Wednesday, 13 February 2013

GENERASI MUDA HARI INI TIDAK PATRIOTIK ? *EKSKLUSIF (RINGKAS DAN PADAT)

  GENERASI Y dan Z Bakal Pemacu Negara  
Benarkah generasi muda atau lebih dikenali sebagai generasi Y dan Z ( lahir 1990-2010 ) hari ini kurang patriotik ? Bagaimana boleh kita buktikan begitu ?

Kenalkah mereka dengan pemimpin dan pejuang negara ? Sejauh mana perasaan cinta dan taat mereka pada tanah air ? Bagaimana mereka akan memberi kesan pada masa hadapan negara kelak ?




Bagaimana mereka akan mempengaruhi tanggapan masyarakat luar kelak ? Berjayakah negara jika dipimpin modal insan kurang bermutu dalam tempoh 10-tahun akan datang ?

Dan sejauh mana SAHSIAH menentukan jatuh bangun negara Malaysia dalam tempoh dekad mendatang ?






Jika ditanya siapakah tokoh dalam gambar di sebelah . Saya berani jamin tidak semua (100%) anak muda mampu menjawabnya . Remaja yang benar-benar ambil berat , bersemangat patriotik malah berpengetahuan sahaja yang akan menjawab dengan penuh yakin , "Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj" , Bapa Kemerdekaan Malaysia .

Bismillahirrahmaanirrahim ,
Perbincangan kali ini ringkas , namun diharapkan dapat membuka minda dan fikiran seberapa ramai anak muda / golongan dewasa dan veteran yang berkesempatan singgah ke sini .

31 Ogos 2013 yang akan menjelang tidak lama lagi menandakan Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke - 56 . Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan angka 56 kerana tempoh negara kita dijajah lebih lama daripada itu , namun jasa dan pengorbanan pejuang tanah air merangkumi pahlawan , pemimpin malah anak bangsa yang berjuang bermati-matian mencari erti kebebasan wajar dihargai . Misalnya , pejuang yang disebut-sebut ramai , Lft. Adnan Saidi .

Hargai dengan cara bagaimana ? Hargailah kemerdekaan dengan usaha untuk mengekalkannya bersama .

Namun , situasi hari ini terbalik . Misalnya , bila saya tanya sendiri siapa Perdana Menteri Malaysia 1-5 , tergagap - gagap rakan saya ingin menyebutnya . Sungguh , mereka tidak kenal pemimpin negara sendiri . Berbeza jika ingin dibandingkan dengan situasi rakyat di Jepun , China dan Korea . 

Itu belum lagi tanya skop pahlawan tanah air tamsilnya Tok Janggut , Rentap , Dato' Bahaman , Dato' Maharajalela dan baru-baru ini yang telah menghembuskan nafas terakhirnya , Kanang anak Langkau . Jasa dan pengorbanan mereka ibarat dilupakan sesetengah generasi muda kini .

Sehinggakan terdapat segelintir pihak yang biadah mencaci , mengutuk malah menghina pejuang yang sudah tiada , pemimpin yang telah kembali ke Rahmatullah malah sehingga ke peringkat pemimpin - pemimpin hari ini . Antara bukti kita cintakan Allah Ta'ala ialah dengan cara hormat pada pemerintah yang adil . Tidak begitu ?

Namun Alhamdulillah , kerajaan Malaysia sememangnya menghargai jasa pejuang-pejuang tanah air. Dengan cara apa ? Kerajaan Malaysia memberi insentif lumayan kepada pejuang atau warisnya , menjaga kebajikan dengan mengadakan lawatan ke rumah-rumah mereka , menyiarkan kisah-kisah perjuangan mereka menerusi akhbar , filem , dokumentari dan banyak lagi . Syabas diucapkan !

Sejauh mana perasaan cinta dan taat mereka pada tanah air ?

Aspek ini nak lihat pada golongan generasi muda , mudah sahaja . Lihat apabila Lagu Negaraku dikumandangkan . Adakah mereka berhenti , berdiri tegak dan memberi penghormatan pada lagu itu ?




Cara lain kita boleh lihat ketika golongan generasi muda termasuk saya sendiri adakah kami menyambut sambutan - sambutan khas seperti Sambutan Hari Kemerdekaan , Hari Pahlawan , Ulang tahun cabang perkhidmatan ATM dan lain - lain . Hal ini sedikit sebanyak memberitahu bahawa golongan yang menyertainya mempunyai sikap ambil berat dan bersemangat kewarganegaraan .



