Friday 31 May 2013

VARIASI RADAR PERTAHANAN UDARA DI MALAYSIA + PENYELESAIAN MELENGKAPKAN KEUPAYAAN CEGAH RINTANG

Setiap detik , ruang udara negara diawasi oleh 'mata-mata' di darat dari dibolosi sebarang ancaman udara dari luar . 'Mata-mata' yang dimaksudkan adalah sistem radar dan penderia canggih yang ditempatkan di seluruh pelusok negara.


Memandangkan negara masih belum memiliki pesawat amaran awal udara ( AEW&C ) yang bertindak sebagai pusat operasi udara bergerak , sistem radar dilihat amat perlu bagi mengisi sedikit sebanyak ruang kekosongan yang ada .


Bermula dengan evolusi pembangunan pesawat generasi ke-5 yang dikelaskan sebagai 'stealth' ( halimunan pada mata radar ) , negara memberi penekanan terbaik bagaimana untuk mengatasi ancaman yang bersifat lebih tinggi dari konvensional ini jika ia benar-benar akan mengancam kedaulatan negara pada suatu masa nanti . 


Penderia bersifat 'passive' tercanggih dari 'Czech Republic' dari jenis VERA-E akhirnya dilihat sebagai alternatif paling efektif menangani kebimbangan terhadap ancaman pesawat-pesawat 'stealth' ini .

Hebatnya sistem penderia itu tidak dapat dinafikan apabila Kongres dari U.S. sendiri mendesak pihak Republik Czech agar mengetatkan penjualan sistem tersebut kepada negara-negara luar terutamanya China . Malaysia bertindak bijak mendapatkannya sebelum kebimbangan kuasa besar itu timbul .


2 buah VERA-E dibeli dengan kos yang agak tinggi , namun menepati doktrin pertahanan udara ATM . Berbeza dari sistem radar udara biasa yang bersifat konvensional , VERA-E dicipta khas bagi mengesan isyarat dari udara , darat dan laut dari semua jenis radar , 'jammers' , SIF/IFF transponder dan 'interrigators TACAN/DME' malah isyarat 'point-to-point/microwave link' yang dipancarkan dari pesawat 'stealth' seperti F-22 Raptor dan JSF F-35 .

Dengan jarak nominal pengimbasan sehingga 450 km , dua unit dilihat memadai menutup sebahagian kawasan strategik di Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak .

Berbalik kepada sistem radar konvensional , negara turut mengoperasikan sistem radar dan penderia berikut :


Radar penjejak udara jarak jauh (180-450 km):

- THALES Ground Master 400
- RAT - 31 DL / M / SL
- Marconi 3D S-600 ( disepadukan dengan MADGE SOC III - Malaysia Air Defense Ground Environment Sector Operations Center III )
- Hughes  Air Defense Radar
- Martello S-723 



Radar penjejak udara jarak sederhana ( 15 - 200 km ) :

- TRML 3D multi-mode phased array radar ( highly reliable , C-band , mobile radar system )
- Sea Girrafe air search radar ( on Lekiu class frigate , with AMB technology , detecting small & fast moving targets including diving anti-ship missiles )
- Artillery Hunting Radar ( Arthur )

Penderia dari jenis pasif :

- Vera E
( passive radiolocator/sensor , electronic support measures ESM , uses measurements of time difference of arrival TDOA of pulses ,accurately detect and track airborne emitters )


Antara radar terkini dan tercanggih juga dari senarai di atas adalah Ground Master 400 dibangunkan firma THALES-Raytheon System dari Perancis . Sistem ini menggunakan fungsi digital sepenuhnya radar 3D AESA jarak jauh , menyediakan kebolehan mengesan mana-mana objek dengan 'radar cross-section' paling rendah menyamai teknologi 'stealth' seperti UAV , peluru berpandu balistik dan kruis .


THALES SMART - S Surveillance Radar
yang akan dilengkapkan pada LCS kelak .
GM 400 juga berkebolehan mengimbas keadaan ruang udara sehingga jarak 390 km dengan altitud maksimum 30.5 km + dengan kadar putaran 10 RPM .

