Saturday 1 December 2012

PENTINGNYA GBAD (Ground Base Air Defence) DAN SAM MEMPERTAHANKAN LOKASI STRATEGIK DI MALAYSIA

  SISTEM PERTAHANAN UDARA / SAM (SURFACE-TO-AIR MISSILE)  

Melihat kepada kecanggihan bom-bom pintar dan peluru berpandu khas untuk permukaan yang telah meluas penggunaanya di serata dunia memaksa banyak pihak dan negara mencari alternatif sistem pertahanan udara untuk menangkis ancaman yang dilihat amat berbahaya ini . Malaysia juga tidak ketinggalan mengorak langkah awal bagi menghadapi ancaman berskala global ini .


Faktor utama mereka berbuat demikian untuk melindungi kepentingan mereka sendiri terutamanya lokasi strategik pentadbiran,pelabuhan ekonomi, depoh simpanan senjata , pangkalan udara dan sebagainya .

Bukan itu sahaja,pengenalan peluru pintar berpandukan GPS dengan low-radar cross section,kruis, berbekalkan keupayaan jarak serangan yang lebih jauh malah roket 'unguided' turut menjadi igauan mana-mana pihak . 


TOMAHAWK cruise missile digunakan meluas sebagai
senjata pemusnah utama permukaan dengan jangkauan
operasi sehingga 2500 km berpandukan GPS .  
Bayangkan jika anda pemimpin sesebuah negara , musuh melancarkan 'pre-emptive strike' ke kawasan berkepentingan seperti pangkalan tentera dan sebagainya dalam satu malam sahaja , pasti anda tertekan dan bukan sahaja moral anda jatuh , malah tentera di bawah seliaan anda juga menerima tempias yang serupa .

Lihat sahaja tindakan Israel misalnya yang memperbanyakkan Iron Dome di beberapa kawasan yang memperlihatkan mereka memandang berat ancaman bedilan roket dan mortar pejuang-pejuang Hamas, Briged Al-Qassam dan puak militan di Palestin .




Namun,Iron Dome yang diharapkan Israel tidak sampai ke sasaran keberkesanan 85% yang diharapkan . Menurut laporan media asing , Iron Dome hanya berjaya menangkis 1/5 dari jumlah keseluruhan roket yang dilancarkan ke kawasan petempatan,pentadbiran dan wilayah Israel .

Atau mungkin roket buatan tangan ini mempunyai bahan bakar istimewa yang membuatkan ia meluncur laju di udara tanpa sempat dipintas Iron Dome serta pelancaran yang mungkin disertai kalimah suci 'Allahuakbar' dan 'Lailahaillallah' ? Wallahu'alam

Iron Dome yang dibangunkan firma pertahanan ulung Israel , Rafael mempunyai 'interceptions range' sehingga 250km dan menelan belanja sehingga $50,000 setiap pelancaran peluru berpandu .


Dalam erti kata lain menurut sumber,melancarkan roket Al-Qassam dalam bilangan yang besar (bernilai kira kira $800 setiap unit) secara tidak langsung meruntuhkan dan menyerang kedudukan kewangan Israel !


Iron






An Iron Dome launcher fires an interceptor rocket in the southern city of Ashdod, Israel on Nov. 16, 2012.

Amir Cohen/Reuters







Berbalik kepada topik asal , penulis ingin membuka sedikit minda pembaca mengenai kepentingan sistem pertahanan udara lebih-lebih lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dikelilingi perairan antarabangsa dan terletak di benua Asia yang dijangkakan akan tercetus peperangan hebat di sini .

Namun sebelum itu , minta jasa baik pengunjung sekalian untuk Log In akaun Facebook anda dan klik 'Like' pada bahagian atas sekali post ini . Mudah-mudahan link yang tersebar luas ke Facebook menarik lebih ramai pengunjung ke sini . ^_^


Penggunaan Sistem Pertahanan Udara Serantau

Kita lihat jiran terdekat di sebelah Selatan yang baru-baru ini menerima sistem pertahanan udara bergerak (mobile) dari jenis SPYDER dibangunkan firma pertahanan Israel yang juga merupakan sekutu rapat Singapura , Rafael .