Bagaimana mereka (generasi muda) akan memberi kesan pada masa hadapan negara kelak ?

Soalan ini kerap berlegar - legar di minda penulis . Jika tuan-tuan ada jawapan yang paling bernas , sila kemukakan di ruang komenan . In sha Allah jika berkesempatan saya balas .

Negara wujud dengan adanya kerajaan . Kerajaan wujud dengan adanya masyarakat ataupun rakyat .

Usia manusia semakin meningkat , berkurang tiada . Pemimpin yang ada pada hari ini tidak akan bertahan lama dan akan diganti pemimpin baharu . Siapa pemimpin baharu itu ? Anak muda hari ini . Anak muda yang kita lihat kualititnya semakin merosot . Bilangan mereka pula bukannya kecil .

  Modal Insan Berkualiti Kurang = Negara Ketandusan Bakal Pemimpin Berwibawa  

Kita bincang seterusnya di bawah topik SAHSIAH pada baris berikutnya .


Sukhoi SU-30MKM

Negara musnah dari dalam sekiranya generasi muda tidak bekerjasama meskipun negara telah mengoperasikan sistem pertahanan canggih ?





Hal ini bukan perkara baharu . Malahan , sudah berlaku dan boleh kita saksikan sendiri di negara-negara Arab khususnya di Timur Tengah dan lain-lain . Sebuah negara yang hebat pada awalnya jatuh secara mendadak . Kerana apa ? Rakyat / masyarakat tempatan diperkuda dan termakan dakyah pihak tertentu bagi menentang tampuk pemerintahan sendiri .

Apa kaitan semangat patriotik dengan negara musnah berpunca dari unsur dalaman ?

Baiklah , begini situasinya . Jika kita perhatikan sekarang segelintir anak muda amat mudah mempercayai fitnah terhadap kerajaan , terikut-ikut dengan dakyah politik , menghentam pihak pemimpin dari belakang , memburukkan nama kerajaan yang adil , menyebarkan fitnah / khabar angin palsu sehingga ke satu tahap anak muda ini menyertai perhimpunan haram , tunjuk perasaan dan sebagainya yang menyasarkan pihak kerajaan .


Kerana apa mereka jadi begitu ? Kerana tiada sikap patriotik yang tersemat dalam jiwa mereka . Bila tiada sikap patriotik , fikiran mereka mudah dipengaruhi untuk menjatuhkan tanah air sendiri .


Semoga Allah Ta'ala tidak menguji Malaysia dengan
suasana tidak tenteram seperti yang berlaku di Mesir

Mereka tidak hargai kemerdekaan khususnya keamanan yang kita telah kecapi selama ini , lupa dengan pengorbanan orang terdahulu mencari erti kemerdekaan dan tidak tahu bersyukur .

Situasi di Mesir lain ya ... Rakyat mereka punya semangat patriotik yang tinggi , sehingga bekerjasama untuk menggulingkan pemerintahan pihak kerajaan yang tidak berkaliber dan berwibawa mengepalai pentadbiran negara mereka .

Tindakan rakyat Mesir menggulingkan pemerintah tidak bertanggungjawab , mementingkan dirinya sendiri , mengkayakan kroni , menangkas aktivis dan pejuang kebebasan amat wajar . Negara ini secara tidak langsung sedang dijajah dari dalam , rakyat tidak punya hak dan kebebasan bersuara . Na'uzubillahimin zalik' ...


BERSIH , Perhimpunan tidak sihat yang wajar dijauhi golongan
generasi muda khususnya . Sungguh , mereka ini golongan yang
tidak kenal erti syukur malah memburukkan nama Malaysia di
mata dunia . Na'uzubillahi Min Zalik .


Sila fahami 'equation' di bawah dan huraikan apa yang anda faham :

KELENGKAPAN PERANG CANGGIH + MODAL INSAN ROSAK = LINGKUP

KELENGKAPAN PERANG CANGGIH + MODAL INSAN BERKUALITI = MAJU




Pembelian sesebuah aset pertahanan jika membawa sekali unsur rasuah amat ditegah kerana mendatangkan kerugian kepada banyak pihak . Justeru , pembelian aset pertahanan jutaan/billion ringgit perlulah dilakukan secara telus . Biar kalah membeli , tetapi menang memakai .




