Saturday 15 December 2012

MENGKAJI KEPERLUAN PESAWAT ASW (Anti-Submarine Warfare) DAN KISAH PERAIRAN NEGARA (KHAS)

  KESELAMATAN PERAIRAN  
Malaysia selain Indonesia mempunyai  keluasan perairan dan persisir pantai yang sangat luas dan perlu dipelihara

Dengan perairan utama yang penting seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan yang sering menjadi laluan perdagangan antarabangsa , ancaman boleh menjelma pada bila-bila masa .

Demi mempertahankan perairan yang mengelilingi Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak , TLDM sanggup berkorban menempuh apa jua cabaran.


Umum mudah menyalah sangka mengenai perbezaan tugas dan peranan TLDM , APMM dan mana-mana agensi pihak berkuasa yang berkaitan dengan kelautan .


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Pihak APMM , Kastam dan sebagainya berperanan melakukan rondaan maritim di kawasan perairan pesisir (lingkungan  100 nm dari pantai) . Pihak berkuasa terbabit mempunyai kuasa membendung segala bentuk aktiviti yang mencurigakan di laut termasuk penyeludupan , aktiviti penangkapan hasil laut haram malah membanteras ancaman lanun pada tahap rendah .

Rata-rata kapal peronda APMM terbesar pun hanya dilengkapi selaras meriam 57mm sebagai senjata utama selain mesingan ringan untuk menghadapi ancaman tahap rendah .


Tugas dan peranan yang digalas TLDM lebih mencabar dan luas skopnya . Berbekalkan aset pertempuran yang canggih dan moden , badan ini mampu menangkis segala ancaman konvensional maritim sehingga beribu-ribu batu jauhnya dari bumi Malaysia .

Aset yang lengkap dengan sistem persenjataan yang dibekalkan pihak kerajaan membolehkan TLDM meneutralkan ancaman 3 dimensi pada permukaan laut , udara dan bawah permukaan laut .

 ASET-ASET TLDM BERADA PADA TAHAP KESIAGAAN YANG TINGGI 



TLDM yang telah mengoperasikan antara frigat paling canggih di rantau Asia Tenggara dari kelas Lekiu digandingkan bersama Super Lynx 300 menghasilkan formasi yang begitu ampuh di lautan . Menurut pemerhati pertahanan sendiri , gandingan ampuh ini sudah mampu menggugat sebuah kapal pembinasa DDG kelas Arleigh Burke .


( frigat merujuk kepada kapal permukaan kombat bersaiz sederhana dengan berat 2000 tan dan ke atas lengkap dengan sistem penderia dan persenjataan )



2 buah frigat jenis ini merupakan aset tercanggih permukaan milik negara dan mampu menepis segala ancaman tahap sederhana dan sudah berbakti dengan cemerlang . Walaupun sudah lebih 10 tahun , kita lihat segala sistem penderia dan persenjataan Lekiu masih relevan sampai sekarang . Ahli politik yang menentang pembelian ini suatu ketika dahulu kerana faktor kos sila jawab !

6 buah NGPV kelas Kedah menjadi tulang belakang rondaan pesisir pantai di Laut China Selatan malah kawasan kepulauan yang menjadi rebutan di Spratly . Selain itu , melalui pelayaran kerap NGPV ini juga membuatkan keselamatan para nelayan tempatan terjamin , In sha Allah .


Korvet kelas Laksamana dan Kasturi juga tidak kurang hebatnya . Aset yang dianggap masih berbisa ini turut turun padang dalam memantau keselamatan perairan negara selain menjadi aset sokongan kepada KD Lekiu dan KD Jebat . Kapal jenis ini juga turut membawa peluru berpandu anti-kapal termaju Exocet MM40 dan Otomat Mk.II .

6 buah helikopter ringan dari jenis Fennec bertindak sebagai 'light observation helicopter' dan sebagai tim sokongan . Super Lynx 300 memainkan peranan yang lebih besar , maklumlah ianya dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal MBDA Sea Skua selain mesingan berat .50 Browning M2HB .