Cukup bercerita mengenai radar pertahanan / pengawasan udara . Sektor pengawasan udara telah selesai . Bilangan yang ada dilihat mampu memberi liputan penuh pengawasan udara di seluruh negara Malaysia . Cuma , kita masih ketiadaan pesawat AEW&C dalam menjamin peng-urusan keselamatan udara yang lebih cekap dan efisien .


Sistem pertahanan udara aras - rendah
yang dimiliki oleh ATM sehingga kini.

Radar dan penderia pertahanan udara hanya melibatkan langkah awal sahaja kerana ancaman belum lagi dineutralkan . Seterusnya pada fasa cegah rintang atau meneutralkan ancaman melalui kaedah penghapusan serta merta .

Kemampuan kita pada tahap ini dilihat amat rendah . Umum dapat menyaksikan sistem pertahanan udara negara berasaskan meriam artileri dan peluru berpandu hanya mampu membunuh dengan purata jarak amat dekat , kira-kira 10 km sahaja . Sistem yang lebih berkemampuan perlu dipertimbangkan pada masa akan datang .

Rankaian sistem pertahanan udara   ( Point
Air Defence) oleh BUMAR Group (Poland)
Indonesia akan menerima sejumlah 6 unit
meriam artileri pertahanan udara Oerlikon
Skyshield 35 mm mulai tahun  2015 - 2017

'Air Traffic'  di Malaysia pada jam 12.00 p.m. , 30 Mei 2013

Cuba saksikan trafik udara di atas yang diimbas 'roughly' pada jam 12.00 tengah malam waktu tempatan . Pada waktu puncak , trafik ini akan semakin bertambah dan bertambah . Anda mungkin fikir apa yang penulis fikir ?

Ya , kesempatan ini mungkin boleh diambil oleh mana-mana anasir jahat dari luar untuk menyusup masuk ke ruang udara Malaysia bagi melumpuhkan kekuatan pertahanan negara melalui pelancaran 'pre-emptive strike' ke atas kawasan berkepentingan di Malaysia . 

Sebaik sahaja dikesan mahupun disyaki formasi / pergerakan aneh pesawat-pesawat asing itu , maklumat akan dihantar terus ke agensi pusat seterusnya akan memaklumkan pada skuadron pemintas Tentera Udara DiRaja Malaysia atau mana-mana skuadron pesawat pejuang terdekat .

RMAF MIG-29 Fulcrum,
photo : Ahmad Yassier

Jika dalam situasi sekarang , tugas ini tentu akan dipikul skuadron pemintas dibarisi pesawat-pesawat MIG-29N Fulcrum . Namun , pesawat ini akan ditamatkan perkhidmatan-nya tidak lama lagi (2015 jika tiada perubahan) .

Namun , siapakah yang akan mengganti posisi pesawat pemintas sepanjang ketiadaannya nanti ( selepas dipencenkan ) ?



Selain F/A-18D Hornet , pesawat Sukhoi SU-30MKM juga memerlukan teman kelak yang akan menggantikan tugas MIG-29N Fulcrum . Beberapa tahun sahaja lagi , adakah kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan pengganti dalam tempoh waktu ditetapkan ?


PEMBELIAN MRCA BAHARU DITUNDA LAGI ?


Jen Tan Sri Rodzali Daud
Foto  :  Dzirhan Mahadzir

Panglima Tentera Udara , Jeneral Tan Sri Rodzali Bin Daud memberi taklimat kepada media dua hari lepas ( 29 Mei 2013 ) bahawa program MRCA berkemungkinan akan tertunda / tergendala sehingga tamat 'timeframe' yang ditetapkan .



Saab JAS-39 Gripen NG ( New Generation )
Pihaknya juga berkemungkinan besar akan mempertimbangkan pesawat pejuang dari Sweden ( Gripen ) sebagai pilihan ( melalui pembelian atau sewaan ) jika tiada dana secukupnya disediakan  bagi menggantikan MIG-29N yang dijangkakan akan ditamatkan perkhidmatan menje-lang 2015 .

Namun , mengapa Gripen ? Pasti ada rasional , taktik , agenda dan strategi tertentu oleh pihak TUDM dan kerajaan .