Bagaimana mereka akan mempengaruhi tanggapan masyarakat luar kelak ? Berjayakah negara jika dipimpin modal insan kurang bermutu dalam tempoh 10-tahun akan datang ?

Dalam konteks ini , kita ambil contoh China . Rakyat China amat sayangkan negara dan tanah air mereka . Lihat semasa zaman penjajahan Jepun di China , rakyat mereka bermati-matian menentang Jepun . Kerana saya sayang mereka pada tanah air selain bangsa dan kaum sendiri .


Kota raya Beijing 

Sehingga sekarang , mereka mengecapi kemajuan yang amat memberansangkan . Lihat sahaja mereka hampir mengeksploit ruangan dalam ekonomi dunia meliputi pertanian , pembuatan dan pembangunan teknologi baharu selain mempunyai sistem keselamatan yang ampuh dan jitu .

Salah satu faktornya adalah kebijaksanaan pemimpin mereka selain kerjasama dan komitmen yang diberikan rakyat negara tembok besar itu .



Sejauh manakah SAHSIAH menentukan jatuh bangun negara Malaysia dalam tempoh dekad mendatang ?

Hari ini , penuh di dada-dada akhbar gejala-gejala sosial yang melibatkan generasi muda (kes pembuangan bayi , dadah , seks bebas , lumba haram etc.) . Lebih memalukan , ia didalangi anak tempatan ( Melayu dan Islam ) . Sungguh , benar dunia kini diancam akhir zaman .

Saya sebagai seorang remaja dan generasi Z amat sedih melihat generasi muda hari ini . Masing-masing leka dengan maksiat dan hiburan , pergaulan bebas , ucapan dan perkataan yang tidak terjaga , tiada sikap hormat menghormati orang tua dan sebagainya .

Kajian yang dilakukan sebuah IPTA di Malaysia mendapati , peratusan rakyat Malaysia yang 'solat fardhu' adalah sebayak 50% sahaja . Manakala , yang lengkap solatnya 5 kali sehari semalam hari hanya 10% sahaja .. Nilai situasi dan keadaan hari ini . Kita ini duduk di NEGARA ISLAM atau NEGARA ORANG ISLAM ?

Dan , anak tempatan inilah nanti sedikit sebanyak yang akan mengetuai sektor-sektor perkhidmatan dalam cabang kerajaan kelak . Bila golongan minoriti ini sudah terlibat dalam bidang pentadbiran negara , mereka cenderung untuk melakukan jenayah halus seperti pecah amanah , rasuah , jualan maklumat berprofil tinggi / rahsia keselamatan negara dan banyak lagi .




Kita semua menginginkan negara maju yang aman dan sejahtera . Alhamdulillah , kita sememangnya bertuah dikurniakan nikmat keamanan , ketenteraman malah kekayaan hasil bumi .

Langkah seterusnya ialah kita cuba mengekalkan keamanan hari ini sehingga ke generasi seterusnya . Malaysia sudah dijadikan penanda aras dalam ekonomi , pelancongan namun SAHSIAH bangsanya belum lagi . Sama sekali belum . Hargailah tampuk pemerintahan negara kita hari ini . Rakyat Malaysia paling bertuah di dunia kerana kebajikannya dititik berat kerajaan . Di negara lain ada ?

Malaysia ke arah sebuah negara Islam yang berdaulat , aman dan tenteram ! Sekian sahaja artikel ringkas saya pada kali ini .



SALAM HORMAT ! SALAM 1 MALAYSIA !

25 comments:

  1. anda menuduh rakyat mesir tidak patriotik?...adakah tindakan rakyat mesir menggulingkan diktator hosni mubarak yang korup dan memerintah mesir selama 3 dekad secara kuku besi,menangkap dan menyeksa aktivis,mengkayakan kroni dan menyekat kebebasan bersuara rakyat dianggap tidak patriotik?...dan jangn lupa jenayah hosni mubarak yg menutup pintu sempadan rafah sebagai sekatan kpd rakyat palestin di gaza kerana bersubahat dengan rejim zionis menzalimi rakyat palestin...sekiranya hosni mubarak terus memerintah,bukan sahaja rakyat mesir,bahkan rakyat palestin di gaza akan terus menderita...adakah itu yg dikatakan patriotik dr kaca mata penulis?...sy tahu penulis blog ni masih muda...silalah tingkatkan pembacaan anda sebelum membuat tuduhan membuta tuli yang tidak berasas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf maaf ... Maafkan saya sahabat ... Terima kasih kerana perbetulkan saya ... Rakyat mereka betul2 patriotik , mereka buat begitu demi masa depan mereka dan menuntut hak mereka ... Patut dicontohi anak muda di Malaysia , sungguh .