Kejadian kapal ronda Malaysia diusir dari wilayah sendiri di perairan sempadan Sabah / Indonesia dan beberapa kes di kepulauan Spratly amat menjengkelkan . Pernah suatu ketika kapal ronda yang sedang melakukan rondaan di lokasi X (dalam perairan Malaysia) dihalau korvet kelas Sigma dari Indonesia . 

Anggota TLDM yang sukakan perdamaian akhirnya akur dengan kehendak mereka .

Justeru , kedatangan 6 buah LCS baru nanti amatlah perlu memandangkan ianya lebih berkeupayaan berbanding kapal kelas Kedah malah Lekiu sendiri dalam memastikan perairan negara tidak bolos dari sebarang ancaman dan anasir jahat .





Tindakan Malaysia mendapatkan 2 buah kapal selam kombat termaju dari jenis Scorpene SSK juga dipuji banyak pihak . 2 buah merupakan bilangan permulaan yang cukup baik . 

Pembelian kapal selam terpakai jenis Agosta 70B juga merupakan langkah bijak memberi pendedahan dan teknik pengoperasian kepada kru-kru kapal selam negara . Ramai juga yang tidak mengetahui kepentingan sebenar kapal selam ini .


Kenapa tidak tambah sahaja kapal permukaan dari kelas frigat atau korvet ? Bukankah kapal selam harganya hampir 5X ganda harga sebuah kapal frigat ? Itu yang saya katakan bahawa ramai yang tidak menyedari kepentingan adanya aset ini .

Sememangnya kapal permukaan lebih 'famous' kerana peranannya yang lebih gah selain dilengkapi senjata permukaan ke udara , permukaan dan bawah permukaan selain boleh mengangkut helikopter. Kapal selam pula hanya dilengkapi torpedo dan peluru berpandu anti kapal seperti SM-39 Exocet .

Namun , Scorpene SSK yang dimiliki negara ini lebih tertutup peranannya . Scorpene Malaysia dilengkapi suite elektronik , penderia dan sistem komunikasi luar perbatasan tercanggih di Asia Tenggara membolehkan aset ini melakukan tugas risikan pada waktu aman .

Jangan sekali-kali menyamakan sistem penderia dan sebagainya milik Scorpene Malaysia dengan Scorpene Chile . Jika sama , saya pasti ada di antara negara jiran mengambil kesempatan membeli maklumat dari Chile untuk mengetahui segala sistem yang dipakai Scorpene negara kita .

Bukan itu sahaja , kapal selam sememangnya direka untuk menenggelamkan kapal permukaan musuh menggunakan torpedo dengan kepala ledak (warhead) yang tinggi SERTA menjadi medium atau perantaraan yang amat efektif dalam 'Perang Ekonomi' .


  AMBIL PENGAJARAN DARI PERANG DUNIA KE-2  

Apa yang dimaksudkan dengan kapal selam menjadi alat efektif dalam Perang Ekonomi ? Hal ini mempunyai hubung kaitnya dengan jalan laut , perkapalan dan sokongan logistik semasa berlakunya peperangan .



Kita ambil contoh dalam perang dunia ke-2 . Negara - negara kepulauan (terutamanya bersekutu) seperti Kanada , United Kingdom termasuk Amerika Syarikat sendiri tidak dapat bertahan dengan lebih lama dan lumpuh akibat kehabisan dan putusnya penghantaran bekalan logistik dan keperluan peperangan akibat daripada kekacauan yang ditimbulkan U-Boat tentera Nazi .

( Sila rujuk semula 'Battle of Atlantic' )


U-Boat tersebut bukan sahaja menyekat penghantaran keperluan logistik , malah menyerang hendap kapal pengangkut tentera dan kapal permukaan bersaiz pembinasa (destroyer) . Lihat betapa berkesannya kapal selam menyekat sebarang elemen bantuan musuh .

Masih belum faham atau samar-samar ? Mari saya berikan satu situasi ringkas , padat dan mudah difahami .