SAAB Gripen NG , kecil namun garang dan lincah di udara !
Saksikan dahulu video official Gripen NG , pasti ramai yang mampu terpegun padanya pula ?




Sebenarnya tidak kisah pun pesawat mana yang akan terpilih . Menang atau tumbang sesebuah pesawat dalam 'dogfight' atau peperangan 'beyond-visual range' tidaklah berpaksikan pada teknologi pesawat semata - mata , ia juga melibatkan strategi yang ampuh .

Kita sebagai umat Islam juga percaya Allah Ta'ala akan sentiasa berpihak pada pihak yang benar . Kejayaan itu pasti berpihak pada kebenaran , dengan izin-Nya . Tidak kiralah pesawat jenis apa yang dipandu , namun jika juruterbang itu seorang yang ikhlas berjuang , mendapat arahan telus dari pemerintah yang adil dan baik , demi niat mempertahankan kedudukan agama Islam dan kedaulatan negara , kejayaan itu pasti menjadi milik kita walau secanggih mana pun pesawat pejuang lawan , In shaa Allah . ^_^


Ingatlah ! Hormati pemimpin kita .

Semoga Malaysia terus membangun dan maju sebagai sebuah negara Islam . Semoga peranan kita sebagai pembela umat Islam di seluruh dunia Allah Ta'ala rahmati . Salam 1 Malaysia dan Assalammu'alaikum w.b.t. ^_^



39 comments:

  1. Amboiii...lama tunggu entri..macam MOM plak,heee!Busy preparation exam ke dik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya saudara ... Maaflah , nanti lepas SPM In shaa Allah akan lebih giat lagi . ^_^

      Delete
  2. SELEPAS ADA SONGLAP LAGI,JANJI NAK BELI KOMISYEN..KOMISYEN

    ReplyDelete
  3. Duit semakin kurang adik ooii.... Sebab nak servis hutang negara RM580Billion ++ dan bayar program pertahanan yang sedia ada spt AV8, Scorpene dan Su 30 MKM.

    So terpaksalah MRCA ditunda. So angan-angan aje la pasal pengganti KD Seri Inderapura, perolehan 2nd tank regiment, Medium ranga air defence, SP howitzer, perolehan platform AEW&C, Jebat Batch II dan seumpamanya.

    Vietnam pun dah jauh terkehadapan dari kita dengan perolehan 2 unit S-300, 6 kilo 636, UAV dari Belarus , satellite VNREDSat-1, Bastion P coastal defence unit, 2 buah Gepard 3.9 class, dan tak lama lagi perolehan 6 buah P-3 MPA dari US dan 13 buah YAK 130 dari Russia utk latihan dan 2 buah AEW&C yang diasaskan kepada platform C295!

    Indonesia sendiri pun beli 153 buah Leapord II revolution dan Marder, misil NLAW, 6 unit oerlikon Skyshield, pembinaan peluru berpandu C-705, pembinaan 3 kapal selam baru dengan Korea, pembelian 2nd skuardron Su30 yang lebih canggih, pembelian helikopter Apache, pembinaan 2 buah Sigma 10514 Class (dgn MICA missile) yang lebih canggih dari Lekui class kita dan pemerolehan 3 buah Nakhoda Ragam class (yg Brunei tak nak terima). Jangan bercerita le pasal kejayaan mereka dalam pembinaan Makassar class vs Kedah class kita.....

    My point is bukan perbandingan persenjataan tetapi kita berfikir sejenak iaitu:-

    a) Ke mana lepas hasil bumi kita sampai hutang negara kita bertambah dan pertahanan kita diabaikan?

    b) Kenapa negara lain yang kita anggap terbelakang dari kita, mampu melaksanakan pelan pembangunan pertahanan yang begitu comprehensive TANPA PENANGGUHAN sedangkan kita terpaksan menangguh dari setahun ke setahun?? Nak kata untuk buat pembangunan lain dulu, tak de pembangunan yang free pun, rakyat kena bayar juga. TOL, MRT, AES semua kena bayar.

    c) So ke mana pergi duit?? Dimana silapnya?

