Saturday 8 December 2012

SENJATA ANTI KERETA KEBAL (ATGM) DALAM DOKTRIN PEPERANGAN DI MALAYSIA

 SENJATA ANTI KERETA KEBAL 
Bercerita mengenai senjata anti kereta kebal , pasti terbayang di dalam benak fikiran anda senjata yang cukup ampuh dan membinasakan yang direka untuk menghentam dan menghancurkan perisai yang ada pada kenderaan berperisai musuh .

Senjata ini meliputi pelbagai jenis antaranya ATGM (anti-tank guided missile -wire / laser / thermal / infrared guidance) , recoilles rifle , RPG (rocket - propelled) , raifel anti-material dan sebagainya .

(MBT short form kepada Main Battle Tank , ATGM short form kepada Anti-Tank Guided Missile)

Peluru berpandu anti-kereta kebal dengan warhead yang tinggi , 'muzzle velocity' yang cukup pantas , sistem pemanduan thermal/infrared/link-wire dengan ketepatan (accuracy) sehingga 90% , kebolehan multi-level tandem hentaman dan lain-lain yang sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini menjadi igauan mana-mana negara yang mengoperasikan kenderaan tentera khususnya aset yang bernilai jutaan dollar seperti Kereta Kebal Utama (MBT) .

Sejak 80-an lagi , kereta kebal utama dibina dengan fungsi tambahan perlindungan dari ancaman ATGM dengan pengenalan pelbagai bentuk keselamatan termasuklah penambahbaikan perisai komposit , laminated armor , pengenalan blok reaktif ERA dan hull-protection kit , sistem keselamatan elektronik seperti penggera dan grenad asap untuk membutakan penjejak laser ATGM dan bermacam lagi bentuk pencegahan .

Namun , sejajar dengan perkembangan sistem perlindungan yang diaplikasikan pada MBT , pengenalan dan penaiktarafan ATGM dengan kuasa memusnah berganda mengatasi segalanya . ( Nama pun ATGM , mesti -lah berupaya mematikan keupayaan bertahan sesebuah MBT secara 'total')

Jika sesebuah MBT mampu ditawan ATGM , bagaimana pula nasib kenderaan tentera lain dengan prestasi perisai yang kurang berbanding sebuah MBT seperti infantry fighting vehicle (seperti ACV-300) , kenderaan peninjau (seperti Humvee) dan lain - lain .

High Mobility Multipurpose Wheeled
    Vehicle (HMMWV aka 
Humvee)     
Mampukah mereka terselamat dari diratah ATGM , RPG dan senjata anti-kereta kebal lain ? Apakah langkah pencegahan / countermeasure yang boleh diambil ? ( Humvee semasa beroperasi di Timur Tengah pernah hancur seribu diratah RPG-7 )

Platform ATGM ini menjadi semakin mudah dioperasikan sehingga ditenggekan di atas kereta perisai infantri , bot laju , kereta peninjau 4WD ( di segelintir negara ditenggekkan di atas trak pick-up 4WD seperti Hilux )  sehingga wujud versi yang lebih kecil dan mampu diangkut menggunakan platform tripod atau bahu sahaja .



  AH-1W Super Cobra firing a TOW missile  
Ancaman terhadap sang-keturunan kereta kebal ditambah dengan pengenalan ATGM yang boleh dilancarkan secara terus dari platform udara seperti helikopter tempur dan pesawat kawalan tanpa pemandu UAV .

Sehingga kini , hanya Israel yang benar-benar mengkaji kaedah paling berkesan menangani acaman berbahaya ini . ( Kita tidak mengagungkan mereka , namun kita ambil nilai yang baik dan mengkaji faktor yang membawa kepada kejayaan mereka )


Israel berjaya mencipta sistem perlindungan aktif (APS) tercanggih TROPHY untuk dilengkapkan pada kereta kebal utama mereka , Merkava . Sistem ini bertindak memintas dan memusnahkan senjata anti-kereta kebal pada jarak 2-3 meter projektil sebelum mengenai Merkava tersebut .