      Delete
    2. Apakah patriotik harus melawan pula pemimpin yg mereka percaya sebelumnya seperti Mursi hari ini... sememangnya bila rakyat semakin ramai..byk kepala2 yg hanya tahu tentang disagree....not agree.
      Morsi hari ini berdepan sedikit penentangan yg sedikit pun dapat merosakkan negara..Ya ALLAH... Jauhilah mala petaka buatan kejahatan manusia dari negara kami..Amiiiinnnnnn............

      Delete
    3. menentang pemimpin yg mereka percaya?...cuba anda fahami isu di mesir terlebih dahulu...tunjuk perasaan berlaku kerana ada segelintir pihak yg menolak perlembagaan berasaskan islam yg diusulkan morsi...kebanyakan tentangan dtg dr parti pembangkang sekular...isunya adalah draf perlembagaan tersebut dn bukan pemimpinnya...Morsi hari ini berdepan sedikit penentangan yg sedikit pun dapat merosakkan negara?...kerosakan apakah lg setelah rakyat mesir mendrita selama 3 dekad di bawah cengkaman kuku besi hosni mubarak,kadar inflasi meningkat,rekod hak asasi manusia yg buruk, unemployment rate yg tinggi dlm kalangan rakyat,dan rasuah yg berleluasa..keadaan negara mesir mmg sudah sedia parah di bwh hosni mubarak...ini termasuk dasar luar mesir yg menjadi boneka zionis israel menindas rakyat palestin dengan menutup pintu sempadan rafah...adakah kesemua jenayah ini perlu dihalalkan atas nama patriotik?

      Delete
    4. tahniah kepada penulis blog kerana telah menukar penulisannya berkaitan kebangkitan rakyat di mesir

      Delete
    5. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete
  2. pendapat saya,situasi di mesir tidak dapat dijelaskan dengan satu pendapat sahaja..tapi kita boleh mengambil apa yang baik dan buruk dan kita terapkan menjadi pengajaran bagi kita semua,situasi di timur tengah mungkin disebabkan perpaduan yang lemah diantara pemimpin dan rakyat khususnya...

    ReplyDelete
  3. Situasi di Mesir atau Syria atau mana-mana pun negara luar adalah berbeza dengan Malaysia. Tekanan ekonomi, taraf sosioekonomi yang buruk, persengketaan mazhab, campur tangan anasir luar dan kegagalan pemimpin antara faktor yang cukup kompleks untuk dihuraikan.

    Rakyat memberontak kerana mahukan masa depan yang lebih menjamin. Penggulingan kerajaan berlaku meskipun dengan pertumpahan darah dan penderitaan adalah akibat tekanan yang diberikan oleh pemerintah sejak sekian lama.

    Di Malaysia, balik kepada Tanah Melayu, pertumpahan darah juga berlaku akibat tekanan yang dikenakan British. Dato Sagor, Maharajalela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan Dol Said menentang penjajah British. Sebagaimana dalam buku-buku sejarah mereka diangkat sebagai PEJUANG.Sejarah juga mengajar kepada kita bahawa rakyat memberontak membantah Malayan Union sehingga berjaya.

    Umumnya anda tidak boleh menyamakan BERSIH dengan Arab Spring. Ia sangat tidak adil. Namun anda berhak menggelar himpunan seperti itu sebagai kotor. Itu persepsi bebas tiap-tiap individu. Sebagaimana ada yang menganggap himpunan seperti itu sebagai perjuangan murni. Terpulanglah pada pandangan masing2.

    Pemimpin perlulah, malah wajib, melaksanakan dasar-dasar negara yang mementingkan perpaduan antara kaum. Perpaduan adalah asas nasionalisme. Dan elemen penting perpaduan ialah bahasa Melayu dan nilai-nilai murni.

    Bagaimana boleh generasi muda sekarang mempunyai nasionalisme yang utuh, sekiranya mereka sendiri lebih suka berbahasa ibunda, atau Inggeris, berpakaian dan hidup seperti barat, belajar dan bekerja di luar negara, dan macam2 lagi. Terlalu banyak jika nak tulis.