    Tak mustahil dalam masa 10 tahun akan datang pertahanan kita menjadi yang terlemah di ASEAN. Mungkin setaraf Filipina dan Kemboja sahaja!! (Brunei ada penjaganya!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerminla diri anda. mgkn ada org songlap duit, mgkn juga ada org yg pemalas nak semua bnde free,mgkn juga ada orang yg dengki tgk rezeki org yg berusaha tapi tak berfikir kenapa diri sendiri tak kaya2 (berkhayal ) . memang 10 tahun akan dtg kita akan lemah dr segi tentera tapi insyaAllah dr segi insan mgkn tinggi kalau kita tak selalu berkhayal nak semua bende tapi tak nak berusaha.
      kenape kita mudah persoalkan org lain tapi tak nak persoalkan diri sendiri.

      Delete
    2. amboi... back up kerajaan sampai macam tue... bagus la sgt abang... jadi la pak turut... tutup la sebelah mata pabila pertahanan negara diabaikan.. nak bersuara pon xboleh... bagus la mcm tuekn... bagus sgt2x!!!

      Delete
    3. Adoi, baru cakap macamtu dah dipanggil pak turut? Sah lah kita memang bermasaalah dengan mindset generasi baru yang tak pernah merasa kesusahan, semua nak disuap. Percayalah, kalau kita tak tau nak ucap bersyukur dalam hati, sampai mati hidup tak tenteram dan berdengki dengan orang lain, bila masa pulak Negara kita tak boleh bersuara?????Pernah terfikir tak yang berkata2 macam ni, suku sakat dia yang dok dapat lebih tapi tak pernah bersyukur....

      Delete
    4. Macai ni semua...

      Delete
  4. pertahanan kita nie apa nak citer????kasus james shoal sudah bukti fakta,kita nie tak da tulur....lawan kekuatan besar negara lain,cam terkencing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulllllll. fakta james shoal

      Delete
  5. hutang negara malaysia adalah sbyak 89 billion...indon 190 bilion...jgn men rdah ja ckp hutang negara kita..
    xpercaya tgok link nie http://www.globalfirepower.com/country-military-strength-detail.asp?country_id=Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hutang negara kita USD 89billion je = RM267billion.

      Tak banyak compare dgn negara lain.

      Delete
  6. betol ke hutang msia tu?kalau berbanding gdp dalaman tu teruk sangat la,hutang indon berbanding gdp diorang macam kecik sangat,apa la jadinya kerajaan kita nie???hazab tol

    ReplyDelete
  7. 1. Sukhoi Su-30 M.K.M (Air Superiority Fighter) = 45 Unit
    2. Boeing F-15e Strike Eagle (Interceptor Aircraft) = 45 Unit
    3. Dassault Rafale (Multi-Role Fighter Aircraft) = 45 Unit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lihat pengoperasian 'fighter aircraft' pelbagai variasi di dunia , lihat Arab Saudi . ^_^

      Delete
  8. Mcm adk ni ckp , mng (dogfight) bkn depend on pesawat kita , tapi keikhlasan pilot tersebut , insyAllah , kita mampu pertahankan negara kita , aminnn .

    ReplyDelete
  9. Bagus penulisan terakhir. Canggih macam mana pun kalau dengan izinnya, pastinya boleh berlaku perkara yang tidak disangka-sangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuu .. Alhamdulillah . Ada yang menyokong statement saya ya .. He he .. Terima kasih ^_^

      Delete
  10. Gripen nih agak mustahil untuk dibeli sebab PERTAMA, ia menggunakan satu enjin dan KEDUA, spare part banyak dari keluaran US. Kita sendiri tahu karenah US apabila hendak meluluskan penjualan ini terutama negara Islam kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa yang mustahil . Siapa tahu kerajaan tiba-tiba tukar selera beralih ke 'single-engine fighter' . Lihat dan tungguu ... ^_^

      Delete
  11. kalau malaysia beli topol-M dengan typhoon submarine dari russia kan best... kompem negara2 lain yg cuba untuk mengganggu gugat keamanan negara akan kecut telur puye lah..takpon terberak2 dalam spender atau tercirit2 dalam boxer..wakahkahkahkah