  Trophy's radar and dummy launcher  


Saya fikir sistem ini paling canggih pernah wujud kerana digandingkan bersama fire-control radar,empat keping flat pannel antenna yang mengesan signal dan 'dummy launcher' yang menembak 'neutralizing agent' berbentuk serpihan besi kecil ke arah projektil yang menghampiri Merkava .

Berbalik kita ke tajuk perbincangan utama . Artikel kali ini saya ingin kupas sedikit mengenai peranan ATGM dalam doktrin ( taktik /bentuk /format /perancangan peperangan ) Angkatan Tentera Malaysia . 


Tahukah anda kita dapat memanfaatkan Hutan Hujan dan kawasan hutan di Malaysia tanpa kos yang tinggi untuk melindungi aset permukaan negara khususnya kereta perisai infantri dan kereta kebal utama dari ancaman pihak musuh ? ( Saya anggap ianya sebagai payung semua jadi )

Credit to Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan

Tahukah juga anda bahawa pengoperasian sesetengah ATGM memerlukan kawasan yang lapang atau 'open places' dan landai untuk memudahkan proses membidik sasaran dan kelancaran peluncuran sistem anti-kereta kebal ?

ATGM seperti Milan dan Javelin memerlukan 'ground clearance' atau 'open places' supaya projektil yang ditembak berjaya menstabilkan dirinya sendiri dalam penerbangan selain memudahkan proses membidik dan mengunci sasaran oleh operator.

Kita juga sedia maklum bahawa di Malaysia tidak banyak kawasan sebegitu kecuali di kawasan bandar dan ladang . Mari kita bincangkan .

Namun seperti biasa , mohon kerjasama pembaca yang arif lagi bijaksana untuk Log In Facebook dan klik butang Like di atas , mudah-mudahan menarik lebih ramai peminat dunia pertahanan ke W.O.M.M.S. dengan tersebarnya 'link' webpage ini .

Umum mengetahui , doktrin peperangan TD (Tentera Darat) memanfaatkan geografi di bumi bertuah ini . Justeru , tidak begitu janggal setiap kali latihan yang diadakan melibatkan aset-aset darat seperti kereta perisai dan kereta kebal sering kali diadakan di kawasan muka bumi yang mencabar dan berbukit bukau .

Faktor ini jugalah yang pernah mempengaruhi pemilihan jenis kereta kebal utama pertama Malaysia . PT-91M dengan berat hanya 48 tan dengan sistem persenjataan yang ampuh dan sistem keselamatan yang dominan dinobatkan sebagai pemenang .

ANCAMAN HELIKOPTER TEMPUR DINEUTRALKAN

Pengenalan sistem ATGM yang diangkut pada platform pelancar helikopter-helikopter tempur bukan lagi perkara baru .

Permulaan hasil inovasi ini bermula dengan keinginan jeneral medan melengkapkan senjata yang membinasakan yang boleh dilancarkan dari udara . Bermula dari pengenalan sistem pelancar roket tidak berpandu sehinggalah kepada ATGM yang dipandu menggunakan alat 'thermal imaging' atau infrared yang boleh dilancarkan terus dari helikopter ke arah sasaran .

Namun , sejauh mana ancaman ini ? Tamparan sehebat manakah yang boleh diberikan sistem ini jika dibawa masuk oleh musuh ke Malaysia untuk membinasakan aset TD ? ( Mari kita rungkai bersama-sama. Jika saya tersilap , minta betulkan )

Memang benar sehingga ratusan kereta kebal utama T-72 pernah diratah helikopter tempur AH-64 Apache semasa Perang Teluk menggunakan ATGM , malah puluhan kes lagi melibatkan MBT diratah mudah ATGM yang dilancarkan dari helikopter tempur .






  ATGM bermaharajalela di kawasan terbuka  
Jangan sekali-kali menyamakan situasi ini jika ia juga berlaku di Malaysia . Peristiwa MBT diratah mudah ini berlaku di kawasan terbuka atau kawasan lapang seperti padang pasir , kawasan ladang terbiar dan sebagainya .

Bentuk dan ciri muka bumi di tempat lain amat berbeza dengan di Malaysia . Jika anda melakukan pemerhatian dari udara , kawasan hutan di Malaysia ditutupi dengan lapisan kanopi tumbuhan justeru menjayakan lagi penyamaran aset TD yang menyusup ke dalam hutan sekiranya negara dilanda peperangan .