12 buah pelancar Spyder dalam inventori RSAF sudah dianggap memadai untuk menutup ruang angkasa Singapura dari sebarang pencerobohan . Dilengkapi peluru berpandu Phyton 5 dan Derby yang mampu memintas musuh berkejauhan 50 km pasti menajamkan lagi tonggak pertahanan udara Singapura .




Pembelian ini juga dipercayai ingin menambah baik keupayaan sedia ada RSAF dari sektor pertahanan udara memandangkan mereka yang hanya dilengkapi peluru berpandu Igla dan Rapier MkII pada awalnya.

Kepadatan penduduk,lokasi strategik dan berkepentingan di dalam sebuah pulau yang padat meningkatkan tahap 'awareness' mereka terhadap ancaman mendatang . Boleh jadi mereka khuatir tanah padat mereka itu dibaham projektil besi Astros II dari Malaysia dan mungkin juga Indonesia ? Wallahu'alam .




Indonesia dan Thailand pula menjadi penggemar Manpads (man-portable air defence system) jarak dekat  sepertimana Malaysia . Sistem ini dilihat lebih mudah dioperasikan dan menjimatkan kos lagi terbukti berkesan menembak jatuh sasaran udara yang berada pada altitud rendah dan yang boleh dikesan  (detectable) oleh 'surveillance radar' dan penderia (sensor) .



GBAD Di Kawasan Berkepentingan Malaysia


Umum mengetahui , tugas mempertahankan ruang udara Malaysia dari permukaan dikendalikan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) selaras dengan Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) . 

Jenis sistem pertahanan udara aras bawah tercanggih
milik GAPU, Jernas Rapier (jarak tembakan : 8km)

Grup ini bertindak memberi perlindungan udara kepada aset-aset negara selain menilai dan menganalisa ancaman udara musuh yang akan menjejaskan pelaksanaan operasi dari semasa ke semasa [-  Air Campaign . Pemusnahan Pusat Graviti dan  perlumpuhan sistem PU . ( Mempertahankan aset - aset strategik negara dan ATM semasa pre-emptive strike)] .

Saya harap semua pembaca jelas mengenai tugas-tugas dan peranan GAPU . Lebih lanjut klik di sini


Anda tahu di mana terletaknya lokasi yang dianggap penting dan strategik di Malaysia ? Penganalisis pertahanan juga berpendapat bahawa tempat ini akan menjadi sasaran utama musuh semasa 'pre-emptive strike' dijalankan sebelum peperangan sebenar meletus.

Lokasi yang dimaksudkan adalah seperti Pangkalan Udara Gong Kedak , Butterworth , Kuantan , depoh simpanan artileri , pangkalan laut di Lumut malah bandar pentadbiran Putrajaya dan di tempat-tempat lain .





Pangkalan TLDM Lumut juga berpotensi dijadikan sasaran 'pre-emptive strike' pihak musuh selain pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar yang menempatkan Scorpene SSK .







SITUASI I  (rekaan,fiktif dan ilustrasi penulis semata-mata)

Empat buah pesawat F-15 Strike Eagle terbang dengan kelajuan supersonik menyusup ke ruang udara negara di Pantai Timur Semenanjung negara . MINDEF negara X telah mengeluarkan arahan melaksanakan 'pre emptive strike' ke atas kawasan berkepentingan Malaysia terutama pangkalan yang terdapatnya aset udara . Mereka tidak ingin pesawat yang disasarkan berupaya terbang untuk beraksi di udara . Kali ini Pangkalan Udara Gong Kedak menjadi sasaran utama mereka .