    Semua ini sudah pasti ada kaitan dengan kepincangan dalam pentadbiran negara dan dasar2 negara.

    Sebelum memiliki nasionalisme, individu harus mempunyai jati diri dulu. Cintakan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Perpaduan bermula dari rumah.

    Jika generasi Y dan Z sudah dikatakan tiada nasionalisme, bagaimana pula 10,20 tahun lagi bila generasi selepas mereka mula menghuni bumi bertuah ini?

    Pemimpin juga mesti patriotik. Bukan hanya pandai berpolitik dan bercakap berapi-api. Kepimpinan melalui teladan.

    Cuba tanya generasi Y dan Z sekarang. Mereka boleh hafal lagu Justin Bieber satu album, daripada menyanyi lagu negeri dan lagu-lagu patriotik seperti Wawasan 2020, Inilah Barisan Kita, Malaysia Baru dan lain-lain. Salah siapa? Kenapa lagu2 ini tidak diwajibkan siar pada waktu-waktu perdana di kaca tv?

    Semua pihak mesti main peranan. Dari pemimpin, sampailah peringkat keluarga.

    Insya-Allah mudah-mudahan bangsa Malaysia ini tidak hilang jati diri dan patriotisme sekalipun kerap dihidangkan drama dan filem cinta dan tahayul, berbanding sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aqu rse kte xde hak nk perkatakan sstu isu yg hya kta dgar je.. mcm isu tunisia - mesir - libya.... last ni lak syria... ibarat kn tiap negara tu mcm rumah.. tiap rumah ade mslah yg hakikat nya kita x thu... xbley dgar sbelah pihak je n trus kita menafsir... kita kna brfkiran trbka n waras... wajarka memusnahkan negara sdri dgn angkat senjata krna isu krjaan gagal bgunkan ekonomi... wajar iran di contohi... krjaan kne sekat dlm plbgai aspek.. tp rkyat stay bersatu.... adakah mereka yg merusuh itu tahu matlamat mereka @ sekadar ikut-ikut.... fikirkan... wajar di fahami politik itu sendiri.. (siapa dapat kuasai pemikiran org lain..dia akan menang) wlu hkikat nya ia salah.... di sini prlunya kita berfikir sblom brtindak.... & tidak mbiarkan dri di kuasai orang lain...

      Delete
  4. dimana mana negara yang dalam masa damai anak mudanya pasti tidak patriotik, jika dihadapkan 'perang' mungkin rasa patriotisme akan muncul
    IMHO, Malaysia kurang rasa Nasionalisme dan mayarakatnya tidak militan. Tidak ada yang salah dgn kurang militan :) di sini saja seringnya lebih banyak merepotkan dengan adanya perang antar kampung. Kurang Nasionalisme itu yang penting, Apalagi Malaysia negara Federasi. Dengan Nasionalisme juga dan kebanggaan akan budaya sendiri maka pergesekan dengan Indonesia gara2 claim atas beberapa budaya daerah Indonesia [notabene non Melayu] bisa dihindari. Tari Pendet di promosi pariwisata Malaysia itu benar2 menunjukan Malaysia mengalami crisis identitas sebagai bangsa, crisis Nasionalisme. dan reaksi rakyat Indonesia terhadap hal itu adalah bentuk Patriotisme

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok pada generasi Y dan Z....nak bangun sembahyang Subuh pun cukup tersiksa....dari 1000 pelajar hanya 1% yg sanggup bangun dr katil dn datang ke masjid subuh berjemaah. Agaknya itulah gambar ummat akhir zaman bila nak masuk syurga. Sangat sedikit berbanding gahnya masjid, kemilaunya krsital dan luasnya mimbar.

    ReplyDelete
  6. Do you not know that your country is not a struggle for independence, but rather a gift from us. (UK)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...indon haprak mengaku british...'your country is not a struggle for independence'...grammar pn berterabur...the correct sentence is 'your country never struggled for independence'....ni la contoh babu2 soekarno...dr dulu sampai sekarang x habis2 dengki khianat dengan malaysia?...why?....dah kalah konfrontasi sudah la...duduk diam2 negara indon tuh...x payah nk menyibuk negara orang...oh ya kan...indon kan bangga merdeka dengn bambu runcing....tp bila acheh dan timor leste mahu merdeka dr indon,kamu bunuh dan seksa rakyat mereka...malaysia merdeka secara aman...bukan malaysia saje,gerakan kemerdekaan mahatma gandhi di india juga dilakukan secara aman tanpa pertumpahan darah...tidak kira merdeka dengan cara apa sekali pn,yg penting matlamat tercapai...bangsa indon mana tahu semua nih...taksub sangt dengn ideologi fasis soekarno...go home indon,you are drunk!