SITUASI  I ( rekaan semata-mata )

1) Suasana hening menyelubungi kawasan X selepas beberapa hari negara musuh mengisytiharkan perang terhadap negara X . Negara X dalam posisi bertahan . Kor Amor terdiri daripada unit kereta perisai dan kereta kebal utama diarahkan bertahan di barisan hadapan melalui penyusupan ke dalam hutan .

2) Aset permukaan laut negara hampir keseluruhannya dibedil peluru berpandu anti-kapal dan torpedo dari kapal permukaan dan kapal selam musuh . Hanya 3 buah korvet dan beberapa kapal ronda berbaki diarahkan mempertahankan kawasan berkepentingan yang masih belum ditawan .

3)  Pangkalan udara yang dibedil teruk menggunakan bom anti-landasan semasa pre-emptive strike yang membuka tirai peperangan memaksa pesawat pejuang untuk tinggal dan tidak beraksi . Beberapa unit aset udara juga berjaya dimusnahkan . Jurutera bertungkus lumus membaiki landasan .

4)  Selang beberapa minit kemudian , kor armor yang sedang menyusup masuk ke dalam hutan tersebut dikejutkan dengan deruman rotor dari kipas helikopter tempur yang amat dikenalinya , AH-64D Apache !


  Kemampuan terbatas di hutan hujan ...  

5) Komander operasi mengarahkan anak buahnya menghadkan pergerakan dan memulakan teknik penyamaran . Semua unit kereta perisai dan MBT telah siap sedia dipasangkan dengan jaring anti-thermal dengan camouflage khas dan rimbunan daun .  

6)  Hasil dari maklumat yang diterima , 'gunner' helikopter Apache tadi mencapai sejenis alat pandang khas (thermal imaging device) untuk mencari punca haba yang dipancarkan sebarang kereta perisai / MBT . Namun , selepas hampir 15 minit melakukan tinjauan , tiada sebarang tanda kewujudan sasaran yang dicari .



7)   Juruterbang helikopter tersebut cuba meninjau dengan lebih dekat menggunakan mata kasar dan penderia khas , namun hasilnya tetap sama . Kereta perisai dan MBT tadi gagal dikesan kerana pada pandangan pilot dan co-pilot/gunner tersebut , semua objek di bawah yang nampak serupa dari segi warna dan berjaya mengaburi mata mereka . ( Ilustrasi saya sendiri , maaf jika tidak menarik )




SITUASI II  (rekaan semata-mata )

1)   Kumpulan kecil dari kereta kebal utama negara X yang berjaya menyusup ke dalam hutan tadi diarahkan pula mengawal perimeter di kawasan XY yang menempatkan landasan kapal terbang terletak kira-kira 8 km dari situ .  

2)   Tanpa berlengah , mereka terpaksa melalui sebuah ladang ( kawasan terbuka ) untuk sampai ke perimeter kawasan XY . Nasib tidak menyebelahi mereka , sebuah helikopter tempur Apache lengkap bersenjata tiba-tiba melalui kawasan tersebut dan berjaya mengesan mereka .

3)   Gunner pada helikopter tersebut tanpa berlengah membidik sebuah daripada kumpulan kecil MBT yang sedang bergerak itu . Pada ketika itu , MBT tersebut sudah mencapai standard dan dilengkapi sistem pertahanan yang lengkap dan maju .

4)   Laser Warning System yang mengelilingi turet MBT tersebut berjaya mengesan pancaran laser dari alat pembidik yang dipancarkan helikopter tempur tersebut . Sistem tadi bertindak terus mengeluarkan bunyi nyaring dan secara automatik melancarkan grenad asap 84mm ke pelbagai arah .

5)    Asap yang keluar berjaya membutakan penjejak laser yang dipancarkan alat bidikan pada helikopter tersebut seterusnya membantukan pelancaran misil anti-kereta kebal . Di sebalik kepulan asap grenad itu tadi , serta merta pasukan kecil MBT itu berundur untuk berlindung semula di tempat yang selamat .  (Ilustrasi saya sendiri , maaf jika tidak menarik)


Kesimpulannya dari dua situasi yang dinyatakan di atas , Angkatan Tentera Malaysia mempunyai dan mengaplikasikan kedua-dua kelebihan tersebut dan sudah pasti akan dimanfaatkan pada waktu genting nanti.