Penyusupan 4 buah F-15 ini berjaya dikesan radar EADS TRML 3D dan kemudian memaklumkannya kepada pusat operasi Pangkalan Udara Gong Kedak dan Mindef supaya tindakan selanjutnya boleh diambil . Pesawat SU-30MKM yang stand-by 24 jam bersedia untuk berlepas . GAPU cuba untuk membaca rancangan pihak musuh dalam tempoh singkat .
EADS TRML 3D Radar

Namun , semuanya telah terlambat . Sehingga 8 buah peluru berpandu AGM-154 JSOW (joint-standoff weapon) dilancarkan serentak ke arah pangkalan udara . Kurang dari 5 minit , pangkalan udara itu akan digegarkan dengan hentaman multi-stage warhead JSOW yang direka untuk menembusi bunker bawah tanah malah struktur landasan 'tarmac' yang terdapat di mana-mana 'air force base' .

BOOOM !!! Peluru berpandu pertama berjaya menghentam 'tarmac' pada landasan . Peluru berpandu pertahanan udara Manpads Starburst berjaya memintas JSOW kedua . Peluru berpandu JSOW seterusnya gagal dipintas dan seterusnya menghentam 'tarmac' , hangar dan dan fasiliti yang berada di Gong Kedak AFB .

Pesawat SU-30MKM yang bersedia untuk 'take-off' gagal berbuat demikian akibat keadaan 'tarmac' yang hancur teruk akibat bedilan JSOW . Sehingga 3 buah SU-30MKM mengalami kerosakan akibat tempias dari hentaman multi stage warhead JSOW dan 2 buah lagi tidak dapat diselamatkan .



Singapura menjadi pengguna sulung dengan kemampuan
AGM-154 JSOW 'glide bomb' pertama di Asia Tenggara
Kini , tunjang utama MRCA negara tidak mampu untuk beraksi di udara sehingga 'tarmac' dibaik pulih . Sebanyak 6 buah pesawat MIG-29N Fulcrum dari Kuantan AFB dikejarkan ke tempat kejadian bagi memastikan perimeter selamat dan memintas musuh . Namun,pesawat F-15 Strike Eagle yang berkelebihan dari segi kelajuannya berjaya lari tanpa dapat dikesan ...............................................



[Penulis tidak pasti jika Gong Kedak dan lain-lain AFB dilengkapi Jernas dengan Rapier MkII]

Namun , sistem pertahanan udara aras rendah Jernas dengan peluru berpandu Rapier MkII gandingan radar penyusupan Dagger dan radar tembakan kawalan Blindfire terbukti ampuh dan efektif menangani ancaman udara pelbagai termasuklah ancaman pesawat pejuang , 'cruise missile' dan peluru pintar seperti JSOW dan JDAM .

Radar kawalan tembakan Blindfire AMS mempunyai kemampuan 'day and night' dengan 'smart digital processing' malah kalis (immune) kepada segala bentuk serakan (jamming) .


Dengan kuantiti radar yang masing-masing 3 , penulis yakin liputan pertahanan udara yang dibekalkan radar adalah terhad . Jika ada terdapat di pangkalan udara pun , ianya untuk kegunaan semasa situasi yang tegang dan demi melindungi aset udara berbillion dolar .

Ini turut membawa kemungkinan , semua aset udara penting terdiri daripada pesawat pejuang dan pesawat pengangkut logistik akan dikumpulkan di sebuah pangkalan udara sahaja yang dikawal ketat dengan 'air defence capability' berada dalam keadaan berjaga-jaga semasa tercetusnya peperangan . Wallahu'alam

Apa yang penulis dapat pastikan atas info yang penulis dapat , setiap air force base milik TUDM diselia ketat pengawasan radar 3D (tak berapa pasti jenis apa) dan pesawat dalam 'hangar' sentiasa 'stand-by' 24 jam dalam keadaan berjaga-jaga untuk menhadapi situasi yang tidak diingini . "Ini tugas keselamatan negara bro,mana boleh main-main." kata salah seorang rakan saya .

Isu pertahanan udara ini juga berkait rapat dengan penerimaan sistem pengawasan udara pasif jenis VERA-E dari Republik Czech . Sistem ini khusus bagi menjejak kemasukan pesawat-pesawat canggih dengan kadar pembalikan radar yang amat rendah atau 'steatlh' dengan liputan pengawasan sehingga 300km+ .