SITUASI I ( rekaan semata-mata )

Negara X diceroboh dan ditawan musuh dari luar . Segala aset udara dan laut hampir keseluruhannya berjaya dimusnahkan semasa pre-emptive strike . Namun , musuh terlupa baki 4 buah kapal selam yang masih tersisa dan masih bersembunyi selain kapal ronda yang dianggap bukan ancaman .



Sebanyak 20,000 tentera musuh berjaya menyusup masuk ke negara X melalui penerjunan dari pesawat udara dan kapal laut (amphibious assault ship) bersama 100+ buah kereta kebal , meriam medan dan kelengkapan darat lain .


Pasukan infantri dan tentera darat negara X yang cuba membentengi kawasan tertentu menerima tempias dan hentaman artileri yang hebat dari musuh . Mereka juga tewas dari segi bilangan aset kereta kebal yang terhad .

Namun , selang beberapa hari tentera musuh kehabisan keperluan logistik seperti peluru , bahan api dan ubat-ubatan . Mereka menghubungi pusat memerintah di ibu negeri mereka atas alasan 'short of supply' .


Pusat memerintah tentera musuh mengirim sehingga 6 buah kapal pengangkut (berupa kapal muatan dagangan) segera ke negara X bagi menampung segala kekurangan agar agenda dan misi mereka mengeksploit segala kepentingan negara X tercapai .


Koordinat kapal dagang diiringi 3 buah kapal ronda ringan yang hanya lengkap dengan meriam 57mm berjaya dikesan penderia kapal selam negara X . 

Menggunakan periskop , kru keempat - empat buah kapal selam terbabit bersepakat ingin menenggelamkan konvoi tersebut . Satu demi satu torpedo diluncurkan ke arah sasaran . 




3 buah kapal peronda yang ditugaskan melindungo kapal pengangkut tersebut tidak berdaya melakukan apa-apa . Mereka disajikan pemandangan indah hentaman demi hentaman bertubi-tubi torpedo terhadap kapal muatan yang mereka lindungi .

Akibatnya , tentera mereka semakin terdesak akibat kekurangan bekalan logistik dan akhirnya terkepung oleh tentera darat Negara X yang melakukan counter-attack . Agenda dan misi mereka gagal . 

( Ilustrasi penulis semata-mata , mohon maaf jika tidak menarik dan menjengkelkan)


Kita lihat contoh lain yang lebih mudah . Kita ambil contoh Singapura yang berhadapan dengan tekanan , syak wasangka dan dilema yang amat besar kerana pergantungan ekonomi mereka terhadap jalan laut , keselamatan perairan dan perkapalan . 
Kapal - kapal dagang yang membawa muatan ke Singapura perlu melalui Selat Melaka . Bagaimana pula  keadaannya jika sebuah kapal selam musuh diletakkan dan bersembunyi di laluan tersebut ? Pasti haru dibuatnya ! ( Bayangkan juga sebuah Scorpene diletakkan di pintu masuk Selat Melaka semasa konflik , pasti bermaharajalela menghambat sasaran permukaan menggunakan torpedo)


Justeru , Singapura bersungguh - sungguh cuba untuk mendapatkan kapal selam . Mereka terpaksa berbelanja besar memasang sistem elektronik dan penderia pada kapal selam 'second-hand' yang mereka dapatkan dari Tentera Laut Sweden .



Sehingga 2020 , mereka dijangka akan mengoperasikan sehingga 6 buah kapal selam . Mereka mengharapkan aset tersebut berupaya memusnahkan kapal selam pihak lawan selain melindungi kepentingan ekonomi mereka . Kapal selam mereka juga perlu beroperasi jauh dari pangkalan dan amat mudah terdedah kepada bahaya .

Indonesia dengan perairan mereka yang terbentang luas pula bagaimana ? Jawapan saya , mereka sehingga 2020 juga akan menerima sehingga 5 buah kapal selam selain dilengkapi 20+ buah korvet , 6+ frigat dan puluhan kapal bersaiz 'patrol vessel' (berat 500 tan ke bawah) .