 PT-91M Malaysia turut dilengkapi jubin reaktif ERA,ERAWA
 2 dan 4 'laser warning system'  mengelilingi turet kereta kebal 

                                PT-91M merupakan versi kereta kebal utama paling lasak di dunia  

Kewujudan hutan hujan sebagai payung perlindungan semula jadi,
malah menyekat kemasukan  kebal dengan berat lebih 60 tan
Foto : Military of Malaysia,Syarkghost , saksikan
ACV - 300 Adnan dalam teknik penyamaran khas
Foto : Military of Malaysia , Shah Paskal ,Cuba anda
  saksikan PT - 91 M dengan infrared thermal netting  
  PT-91M Pendekar , Menggempur Memusnah  


PENDAPAT PENGANALISIS PERTAHANAN DARI LUAR NEGARA MENGENAI KEBERKESANAN HELIKOPTER TEMPUR DI ASIA TENGGARA

Helikopter tempur termoden sekalipun misalnya AH-64D Apache tidak akan mencapai tahap memuaskan dan efektif menentang musuh di kawasan lantai hutan berbukit bukau , rimbun dengan tumbuhan meliar dan mudah mengelirukan kerana tona warna setiap ruang yang hampir sama .

Kelebihan sistem penderia , penjejak malah taring utamanya sendiri (berupa ATGM) yang ada pada sesebuah helikopter tempur hampir dimatikan dengan kelebihan yang berpihak pada faktor geografi , alam sekitar belum lagi dtambah lapisan perisai komposit , reaktif dan sistem keselamatan elektronik yang ada pada sesebuah kenderaan berperisai .

Para penganalisis ini turut berpendapat pembelian helikopter sedemikian tidak begitu berbaloi kerana keupayaannya yang dihadkan oleh faktor muka bumi meskipun dilengkapi alat penderia , pengesan dan penjejak dengan kos berjuta-juta dolar .

Malaysian Army Aviation helicopter A109 LOH is more versatile and better suit for observation and attack missions in SE Asian jungle terrain than Australia Euocopter Tiger and Singapore AH-64D 'Longbow Apache' . - Antara petikan



Mereka turut berpendapat helikopter ringan yang dikhususkan untuk melakukan rondaan (observation helicopter)  dan bantuan rapat udara (close air support) lebih versatil dan menepati kehendak doktrin peperangan semasa di samping kos yang lebih murah .




The ‘Apache’ helicopters AH64D have not been very effective against the enemy on the ground, proven in Karbala and Operation Anaconda. The’turkey shoot” during the Gulf war was a one sided affair on a retreating enemy during the first Gulf War, creating a myth on the invincibility of the Apache. 


Foto : Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan,
 ACV-300 Adnan sedang bermain hide-and-seek 
As the lethal, tank-killing aircraft approached on a mission to destroy the Medina Division’s dispersed armor, troops dispersed throughout a palm-lined residential area and opened fire with antiaircraft guns, rocket-propelled grenades and a wall of fire from rifles and other small arms. … “The Iraqi fire was so intense that the Apaches had to break off their mission and return to base.” The results of that failed mission strongly suggest that the modern helicopter is a battlefield liability . Antara petikan


KEJUTAN PELUNCURAN PELURU BERPANDU ANTI-KERETA KEBAL MILIK ATM

  ACV-300 Adnan melancarkan Baktar Shikan ATGM  

Sebelum saya terus ke perbincangan paling utama , eloklah rakan-rakan pembaca sekalian mengenali dahulu jenis-jenis senjata anti-kereta kebal yang dioperasikan ATM pada page 'List of MAF missile' . Klik di sini . Versi yang paling berbisa pernah dimiliki setakat ini adalah Baktar Shikan yang kita import khas dari Pakistan mempunyai jarak membunuh sehingga 3,200 meter .

  Hentaman ATGM - Metis M membinasakan !   