    ReplyDelete
  12. apapon nak beli,pastikan tu enjin tak hilang,submarine pastikan enjin tak hilang,tak leh selam pulak keh keh

    ReplyDelete
  13. bnda free la bgus kwan ngara yg x dak minyak pun leh bgi rakyat blajar free, kreta murah, kos hidup murah kita negara yg ada bnyak minyak ni hutang negara mkin brtambah2 plak smpai nk tkar jet pun jdi masalah...... kih kih kih tu la hrga jet da mmg mmg mahal cmpur lagi dgan komisyen phk atasan ermmm jgn hrap la nk dapt beli jet brpuluh2 biji skali gus..... kesian negaruku ini

    ReplyDelete
  14. Nak defend negara kena la ada modal taruhannya. Yang berurusniaga pun mestilah dari kalangan arif bijaksana, kalangan personel tentera yang berkaliber. Masalah Malaysia ni kan urusan dikendalikan oleh org yg bukan arif dalam bidang tu. Dan kebanyakannya politician. Bila urusan (amanah) diserah pada orang yang bukan arif, maka berlakulah pincang sana sini.

    Hari tu seorang politician dilantik peneraju Tabung Haji. Sekarang seorang lagi dilantik ketuai PNB.

    Sekadar dua contoh yg realiti.

    Satu lagi, pertahanan ni adalah pelaburan utk keselamatan. Kena la ada modalnya. Nak guna duit bilion2 utk beli Rafale ke Typhoon ke, bukan tetiap tahun beli. Sekali beli utk 15-20 tahun. Kos tu bahagi la 15-20. Pastu bukan bayar segedebuk. Bayar pun bukan cash semua. Ada la percaturannya.

    Nak labur duit utk 2nd tank regiment, bukan tetiap tahun pun. Sekali labur utk 1 rejimen, bole pakai sampai 20 tahun kira berbaloi lah.

    Nak kritik je lebih.

    ReplyDelete
  15. la la la giler babun,indon shoping apache new generation(guardian blok III seri E)amurika pon lom terima.....nie nak nego tambahan 10 submarin kat rusia...giler diorang,kemarin kan diorang beli submarine korea?nie apa pulak shoping lagi 10 submarine?????

    ReplyDelete
  16. Najib cakap jer lbh kaki klentong kalau Tun Mahathir aku percayalah...Najib kalau beli mesti tanya berapa percent middle man.....Najib apapun FAIL

    ReplyDelete
  17. tade post baru ke? lme da tggu nie..huhuuu

    ReplyDelete
  18. ayooo ayooo indon nak mengamok ka?dalam diam diorang beli uav heron...lepas deal 10 submarin rusia punye....diorang nego destroyer rusia pulak...apa nak jadi nie???dari kilang senjata dalaman negara sundiri...diorang pulak dah order 44 fast boat,ratusan pesawat terbang dan heli copter pulak...nak berperang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang saudara-saudaraku, kami tidak hendak melakukan invasi, kami menyerang hanya bila diserang. Kaidah kami tetap: Si vis pacem para belum. Kami mau damai dan bermartabat, maka kami harus bersiap-siap berperang setiap saat, dengan siapapun. Salam damai dari Indonesia.

      Delete
  19. Musuh Indon dari selatan saat ni..

    ReplyDelete
  20. pembelian kapal selam secara besar2an yaitu dari type killo class dan amur class oleh TNI AL karena akibat spionase australia ke indonesia yang di lakukan tahun 2009 silam maka untuk mngantisipasi semua itu pihak kemenhan memberi peralatan modern seperti satelite militer,s-300 pmu dengan radar pasif penjejak pesawat halimun dan SU-35S yg semuanya masih dalam penjajakan dengan pihak rusia <> anggaran yang di sediakan di dapatkan dari anggaran 2014,ni semua bukan untuk invasi negara lain semisal MSIA yg merupakan negara serumpun<> akan tetapi untuk pertahanan diri terutama menciutkan negara yang ada di selatan <> dan untuk meningkatkan daya tawar diplomasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, sedapnya cakap. macam negara tu boleh masuk pocket aja. Kita hidup sama macam kat rumah. ada tetangga perangainya macam kelinci lembut cantik dan ada macam serigala buas. buat semua jiran takut. Jadi beli senjata elok macam scorpion, bila orang nak sengat, kita boleh sengat balik. macam tu lah hidup. itu tak kira tetangga di selatan, tetangga utara. semua tetangga masuk kena ancam lagi best.