Vietnam , antara negara yang masih belum berputus asa menuntut sebahagian kepulauan di Spratly juga akan menerima sehingga 6 buah kapal selam kelas Kilo dari Russia di samping 7 buah frigat . Saya lihat perkembangan perolehan aset TLDM antara yang paling lembab memandangkan TLDM ini masih merupakan entiti yang kecil jika dibandingkan dengan 'Navy' negara lain .


  PERAIRAN ASIA TENGGERA AKAN MULA DIBANJIRI KAPAL SELAM  
Sehingga 2020 , perairan Laut China Selatan , Selat Melaka dan kawasan sekitarnya akan mula dibanjiri kehadiran kapal selam . Singapura 6 buah , Indonesia 5 buah , Vietnam 6 buah , Malaysia 2 buah dan itu tidak termasuk lagi kapal selam milik China dan dari luar yang seringkali memantau keadaan di Laut China Selatan .

Kapal selam ini bukan sahaja menjalankan risikan pada waktu aman , malah boleh mengancam kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perairan dan mempunyai pergantungan ekonomi terhadap jalan laut .

Apakah tindakan yang dilakukan Kerajaan Malaysia bagi meredakan ancaman ini secara perlahan ?


Justeru , dalam RMK-9 kerajaan turut membeli 6 buah helikopter Super Lynx 300 sebagai aset sokongan untuk 2 buah kapal selam Scorpene SSK . Super Lynx ini tidak silap saya turut dilengkapi penderia anti kapal selam selain melindungi Scorpene SSK dari ancaman kapal permukaan ( melihat kepada pemasangan MBDA Sea Skua ) .




  MELIHAT KEKURANGAN SUPER LYNX DALAM ERA GLOBALISASI KINI  

Sebuah artikel yang pernah disiarkan penulis Military of Malaysia mengenai kekurangan Super Lynx ini dahulu pernah membuka minda saya . 

Apa yang boleh saya katakan di sini , pengoperasian Super Lynx jika sampai ke tahap maksimum pun tidak akan memenuhi kehendak sebenar ATM meronda kawasan perairan dari ancaman permukaan mahupun bawah permukaan .

Pertama , operasi Super Lynx ini amat terhad . Bahan api yang diangkutnya hanya membolehkan helikopter ini berada di udara 2 jam sahaja . Amat tidak cukup untuk peperangan anti-kapal selam yang memerlukan jangka masa sehingga berjam-jam atau berhari-hari .

Super Lynx ini juga hanya mampu terbang sehingga jarak 500 km sahaja dalam masa kurang 2 jam . Jarak sebegini tidak cukup memandangkan Malaysia mempunyai perairan yang amat luas . Dengan hanya 6 buah , amat mustahil untuk menutup walaupun separuh kawasan perairan Malaysia dari ancaman kapal selam .




Keadaan menjadi bertambah runcing sekiranya helikopter ini beroperasi di atas platform kapal permukaan . Tong minyak mudah menjadi kering akibat pendaratan di atas platform pendaratan helikopter yang kecil di atas kapal permukaan yang menelan banyak bahan api .



Juruterbang Super Lynx perlu memaksa rotor dan enjin helikopter tersebut bekerja keras agar keseimbangan dan keselarasan semasa pendaratan dapat dicapai . Keadaan kapal yang dihentam ombak kuat selain keadaan angin bergelora membahayakan lagi keadaan .


Operasi bergantung pada sokongan
kapal permukaan  /  'mothership'

Untuk beroperasi jauh dari pangkalan, pengoperasian Super Lynx amat bergantung pada platform permukaan bergerak atau 'motherboard' seperti KD Jebat untuk mengisi bahan api selain merehatkan enjin . Perkara seperti ini sememangnya tidak dapat dielakkan .

Ada pihak yang mencadangkan kerajaan mendapatkan Super Lynx Wildcat , versi Super Lynx yang telah dinaiktaraf . Wildcat mempunyai tong bahan api lebih besar sedikit dan memberi jarak operasi tambahan kira kira 220 km sahaja .