Baktar Shikan yang ditenggekan pada tripod khas ACV-300 Adnan merupakan gandingan aset darat ampuh dan membinasakan . Malaysia yang juga mengoperasikan ATGM lain dari jenis Metis M yang dilengkapkan pada kenderaan peninjau 4X4 Mercedes G-Wagon turut menajamkan lagi taringnya .

Masing-masing mampu menembusi dinding konkrit setebal 1000mm pada sudut tegak 0 darjah dan sememangnya dicipta khas untuk menghancurkan struktur perisai kenderaan darat musuh melalui hentaman warhead 'high explosive/HE' dan robekan armor / 'armor piercing' yang lebih tinggi .

Jika anda perasan dalam mana-mana latihan tentera darat melibatkan formasi kereta kebal dijalankan , formasi PT-91M turut disertai ACV-300 Adnan yang lengkap dengan ATGM Baktar Shikan . Hasil dari ketumbukan ini memperlihatkan 'fire-power' yang menakjubkan hasil kemampuan tembakan ATGM Baktar Shikan dan meriam smooth bore Konstruka 2A46MS berkaliber 125 mm .

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ATGM DENGAN PROJEKTIL SMOOTH BORE 125 MM ?

ATGM adalah sejenis senjata pemusnah kereta kebal yang dilancarkan oleh individu oleh platform tertentu . Kebanyakan ATGM dijana menggunakan 'solid-rocket fuel' untuk menerjah ke lapisan perisai kenderaan musuh .

Namun , berbeza pula bagi projektil 125 mm yang terdapat pada meriam Konstruka 2A46MS . Projektil ini juga direka sebagai penghambat perisai kereta kebal namun dengan saiz yang lebih kecil , panjang dan tanpa kepala - peledak .

Antara perbezaan ketara antara kedua-dua jenis ini ialah muzzle velocity atau kelajuannya selepas dilancarkan atau dalam penerbangan .

Meriam umpama pistol yang melepaskan pelurunya dengan sangat pantas , namun ATGM hanya dijana tujahan enjin roket . Semestinya , halaju projektil meriam adalah lebih tinggi dan lebih tepat . Projektil 125 mm ini cukup ringkas , hanya diperbuat daripada besi khas 'armor piercing' dan sabot .
 VS


Halaju tinggi projektil 125 mm yang mengehantam ke arah sasaran mampu merobek ketebalan perisai dengan lebih dalam tanpa sebarang bahan letupan atau kepala ledak . Projektil ini juga lebih murah dan ringkas berbanding projektil HEAT berpandu .

Namun , kedua-duanya adalah pemusnah kereta kebal yang sarat dengan 'destructive power' atau kuasa pemusnah . Kedua-dua kelebihan ini dimiliki ATM .


GUERILA WARFARE + ATGM = ELEMEN KEJUTAN

   Komando Grup Gerak Khas (GGK) Malaysia  
Siapa tidak kenal Pasukan Khas Malaysia . Jika kita berkunjung ke forum luar negara , laman web asing malah History Channel sendiri mengakui kepakaran tentera Malaysia dalam perang gerila atau 'guerila warfare'  & formasi perang seangkatan dengannya .

'Guerila warfare' ini kita lihat sekarang diterajui pasukan-pasukan elit seperti GGK dan 10 Briged Para . Kepakaran dan ketangkasan mereka menyusun strategi dan menyesuaikan diri dalam suasana mencabar seperti di Hutan Hujan dipuji pasukan khas lain dari seluruh dunia seperti Britain , Perancis malah US Navy Seals sendiri .

Katakanlah negara dilanda peperangan suatu masa kelak , pasukan darat inilah menjadi tunjang paling utama membersihkan kawasan Malaysia dari ancaman musuh sekiranya aset udara dan laut habis dibaham peluru tidak bermata .

Mereka bukan sahaja tangkas dan sudah lali dengan persekitaran sekeliling , namun begitu kuat fizikal dan psikologi . Dalam sesi latihan yang amat memeritkan , mereka dilatih supaya tidak membocorkan maklumat walau apapun yang terjadi ketika berjaya ditangkap atau dijadikan tebusan . Mereka sangat optimistik dalam setiap operasi yang dijalankan bagi membolehkan objektif utama sesebuah misi tercapai .