      Delete
  21. Philipine has better rank in Military Strength .....
    http://www.globalfirepower.com/countries-listing.asp

    ReplyDelete
  22. MALAYASIA SAUDARA INDONESIA.. SELAMANYA.. SEMOGA BERJAYA.

    ReplyDelete
  23. Entry yg menarik malangnya lepas tragedi MH370 baru kita tahu level sebenar TUDM dan Sistem Radar kita. Sungguh memalukan!

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)


    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum saya
    dan SEKELUARGA mengucapkan
    banyak2 terimakasih kepada MBAH JONOSEUH
    atas angka togel yang diberikan "4D" alhamdulillah
    ternyata itu benar2 tembus
    dan berkat bantuan MBAH JONOSEUH
    saya bisa melunasi semua hutang2 suami saya yang
    ada di BANK dan bukan hanya
    itu alhamdulillah sekarang
    saya sudah bisa bermodal untuk mencukupi kebutuhan
    keluarga saya sehari2.
    itu semua berkat bantuan MBAH
    sekali lagi makasih banyak yah MBAH yang ingin
    merubah nasib seperti saya
    hubungi MBAH JONOSEUH di nomor 0823 4444 5588
    TERIMAH KASIH.
    dan kalau anda tdk percaya silakan coba sendirih.

    ReplyDelete
  27. Assalamu alaikum wr.wb..saya IBU RAHMA TKI MALAYSIA
    saya mengucapkan terima kasih banyak kepada MBAH SANGKIL
    sudah 7 tahun saya di MALAYSIA pengen pulang ke indonesia
    tapi gak ada uang apalagi hutang masih banyak
    secara kebetulan saya buka internet melihat nomor
    MBAH SANGKIL katanya seorang paranormal yang bisa bantu masalah kita
    dengan penuh harapan saya coba-coba hubungi
    saya minta angka bocoran dan beliau bantu kasi 4D TOTO
    angka yang di berikan MBAH SANGKIL betul-betul tembus 100%
    atas bantuan MBAH SANGKIL hutang-hutang saya semua pada lunas
    bagi saudara-saudara perlu bantuan
    terutama yang punya hutang sudah lama belum terlunasi
    jangan putus asah ingin merubah nasib seperti saya
    HUBUNGI MBAH SANGKIL DI MOMOR HP: (=085=210=493=757=) semoga ALLAH SWT...senang tiasa memberi MBAH SANGKIL kesehatan dan umur panjang...amin amin yarabbal alamin..



















    Assalamu alaikum wr.wb..saya IBU RAHMA TKI MALAYSIA
    saya mengucapkan terima kasih banyak kepada MBAH SANGKIL
    sudah 7 tahun saya di MALAYSIA pengen pulang ke indonesia
    tapi gak ada uang apalagi hutang masih banyak
    secara kebetulan saya buka internet melihat nomor
    MBAH SANGKIL katanya seorang paranormal yang bisa bantu masalah kita
    dengan penuh harapan saya coba-coba hubungi
    saya minta angka bocoran dan beliau bantu kasi 4D TOTO
    angka yang di berikan MBAH SANGKIL betul-betul tembus 100%
    atas bantuan MBAH SANGKIL hutang-hutang saya semua pada lunas
    bagi saudara-saudara perlu bantuan
    terutama yang punya hutang sudah lama belum terlunasi
    jangan putus asah ingin merubah nasib seperti saya
    HUBUNGI MBAH SANGKIL DI MOMOR HP: (=085=210=493=757=) semoga ALLAH SWT...senang tiasa memberi MBAH SANGKIL kesehatan dan umur panjan...amin-amin yarabbal alamin..

    ReplyDelete