Sistem pertahanan udara jenis artileri juga masih relevan digunakan sehingga ke hari ini . Misalnya , 29 buah Oerlikon 35mm milik GAPU yang masih berada dalam inventorinya .

Tembakan pantas (rapid) yang dilepaskannya bertujuan supaya pesawat musuh yang terbang melanggar peluru tersebut . Peratusan projektil meriam AAA mengenai tepat pada sasaran adalah amat kecil meskipun dengan pertolongan radar Skyguard gandingan bersama Oerlikon .

Manpads dalam inventori Angkatan Tentera Malaysia ialah FN-6 dari China , Anza dari Pakistan , Igla dari Russia dan Starburst dari United Kingdom (UK) . Kuantiti setiap Manpads adalah sulit . Kuantiti yang dipaparkan di sesetengah laman web adalah tidak tepat dan diragui .



Malaysia akan mempunyai jaringan radar pengawasan udara tercanggih menjelang 2018 .

Kerajaan sememangnya belum mengumumkan rancangan untuk membeli pesawat awal amaran udara atau AEW&C dalam waktu terdekat ini . Namun , ianya dilihat satu keperluan utama dalam melengkapkan sepenuhnya pengurusan udara negara .


Pihak media turut membuat ramalan , jenis radar yang akan dipilih nanti ialah sistem radar Erieye yang akan dilengkapkan pada pesawat Embraer EMB 145 dari Brazil atau Saab 2000 dari Sweden .

Namun , tegas Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , pembelian pesawat pesawat AEW&C atau AWACS ADA DALAM PERANCANGAN .

MENGAPA 2018 ? Kerana itu ialah jaminan Panglima Tentera Udara , Jen Tan Sri Rodzali Daud bahawa sistem radar yang akan dipasang di seluruh negara menjelang 2018 mampu beroperasi dalam keadaan paling baik dan setiap saat tanpa memberikan ruang musuh untuk bolos ke ruang udara Malaysia .


Malaysia juga telah membeli sebuah radar pengawasan udara termaju,termoden dan antara yang termahal keluaran THALES dari jenis Ground Master 400 sebanyak sebuah . Radar untuk mempunyai ruangan liputan pengawasan sehingga 390 km - 470 km dengan altitud maksimum 33 km .

Kebolehan 'SUPERIOR DETECTION' yang ada pada radar tersebut membolehkannya mencari ancaman yang paling sukar untuk dikesan pergerakannnya termasuklah sasaran pada low,medium dan high altitude .

Secara tidak langsung , radar THALES Ground Master 400 ini akan bekerjasama dengan radar EADS TRML 3D dan VERA-E dalam mengawasi ruang udara negara dari dibolosi sebarang ancaman berbahaya .



THALES Ground Master 400 fully digital 3D air defence radar 



GROUND Master 400 Complies with the latest European environmental standards including installation in vicinity of wind farm for which this one will implement best company sofware solution for effects mitigation.

Key features:
  • Digital Beam Forming
  • MTBCF* >3.500 hours (*mean time between critical failures)
  • Operational availability > 99.9%
  • One single package (20 feet ISO standard container, 10 tons)
  • Plug, play and operate in Network Centric Operations
  • Chosen and planned maintenance with limited team


Pengoperasian AEW&C nanti sekurang-kurangnya akan bertindak membentuk
pergerakan pesawat pejuang , bertindak sebagai mata di udara dan 'mobile air
observation post' atau pusat kawalan udara bergerak .

Cadangan W.O.M.M.S. untuk GBAD ATM akan datang :

1.Short Range Air Defence System


Phalanx CIWS

Designer : Raytheon,United States of America
Type : Close-in-weapon-system
Range : 3.6 km
Guidance : FLIR / KU Band Radar
Cost : $1.5 Million (gun only)
Effective to protect air base/naval base/naval platform against supersonic missile , cruise missile , smart munitions , guided bomb , JDAM , JSOW , rocket etc.

Sistem CIWS hampir serupa boleh diperolehi dalam pelbagai jenis dan pengeluar : Kashtan CIWS,AK-630,Goalkeeper CIWS ,Type 730 Chinese CIWS,RIM-116 Rolling Airframe Missile dan banyak lagi .