Sekiranya mereka diarahkan meneutralkan ancaman kereta kebal di kawasan hutan , mereka sudah tentu mampu memberi elemen kejutan yang amat tidak disangka-sangka . Berbekalkan ATGM jenis Bofors AT4-CS dan raifel anti-material , mereka yang sudah lali dengan persekitaran tanpa membuang masa membaham mangsanya tanpa dapat dikesan .

                 Raifel anti-material Denel NTW20 20mm                              Bofors AT4 - CS  

Elemen kejutan ini bukan sahaja mampu ditonjolkan pasukan elit , malah rejimen darat lain yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara . Anggota Tentera Darat lain juga turut dilengkapi bersama kenderaan peninjau berbisa seperti URO Vamtac dan Mercedes G-Wagon .

Kenderaan peninjau berbisa ini turut dilengkapi sama ada mesingan berat 12.7mm Browning M2HB , peluru berpandu pertahanan udara mudah jinjing Djigit Igla malah misil anti-kereta kebal Metis M .


Tim ini boleh diaturgerak ke sesuatu lokasi dengan senyap dan pantas . Bermodalkan kemahiran , senjata dan semak samun , senjata anti-kereta kebal dilepaskan ke arah sasaran tanpa dapat dijangka . Situasi yang hampir sama berlaku jika pertempuran bertempat di kawasan perbandaran (urban) .

Malaysian troops constantly have combined arms exercises throughout the year, they have elaborately planned out training cycles for the individual,units, brigades, divisions and the corps as a whole.

  10 Brigade PARA Elite Force ,   Photo :   N.S.
Shah, Perajurit-Penjana Pemikiran Pertahanan

They exercise in peace times with imaginery enemies, they have made mistakes, they go back to the drawing boards. They know their weaknesses,they improvise, adapt and overcome. They also conduct lots of cross training with foreign forces.

Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa Malaysia mempunyai bilangan pelancar roket grenad RPG-7V yang cukup banyak . (cukup untuk meenghancurkan sehingga 500+ buah kenderaan tentera berperisai seperti HUMVEE,Bradley,Stryker malah MBT dengan kemahiran mencari weak-point) 

Meskipun senjata ini dilihat sudah ketinggalan zaman kerana digunakan sejak era Soviet , namun ianya masih efektif ke atas kenderaan berperisai ringan dengan kepala ledak 'high explosive anti-tank' , sudah cukup untuk menembusi 'hardened steel plate' setebal 3 inci atau perisai setebal 260mm pada sudut 0 darjah . 

Malah , dalam beberapa kes di Palestin dan Afghanistan , pelancar roket grenad ini pernah merobek perisai kereta kebal utama termasuk Merkava milik Israel . Kemahiran penggunaan dan mencari titik-lemah sesebuah sasaran dilihat amat penting dalam memastikan senjata yang digunakan dapat dioptimumkan kesannya .


  Semangat jihad Briged Al-Qassam wajar diteladani ATM 

Kesimpulannya di sana , kita mungkin kalah di atas kertas dari segi bilangan aset meliputi kereta kebal utama , kenderaan infrantri , kenderaan sokongan ,aset udara , aset laut dan sebagainya berbanding dengan negara lain . Namun , sedar atau tidak , kita memiliki angkatan tentera yang sangat ampuh di darat .

Bukan sahaja sudah lali dengan keadaan tempur sekeliling yang ekstrem , dilengkapi peralatan terkini , malah bijak menyusun strategi mematikan pergerakan dan impian pihak musuh . Majulah Angkatan Tentera Malaysia demi negara dan agama Islam . Is-sha Allah .

9 comments:

  1. Syabas. Kupasan yang cukup kemas dan padat mengenai ATGW. Terutama perihal perbandingan antara amunisi meriam 125mm dengan misil Anti Tank.

    Satu lagi sistem popular yang digunakan oleh ATM untuk membedil kenderaan berperisai ialah Carl Gustav. Seorang rakan saya, Leftenan di dalam pasukan wataniah pernah menceritakan kepuasan membedil sasaran menggunakan Carl Gustav.

