai & dijangka penerimaan dan pembeliannya termasuklah :