Pantsir S1 di atas trak 8X8 Kamaz 6560
Pantsir S1 / SA-22 Greyhound

Designer : KBP,Tula,Russia
Type : Medium range SAM + anti aircraft artilery weapon
Guidance : Radar , optical radar tracking , radio command guidance
Missile : up to 12 X 57E6 (range : 20km)
Artilery : 2A38M 30mm autocannon
Cost : $15 Million


2.Medium Range Air Defence System



MBDA Aster 30 SAMP/T

Manufacturer : MBDA France
Type : Land based - Vertically launched SAM
Guidance : Terminal active radar homing,inertial guidance
Effective range : 50-100 km
System including : 3D phased array radar
High-Effective against all air threats including ballistic missile 
Speed : 4.5 Mach
Cost : unknown , expensive than Iris-T,Mica,Python,Derby







IRIS-T SLM (MEADS Military Project)
Manufacturer : Diehl BGT Defence
Type : Land launched radar-guided SAM
Guidance : IR seeker (lock-on after launch) ,Saab Giraffe multi- function radar  
Range : 25 km +
Cost : approx. $500,000 per missile only



Pendapat anda pula bagaimana ? Sistem bagaimanakah yang paling efisyen dalam menangani ancaman udara pelbagai untuk digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ? 
Bersambung ...

14 comments:

  1. ni semua aset askar ke?atau ade lagi yang dirahsiakan...macam terbocor maklumat ni..den baru kenal senjata2 ni kat malaysia..kurang membaca katakan..

    ReplyDelete
  2. Betul .. Sebahagian dari aset dalam gambar di atas (tidak semua) adalah hak milik Angkatan Tentera Malaysia ... Seperti :
    1) RADAR EADS TRML 3D + VERA - E
    2) THALES GROUND MASTER 400
    3) JERNAS RAPIER (SHORT RANGE SAM)
    4) DAGGER SURVEILLANCE RADAR - JERNAS
    5) BLINDFIRE RADAR - JERNAS
    6) FN-6 (MANPADS)
    7) ANZA (MANPADS)
    8) IGLA (MANPADS)
    9) STARBURST (MANPADS)
    10) RADAR SKYGUARD
    11) RADAR PERMUKAAN GIRAFFE
    12) MERIAM ARTILERI ANTI PESAWAT 35mm,40mm

    JADI , PERBANYAKKANLAH MENEROKA DUNIA PERTAHANAN YANG SANGAT LUAS INI . SEKIAN , TK

    ReplyDelete
  3. Rasanye buat permulaan ATM boleh berjinak2 dengan SAM jarak dekat seperti Pantsir,BUK atau TOR.Kosnya pun tak tinggi sgt seperti S-300 dan latihan penembakan boleh dilakukan dengan kerap bgi tujuan memahirkan operator.Aku terbaca yg Vietnam membayar $250-300 juta dolar(RM750-900 Juta) untuk 2 division S-300(satu division ada berapa pelantar roket dan kenderaan radar?)Pergh gila mahal dan jarak pintasannya pun jauh.Dan bgi aku negara mmg memerlukan khidmat AEW&C tu secepat mungkin baik bgi tujuan defensif mahupun ofensif sekalipon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara sudi berkunjung ,
      Benar . Kos yang tinggi sebenarnya membuatkan kerajaan lebih berhati-hati dalam setiap pembelian . Tambahan pula , negara dalam proses transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi . Negara juga lebih bijak membuat pilihan .

      Jika diberi option , dana RM 2 Billion lebih ideal untuk beli sistem peluru berpandu ATAU bina lagi hospital untuk kemudahan rakyat dan mengurangkan kesesakan di hospital berkedudukan padat seperti di Lembah Klang ??? Wallahu'alam .. Lagipun jika dilihat situasi sekarang , Malaysia tak akan berperang dgn mana-mana negara kerana negara kita suka Berdiplomasi berbanding dengan Kekerasan dan kita ada Dasar sendiri .

      Delete
  4. Pantsir S1 tu pakej yg lengkap sebab menggabungkan artileri dan misil dalam satu platform.