Jika ada keinginan untuk menaiktaraf Super Lynx menjadi 'heli' ASW pun , penderia dan sistem sonar yang lebih besar perlu dipasang . Umum mengetahui saiz Super Lynx kecil dan kurang efektif dipasang suit elektronik canggih . Malah , hangar pada KD Lekiu dan Jebat saya kira sudah begitu sempit menampung helikopter dengan peralatan avionik tambahan .


Selain itu , kerangka utama yang membaluti tubuh Lynx bukan direka untuk menerima hentaman projektil dan tidak sesuai terlibat dalam situasi perang atau kombat . Saya yakin peluru berdiameter 7.62mm ke atas sudah mampu membolosi kokpit utama Lynx dan membahayakan nyawa anggota .

Kesimpulannya , Lynx memang tidak sesuai menggalas peranan helikopter pemburu kapal selam . Jika hendak dinaiktaraf pun , pelbagai sistem penderia , elektronik ,sonar dan komputer perlu dibeli dalam pakej berlainan dan sudah tentu menelan kos yang amat tinggi .

6 buah helikopter ringan jenis Fennec hanya sesuai melakukan tinjauan maritim ringan dari udara dan tidak lasak dalam persekitaran pertempuran . 'Endurance' atau jarak operasinya juga tidak jauh .

  ASET UDARA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMANTAU PERAIRAN NEGARA  

Tugas memantau perairan yang luas dengan efisyen hanya dengan menggunakan pesawat udara , bukan dengan helikopter yang mudah kehabisan bahan api selain jarak operasi yang terhad .

Malaysia selain Indonesia sehingga kini menggunakan khidmat pesawat CN-235 220M untuk tugas melakukan rondaan maritim . Persamaan antara kedua-dua buah negara ini tidak lain dan tidak bukan mempunyai kawasan perairan yang amat luas dan perlu dipelihara .



Tugasan rondaan maritim Malaysia turut dibantu 4 buah pesawat TUDM dari jenis Beechcraft Super King Air . Pesawat ini tergolong dalam kategori pesawat ringan dengan dua buah enjin turboprop dan lebih kecil berbanding CN-235 . Masing-masing pesawat ini hanya dilengkapi radar permukaan udara sahaja .



Sehingga sekarang , kita masih menanti-nanti kehadiran pesawat atau helikopter anti-kapal selam . Berbalik semula kepada isu luasnya perairan negara , maka pesawat lebih sesuai digunkan sebagai pemburu kapal selam .

Amat sesuailah sebenarnya TLDM menerima pesawat kepak-kaku anti-kapal selam baharu . Laut China Selatan itu luas , belum termasuk perairan di Selat Melaka , mana nak selamat dengan hanya mengoperasi -kan dan mengawal perairan keseluruhannya dengan hanya 6 buah helikopter Super Lynx .

  SUDAH TIMA MASANYA  


Maritime Patrol Aircraft – From Hunting Submarines (ASW) to Multi Mission Capable 

Sebenarnya , cadangan untuk mewujudkan skuadron khas pesawat atau helikopter ASW ini sudah lama dalam perancangan TLDM . Sama seperti keperluan untuk menerima Multi-Purpose Support Ship baharu .

Menurut konsol pertahanan tempatan , cadangan yang dikemukakan untuk pesawat ASW hanya dua jenis , sama ada pesawat buatan firma Sepanyol EADS CASA atau firma Perancis-Italy ATR . Pengeluar lain saya tidak pasti dan tidak ada dinyatakan , Wallahu'alam .

Jenis yang lebih spesifik dan dipercayai mampu menarik minat kerajaan Malaysia ialah CN-235 , CASA C-925 Persuader dan ATR-72 ASW . Masing - masing mampu memuaskan hasrat negara memiliki pemburu terbang kapal selam .


ATR - 72 ASW
Pesawat-pesawat ASW ini juga mampu terbang selama lebih 8 jam selain jarak operasi 2000km+ . Aset ini sudah tentunya menjadi alat berkesan dalam peperangan anti kapal selam selain mampu berada di udara berjam - jam mahupun berhari - hari dengan sokongan 'air-to-air refueller' dari pesawat Hercules .