      Delete
    2. Hey.. I'm back, you really are stupid!! Really you can not distinguish sentences serious or satire? You just switch sarcastic?, How your IQ? I'm sure there are many classes of "Moron" in your country :D you're just a kid that understands the word "mom" you know that? :-D Anyway.. your sentence, just made me giggle.
      Bye fool!
      (UK) in (INA)

      Delete
  7. Hey.. I'm back, you really are stupid!! Really you can not distinguish sentences serious or satire? You just switch sarcastic?, How your IQ? I'm sure there are many classes of "Moron" in your country :D you're just a kid that understands the word "mom" you know that? :-D Anyway.. your sentence, just made me giggle.
    Bye fool!
    (UK)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh punya indon

      Delete
    2. bodoh punya indon

      Delete
  8. macam mana patriotik?mulayu ni mudahh lupa,kena kencing pon hangguk2,berani ka kita kritik ingatkan pejabat yang rajin songlap duit rakyat?cam tak de telor...pelik tapi benar

    ReplyDelete
  9. janganlah kita bercakaran sesama sendiri,sesama islam .Nilai dan kaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.KEPADA SAUDARA 2 MUSLIMIN SEKALIAN ,APAKAH KITA MENGETAHUI BAHAWA ARAB SPRING YANG BERLAKU DI MESIR SEBENARNYA MENDAPAT CAMPUR TANGAN PUAK 2 SYIAH YANG BEKERJASAMA DENGAN PIHAK AMERIKA , BARAT DAN YAHUDI. DI PIHAK SYIAH ,MEREKA MAHU MENJADIKAN MESIR SEBAGAI SEBUAH NEGARA SYIAH SEPERTI DI IRAN DAN IRAQ.DI PIHAK AMERIKA , BARAT DAN YAHUDI PULA MEREKA MAHU MENGHANCURKAN ISLAM . APAKAH KITA SEDAR AKAN PERKARA INI?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,

    Tahniah kepada adik ini yang masih muda tapi mempunyai pemikiran ke hadapan dan berfikiran dewasa. Gaya penulisan juga bagus.

    Biarpun bukan semua isu yang dibangkitkan saya setuju, tapi saya kagum dengan penulisan adik.

    Semangat Patriotik yang ditunjukkan datangnya dari didikan yang sempurna dan kefahaman Agama yang cukup. Agama dan Semangat Patriotik tidak dapat dipisahkan, ianya membentuk Jatidiri yang Utuh. Kefahaman Agama yang tulen membentuk kepribadian yang tinggi. Jangan cemari Agama dengan main politik dan duniawi pihak tertentu yang cuba mengelirukan.

    Tahniah sekali lagi.

    Berkenaan isu Mesir, saya rasa ianya kompleks untuk dikupas. Kita sendiri dapat lihat bagaimana, selepas kejatuhan Rejim Hosni Mubarak, ianya jauh lebih buruk kini. Bukanlah nak dikatakan Rejim Hosni Mubarak itu baik dan rakyat Mesir Patriotik atau tidak, tapi setidaknya keadaan ketika itu jauh lebih baik dari sekarang. Perkara sama boleh dilihat di Iraq dan Syria. wAllahua'lam.

    Ini adalah Takdir Allah, mungkin saja kita sudah masuk Fasa Akhir sebelum Permainan Duniawi ini diTamatkan. Jadi, Terimalah dengan Redha, dan Bersedialah. Berkenaan ini, Baginda Rasul ada menyampaikan mafhumnya, akan tiba kembali Zaman Khilafah sebagaimana Manhaj keNabian.

    “Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.

    Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

    Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

    Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

    Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”

    (HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklum balas dari saudara / Tuan / Encik yang cukup positif . Alhamdulillah ^_^

      Delete
    2. Reply paling saya suka, GG !

      Delete
    3. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085_260_482_111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
  11. Malaysia negara boneka / anak patung British... Malaysia belum merdeka selama masih dibawah bayang2 british... there is no freedom as long as you are overshadowed..

    ReplyDelete
  12. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)


    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

    ReplyDelete