    Kehadiran radar Thales GM400 akan memperkukuhkan jaringan pemantauan dan keupayaan cegah rintang. Dengan melengkapkan skuadron MRCA (Rafale atau Typhoon?) diganding dengan Su-30MKM yang mempunyai misil BVR (beyond visual range)tugas pemintasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    Armada TLDM juga perlu memiliki sistem radar yang mempunyai radius yang luas sesuai dengan keluasan perairan negara.

    Senario di atas melibatkan satu sasaran oleh satu kumpulan pesawat.

    Bayangkan jika beberapa sasaran diserang serentak oleh beberapa kumpulan pesawat. Bayangkan masa bertindak yang sangat kritikal dan keutamaan operasi cegah rintang oleh TD / TUDM. Bayangkan "kesibukan" sistem-sistem pertahanan udara dan impak yang akan berlaku. Setiap saat berlalu adalah sangat penting.

    Oleh itu sistem pertahanan udara mesti diletakkan di lokasi strategik yang jauh dari installation penting ATM yang berisiko diserang. Ini memberikan rintangan dan pertahanan hadapan yang ampuh bagi mencegah ancaman pesawat musuh jauh dari sasaran serangan.

    Tentangan barisan hadapan ini pasti akan memberikan sedikit kelengahan (delay) pada misi pesawat musuh, mendedahkan lokasi mereka dan seterusnya meningkatkan risiko sebelum mereka sampai ke objektif. Sedikit delay akan memberikan ruang kepada pesawat-pesawat TUDM meluncur dan memusnahkan mereka.

    Kegagalan pre emptive strike adalah kekalahan moral dan diplomatik yang hebat kepada negara musuh, dan menyuntik kekuatan moral, psikologi dan diplomatik pada negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara 'Sudd' seudi berkunjung ,

      Mengenai radar permukaan dengan 'detect and track capability' yang lebih luas oleh TLDM , In sha Allah saya akan bincangkan dalam post seterusnya berkenaan keperluan pesawat rondaan maritim ASW ...

      Benar Tuan . Saya amat bersetuju jika negara diserang serentak dari pelbagai arah dalam 'pre emptive strike',sudah tentu kelam kabut dibuatnya . Nak hantar pesawat 'interceptor' , dari segi bilangan pun seperti tidak memadai untuk menangkis ancaman tahap tinggi . Namun , saya yakin dengan kebijaksanaan panglima perang Melayu , semua boleh settle dengan doa dan ketenangan bertindak .

      Rasanya dalam sejarah , jarang sesebuah negara menang dalam 'pre emptive strike' . Namun , Malaysia ada gelaran yang lebih 'grand', satu-satunya negara di dunia berjaya menamatkan era penaklukan komunis dan kepakaran 'guerila warfare' tentera kita disegani tentera-tentera lain di dunia . Wallahu'alam ^_^

      Delete
  5. Saya setuju dengan anda. Pre emptive strike adalah taktik serangan mengejut yang mensasarkan aset penting pertahanan, misalnya stesen radar utama, bertujuan untuk mengurangkan keupayaan negara yg diserang, mendatangkan kejutan dan impak moral pada anggota pertahanan, menggoyang kestabilan awam dan impak pada ekonomi secara drastik.

    Saya sentiasa yakin dengan doktrin "Give them bloody nose" dan kemampuan ATM membalas sebarang percubaan musuh untuk mengancam kedaulatan negara.

    Cuma saya berpendapat, radar dengan jangkauan luas dan altitud tinggi akan lebih berkesan dalam misi cegah rintang dan bloody nose, jika ATM turut memiliki misil anti pesawat (SAM) jarak sederhana dan jarak jauh.

    Tak sabar nak tunggu ATM miliki sistem SAM yg menjangkau jarak jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah , penantian yang penuh penyiksaan . Sistem SAM memang ampuh sebagai barisan hadapan pertahanan menghalang kemaraan pesawat tempur,smart munition,missile,rocket dan sebagainya .