Hal ini yang saya maksudkan sebentar tadi , pesawat udara lebih efektif berbanding helikopter dalam memerangi ancaman kapal selam yang kian berkembang kini .



EADS CASA C-295 Persuader ASW

Kelebihan pesawat-pesawat di atas :




The ATR 72 ASW integrates the tactical patrol and surveillance mission system of the ATR 42 Surveyor with additional anti-submarine warfare capabilities such as a search radar, an acoustic system with sonobuoy launcher, an electro-optic system, a Magnetic Anomaly Detector (MAD), a self protection system including Electronic Support Measures (ESM), Missile Warning System (MWS), chaff and flare dispensers and an armament system with four underfuselage pylons for depth charges, torpedoes and anti-ship missiles. For a 200 nautical miles mission radius, the aircraft can patrol for up to 7 hours, for a total of 9 hours mission time .

The C-295 Persuader is a modern and affordable solution to perform a wide variety of missions, from medium/long-range surveillance to ASW and ASuW missions, and can stay for more than 11 hours on surveillance. The aircraft has been contracted by the Portuguese Air Force and the Chilean Navy. The C-295 can be armed and is equipped with six underwing stations. The C-295Persuader offers an outstanding multi-mission capability, thanks to the use of the rear ramp. Cabin equipment can be easily unloaded allowing the transport of additional seats, palletised or bulk cargo.

Cuma , pembelian kali ini (jika jadi) kerajaan perlu lebih berhati-hati kerana kos yang dibelanjakan mungkin agak besar dan mahal . Malah , negara kita juga sedang mengintip lama untuk memiliki pesawat AEW&C . Kerajaan juga perlu memastikan tiada lagi istilah masalah 'logistical nightmare' mendapatkan servis dan bahan gantian bagi pesawat-pesawat yang dibeli .

Selain itu , proses melatih dan menghantar juruterbang baharu berlatih tentunya memakan masa bertahun . Atau , TLDM boleh meminjam sebentar khidmat juruterbang-juruterbang TUDM . Isu penempatan pesawat ASW ini juga dibangkitkan .

Sama ada dibina landasan baharu untuk pesawat-pesawat ASW ini berkampung , berlepas dan mendarat atau menggunakan khidmat pangkalan udara TUDM berdekatan seperti di Kuantan dan sebagainya . Hal ini semuanya melibatkan kos . Maklumlah , tiada yang percuma di dunia ni . Masuk tandas pun bayar 30 sen .

Sebagai langkah strategik juga , atas dasar mempermudahkan urusan misi ,menjimatkan kos operasi dan logistik juga , pesawat ASW ini mampu menggalas pelbagai tugas dalam satu . Pesawat ASW mempunyai ruang kargo dan penumpang (trooper) yang lebih luas berbanding pesawat AEW&C , betujuan memberi keselesaan kepada kru yang memantau keadaan maritim di bawah .



Malaysia 'mungkin' akan menerima sehingga 2-4 buah pesawat ASW . 4 buah merupakan bilangan yang ideal sebenarnya memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara maritim dan perlukan pengawasan berpanjangan dari udara .

Pengawasan dari permukaan oleh aset-aset seperti frigat memakan masa dan kos , malah kelajuan aset ini amat perlahan untuk dikejarkan ke sesebuah lokasi . In sha Allah , kita doakan segala perancangan pihak kerajaan tepat dan memberi kebaikan kepada banyak pihak .

Segelintir rakyat Malaysia kini mula bosan dengan keamanan yang dikecapi agaknya dengan menimbulkan pelbagai provokasi dan rasa tidak puas hati terhadap barisan kepimpinan kini . Ingat , keamanan negara kita amat-amatlah dicemburui negara luar !

