Tuesday 13 November 2012

M2HB BROWNING MACHINE GUN .50 CALIBER EFEKTIF,MENYERLAH DAN MEMUSNAH !

M2HB .50 Cal Heavy Machine Gun + M3 Tripod
BROWNING M2HB .50 Cal
Didaftarkan dengan nama M2HB Browning .50 Caliber Machine Gun,senjata ini mula direka oleh John M. Browning pada tahun 1921 dan terus dibangunkan sehingga ke hari ini. M2 juga dikenali sebagai 'Ma Deuce' atau 'the fifty' yang merujuk kepada kaliber senjata tersebut.

Senjata ini merupakan antara senjata yang paling lama bertahan sehingga hari ini apabila telah terlibat dalam banyak peperangan (dari WW-II,Korea War,Suez Crisis sehinggalah Perang Iraq). Bukti senjata ini amat ampuh dan digeruni di medan perang,M2 telah digunakan meluas dan menghampiri rekod jualan 4 juta unit.

Mesingan berat ini amat efektif digunakan untuk memusnahkan infantri (antipersonnel),kenderaan berperisai ringan,pesawat/helikopter yang terbang rendah,bot dan sebagai sokongan tembakan dalam pertempuran.

M2HB pernah dinobatkan di  tangga pertama dalam carta mesingan berat oleh Discovery Channel (kalau tidak silap saya) oleh kerana prestasinya yang amat membanggakan,kuasa tembakan mengagumkan,jarak efektif tembakan yang agak jauh menyamai sebuah 'sniper',ketepatan tembakan dan faktor lain.

Kadar tembakan 635rounds/min atau 10.583rounds/sec dan 'muzzle velocity' 890m/s sudah pasti menjanjikan impak hentaman menggerunkan buat pihak musuh. Muzzle velocity ialah kepantasan sesebuah projektil meluru ke arah sasaran per masa. Peluru .50 kaliber (cartridge .50BMG 12.7x99mm NATO) ini direka khas untuk merobek perisai kenderaan seterusnya menghancurkan secara fizikal sasaran yang dibedil.

Jarak efektif tembakan dilepaskan M2HB pula adalah sehingga 1.82km ! Namun untuk menembusi perisai kenderaan seperti 'hardened steel plate',jarak efektif dikurangkan secara mendadak sehingga 500m sehaja. Lebih daripada itu,peluang untuk menembusi perisai kenderaan musuh agak tipis.

Jika diperhatikan di Afghanistan,kawasan yang dijadikan tapak tenggekan M2HB ialah di lembah-lembah bukit tinggi kerana mudah memerhatikan kawasan sekeliling yang lebih rendah dan memudahkan untuk menembak mati militan atau pemberontak. Menjadi kegemaran jeneral tentera juga untuk memodifikasi pemasangan senjata seumpama ini di helikopter CSAR,helikopter maritim/peninjau mahupun helikopter penyerang.


Browning M2HB .50 Cal helicopter-mount (left) and vehicle-mount


Jarak efektif maksimum M2HB boleh mencapai sehingga 2km jika dilengkapkan pada tripod M3 atau platform penstabil yang lain. Sebagai senjata 'ground portable' semi-kompleks,berat senjata ini mencapai berat 38kg dan jika dilengkapkan bersama tripod M3 (berat 20kg), maka berat keseluruhan mencapai 58kg.

Meskipun dianggap berat dan agak sukar dibawa tentera infantri berbanding mesingan ringan 7.62mm seperti M60E4, M2HB terbukti lebih lasak dan mempunyai 'fire power' yang lebih dahsyat dan membinasakan !


Peranan pelbagai M2HB (sumber:Wikipedia) : 


  • A medium infantry support weapon
  • As an anti-aircraft (AA) gun in some ships; up to six M2 guns could be mounted on the same turret.
  • As an anti-aircraft gun on the ground. The original water-cooled version of the M2 was used on a tall AA tripod or vehicle-mounted anti-aircraft weapon on a sturdy pedestal mount. In later variants, twin and quadruple M2HB Brownings were used, such as the M45 Quadmount used on the US M16 half-track carrier. Twin or quad-mount .50 M2 guns normally used alternating left-hand and right-hand feed.
  • Primary or secondary weapon on an armored fighting vehicle.
  • Primary or secondary weapon on a naval patrol boat.
  • Spotting for the primary weapon on some armored fighting vehicles.
  • Secondary weapon for anti-boat defense on large naval vessels (corvettes, frigates, destroyers, cruisers, etc.).
  • Coaxial gun or independent mounting in some tanks.
  • Fixed-mounted primary armament, with the light-barrel version only, in World War II-era U.S. aircraft such as the P-47 ThunderboltP-51 Mustang, and the Korean-era U.S. F-86 Sabre, sometimes synchronized to fire through the propeller arc in a twin mount atop the engine, as on the P-40B Tomahawk fighter.
  • Turret-mount or flexible-mounted defensive armament, again only with the light-barrel version, in World War II-era bombers such as the B-17 Flying Fortress, and B-24 Liberator.