      Namun , jika dinilai semula dengan lebih teliti , banyak lagi keperluan yang ada dalam perancangan pihat ATM jika hendak dibandingkan dengan keperluan mempunyai long range SAM air defence system . Program Next MRCA,LCS,AV8,Pesawat AEW&C,MPSS misalnya . Tunggu dan lihat . In sha Allah , keputusan kerajaan terbaik dan memberi faedah jangka masa panjang buat rakyat Malaysia seluruhnya .. Amiiin ^_^

      Delete
  6. memandangkan malaysia adalah sebuah negara yang bersempadan dengan laut..saya mencadangkan agar malaysia mula mengintai CLUB-K buatan russia..sangat simple dan murah..(cadangan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung dan memberi maklum balas saudara Yoyoman ..

      Benar , China dan Russia khususnya sedang menampakkan kepada dunia bahawa mereka mampu membangunkan sendiri peluru berpandu anti-kapal dan udara,ICBM dan sebagainya dengan penghasilan misil Club K dll . Tidak mustahil mereka mampu mempelopori industri ini satu hari nanti . Namun , senjata baru , tanpa kajian terperinci dan belum 'battle-proven' perlulah dikaji dengan lebih mendalam sebelum sesuatu pembelian dibuat. Murah namun negara kita hendakkan yang betul-betul berkualiti dan membantu semasa konflik nanti .. ^_^

      Delete
  7. berdasarkan situasi sekarang di mana ATM hanya memiliki sistem misil pertahanan udara jarak dekat, saya berpendapat bahawa misil-misil ini efektif untuk memusnahkan projektil musuh seperti misil pada satu jarak yang selamat sebelum mengenai sasaran. Dalam hal ini gandingan dengan sistem artileri seperti kaliber 20 dan 30mm adalah sangat penting kerana kadar tembakan yang tinggi.

    jika saya adalah juruterbang musuh saya seboleh-bolehnya akan melancarkan misil dari jarak yang sejauh boleh untuk meminimumkan risiko dikesan / ditembak / dipintas selain membolehkan saya balik ke pengkalan dengan seberapa cepat selepas melancarkan misil (fire and forget).

    Dalam hal ini TUDM pasti akan menugaskan jet-jet pemintasnya untuk menangani jet-jet musuh. Oleh itu penting bagi jet-jet TUDM dilengkapi misil anti pesawat jarak jauh.

    Oleh itu perolehan sistem misil SAM jarak jauh mungkin bukan keutamaan segera buat masa ini kerana TUDM sedang mencongak bajet untuk perolehan baru MRCA nya.(saya suka Rafale berbanding Typhoon. Atau mungkin Super Hornet? :) )

    Mungkin ATM boleh mengintai sistem SAM jarak sederhana yang lebih murah berbanding jarak jauh buat masa ini. Apa pun para panglima ATM sudah pasti lebih pintar lagi arif mengenai keperluan ini dan sebagai rakyat yg cintakan negara, kita harus menyokong ATM dalam perolehan aset-asetnya.

    Sediakan misil sebelum hujan ;)

    ReplyDelete
  8. Sudd ,
    Benar . Kombinasi V-SHORADS atau peluru berpandu jarak amat dekat dengan meriam artileri AA menambah peratusan ketepatan sasaran dibedil atau mewujudkan awan besi yang pasti membinasakan apa sahaja objek terbang yang melaluinya .

    Betul kata Tuan . Keutamaan kita sekarang lebih kepada mengisi tempat MIG-29N sebagai interceptor atau pesawat pemintas . Pemilikan SAM jarak jauh meskipun dianggap penting , namun bukanlah yang utama . Pilihan di tangan kerajaan . Sama-ada Rafale , Super Hornet , Eurofighter atau lain-lain , itu di tangan kerajaan . Wallahu'alam ^_^

    ReplyDelete
  9. "Memintas Memusnah"
    Masihkah motto ini akan digunapakai oleh pesawat pemintas terbaru kelak?

    ReplyDelete
  10. walaupun saya bukan dalam badan unifom,saya tetap akan lawan untuk negara,selute tuan!

    ReplyDelete