    Satu sistem ATGM yang menarik dan unik ialah Kornet-E, di mana ia berupaya mengenalpasti struktur badan kereta kebal dan mensasarkan ke arah bahagian paling lemah sesebuah kereta kebal - bahagian atas. Tak pernah kedengaran atau terbaca di mana2 sistem ini dimiliki oleh ATM dan juga belum terbaca mana-mana artikel mengisahkan keberkesanan Kornet-E dalam konflik global.

    Sehebat manapun sesebuah kereta kebal, pasti akan ada sistem senjata yang dibina untuk mengatasinya. Malah yang paling penting dalam sesebuah pertempuran ialah taktik.

    Pernah terbaca mengenai kereta kebal Rusia yang memasuki bandar musnah apabila pejuang Chechen yang bersembunyi dari atas bangunan menembak RPG a.k.a bazooka tepat ke bahagian atas kereta kebal iaitu di bahagian atas kupola meriam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan ,
      Benar fakta yang dinyatakan mengenai ATGM . Taktik adalah segalanya . Secanggih mana sistem pertahanan sesebuah MBT , sistem ATGM yang dibangunkan pada masa yang masa lebih terkehadapan teknologinya . Situasi ini juga sama seperti revolusi senjata pertahanan udara , satu demi satu peluru berpandu pertahanan udara yang lebih jauh dicipta untuk memintas ancaman yang boleh dikesan sehingga beratus kilometer .

      Sejarah juga membuktikan kawasan bandar (sekurangnya mempunyai dua-tiga struktur bangunan) merupakan lubuk tersoroknya tim anti-kereta perisai atau kereta kebal selain kawasan hutan . Hanya komander operasi yang benar-benar yakin sahaja mampu mengerahkan kereta kebal mereka masuk ke lubuk ancaman ini . ^_^

      Nice comment .. Terima kasih atas sokongan dan dorongan

      Delete
  2. Tahniah kepada admin kerana memberi kupasan tentang sesuatu aset peperangan ,,,saya tertarik dengan artikel Situasi 1 dan 2 yang memberi gambaran keupayaan sebenar sesebuah senjata yang dimiliki. Saya berharap agar kecenderungan anda untuk terus menulis tidak pudar memberi ilmu pengetahuan untuk dikongsi. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen yang membina . Teruskan menyokong pihak kami mengeluarkan artikel pertahanan berkualiti dan bermutu tinggi . In sha Allah ^_^

      Delete
  3. Teruskan usaha anda memberikan ilmu kepada kami. Tahniah di ats kesabaran dan analitikal yang memudahkan pemahaman untuk orang biasa.

    ReplyDelete
  4. Saya amat berminat dengan military Def.n tech., melihat pada keadaan sekarang terutama yang berlaku di Lahat Datu, adakah pasukan keselamatan kita terdedah dengan risiko bahaya di atas khususnya unit kereta kebal acv-300 adnan apabila pihak pengganas menggunakan teknik guelira.

    ReplyDelete
  5. militer class anak2,alias anak kecik baru dapat mainan,,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. militer class anak2 pun tidak apa,yg penting ada usaha...huhu

      Delete
  6. ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MENCARI KERJA - MELANJUTKAN KULIAH - KENAIKAN JABATAN ?!?!
    KAMI JASA PEMBUATAN IJAZAH SIAP MEMBANTU ANDA UNTUK MEMENUHI KEBUTUHAN IJAZAH UNTUK BEKERJA ATAU MELANJUTKAN SEKOLAH / KULIAH.
    BERIKUT INI MERUPAKAN JASA YANG KAMI SEDIAKAN :

    - SMU:4.000.000
    - D3 :6.000.000
    - S1 :8.000.000

    * AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DI UNIVERSITAS / KOPERTIS / DIKTI, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI,BUMN, SWASTA).

    JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

    SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.
    KIRIM KE : 085736927001.ku@gmail.com
    HUB : +6285736927001

    (HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

    Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.


    www.pembuatanijazah.blogspot.com


    www.jasapembuatanijazahpalsu.blogspot.com

    ReplyDelete