Terdapat rakyat Palestin yang lari ke Malaysia keranan mereka percaya keamanan yang dimiliki Malaysia mampu dikekalkan selain mempunyai pemimpin yang baik dan adil . ( Bukan saya cakap , namun saudara Islam kita sendiri yang berasal dari Palestin )

Indonesia meskipun mempunyai bilangan umat Islam yang ramai namun keadaan dalam negara ini tidak pernah stabil dalam tempoh masa yang lama dan jaminan keselamatan serta layanan terhadap pelarian seperti mereka diragui .


Kita harus yakin segala keputusan pembelian , aset-aset yang dibeli oleh negara merupakan yang terbaik dalam kelasnya dan belajar untuk mencintai negara Malaysia . Wallahu'alam .

Bangsa yang melupai sejarah mereka pasti akan mengulanginya - George Santayana . 

Keamanan yang selama ini kita capai dan perjuangkan mampu lebur dengan sekelip mata jika tersilap langkah . Berhati-hatilah ! Sekian , Assalammu'alaikum w.b.t. ^_^





10 comments:

  1. missile pelbagai guna....permukaan udara,permukaan ke bawah permukaan,bawah permukaan ke udara dan ke permukaan....ada???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi beri maklum balas ,
      Rasanya belum ada peluru berpandu sedemikian . Mungkin ada namun masih dalam pembangunan . Yang saya tahu 2-dalam-1 hanya permukaan ke udara dan permukaan . Cuba check Wikipedia

      Untuk sesebuah pesawat ASW , sudah memadai dilengkapi persenjataan seperti torpedo (udara ke bawah permukaan) dan peluru berpandu anti-kapal (udara ke permukaan) . Bergantung pada konfigurasi yang memenuhi keperluan ATM .

      Wallahu'alam ^_^

      Delete
  2. Saya kurang kefahaman tentang dunia navy. Namun daripada pembacaan saya, TLDM masih agak ketinggalan dari segi pemilikan aset. Dengan perairan negara yang amat luas, pemerolehan aset-aset strategik seperti NGPV dan LCS perlu digandakan demi menjamin kesiagaan dan keampuhan TLDM menghadapi apa-apa situasi luar jangka.

    Keperluan untuk memiliki LCS adalah penting kerana sebagai wira di samudera, TLDM perlu berupaya menangkis ancaman 4 dimensi - darat, laut, udara dan kapal selam.

    Pembelian frigat dari Brunai juga mungkin opsyen terbaik yang boleh diambil bagi meningkatkan kuasa pemusnah TLDM sementara menunggu pentauliahan lebih banyak LCS yang pasti mengambil masa.

    Semoga pemerolehan 27 NGPV/LCS yang dirancang akan termakbul dan lancar. Mungkin sementara itu, frigat yang ditawarkan oleh Brunai juga boleh diperolehi.

    Apapun tetap bergantung pada bajet.

    Tak mustahil bila TLDM sudah cukup hebat, negara jiran akan beli pula LCS setaraf kelas Arleigh Burke!

    Weapon race ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara, saya tidak rasa tldm ada membuat pembelian frigat dari brunei. adakah saudara mksudkan nakhoda ragam class? klu bgitu , negara seberang yg brminat.

      Delete
  3. mungkin cn235/cn295 asw buatan indon pilihan terbaik.....cn235asw milik turkipon buatan indon,sampai saat ni antara tercanggih yang pernah dibuat....tapi harga sangatlah mahal,,,,sebanding la dengan kemampuan tu....cn235 asw turki sampai saat ini antara tercanggih didunia,

    ReplyDelete
  4. Sy kurang fhm dlm bidang navy ni
    Sy nk tnye. Kenapa kru navy dan kebanyakan negara pkai sarung kepala dan glove??
    Adakah itu prosedur atau ade sbb tersirat? ??

    ReplyDelete
  5. fire retardant .....

    ReplyDelete
  6. Sy ada dpt sumber dri tldm.... yg menyatakan mlysia tngh membida 3 kapal selam dri turki...?

    ReplyDelete
  7. Sy ada dpt sumber dri tldm.... yg menyatakan mlysia tngh membida 3 kapal selam dri turki...?

    ReplyDelete