Antara helikopter yang menjadi sasaran mudah M2HB yang dioptimumkan
dengan keupayaan dan kemampuan anti -pesawat (anti aircraft : AA)


M2HB DALAM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengoperasikan senjata berbisa ini. Senjata ini banyak dilengkapkan pada kenderaan-kenderaan peninjau 4WD, kereta-kereta perisai, kereta kebal utama, kereta kebal utama malah pada aset permukaan laut.

Berat M2HB tidak menjadi penghalang apabila dioperasikan bersama platform sokongan seperti tripod dan sebagainya .

Misalnya, M2HB 12.7mm .50 Caliber ditenggekan pada bahagian atas pacuan kembalik 4WD Tentera Darat Malaysia (TDM) seperti Mercedes G-Wagon dan URO-Vamtac, pada bahagian atas turet kereta kebal utama PT-91M Pendekar (sebagai secondary armament) malah pada helikopter peninjau/ASW milik TLDM dari jenis Super Lynx Mk.100.



Browning M2HB .50 Caliber pada Mercedes G-Wagon
Browning M2HB .50 Caliber pada URO Vamtac
Browning M2HB .50 Caliber pada kenderaan pelancar roket Astros II


Kenderaan 4WD yang dilengkapkan dengan mesingan berat 12.7mm menggalas tanggungjawabnya sebagai peninjau berbisa yang melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan konflik dan bentuk muka bumi mencabar.

Ia juga bertindak menyokong ketumbukan infantri yang berada dalam suasana genting dengan memberi bantuan tembakan secara bertalu-talu menggunakan peluru AR atau 'armor-piercing' berkaliber 50.




Gambar di atas telah menceritakan serba sedikit mengenai projektil M2HB Browning. Umum mengetahui tenaga kinetik dan kuasa tujahan yang diberikan peluru 50 kaliber amat tinggi.

Maka tidak mustahil perisai besi yang telah mampat berjaya ditembusi dengan hentaman bertalu-talu tanpa henti berjumlah 635 rounds per minit. M2HB yang berada di dalam inventori ATM sudah tentu menjadi senjata yang paling digemari berbanding mesingan lain dari jenis FN MAG 58,Minimi M249 5.56mm,HK11A1 dan MP5A2 .




Berbekalkan 'muzzle velocity' 890m/s dan jarak efektif penembakan sehingga 1.8km, maka tidak hairan juga mesingan berat ini dijadikan 'secondary armament' pada helikopter peninjau Super Lynx milik TLDM selain peluru berpandu udara-ke-permukaan (ASM) dari jenis Sea Skua sebagai 'primary armament'.

Dalam konteks ini,M2HB turut berperanan membantu cegah-rintang terhadap bot-bot atau kapal asing yang menceroboh perairan negara. Dengan jarak efektif pengoperasian M2HB sehingga 1.8km,bedilan mampu dilepaskan ke arah pihak asing yang cuba melawan tanpa melibatkan senjata lain yang lebih kompleks dan memerlukan kos pengoperasian yang tinggi.

Jika ancaman berada di tahap sederhana,barulah akan melibatkan jaringan komunikasi dan peluncuran peluru berpandu anti-kapal Sea-Skua ke arah sasaran permukaan. Mesingan berat yang terdapat di atas dek korvet kelas Laksamana,OPV kelas Kedah dan frigat kelas Lekiu turut memainkan peranan yang sama dalam memberi sokongan tembakan .


Bila lagi Malaysia akan mula menggunakan perkhidmatan 'gatling gun' seperti GAU-19B
di atas yang lebih menyengat dengan kadar tembakan sehingga 2000 rounds/minute ???

Peranan 'gatling gun' sebagai CIWS yang dilengkapkan pada aset permukaan laut terbukti berkesan mempertahankan serangan bertalu-talu peluru berpandu anti-kapal terhadap kapal bersaiz friget dan pemusnah .


3 comments:

  1. Awesome ^_^
    Boleh beralih kepada CIWS dalam inventori Navy .

    ReplyDelete
  2. KASHTAN CIWS/GOALKEEPER/CENTURION(VULCAN-PHALANX)

    ReplyDelete
  3. 50 cal...plat titanium setebal 2 inci pun tembus bila kena tembak dgn raifal...memang pengorek àrmor

    ReplyDelete