Sunday 16 December 2012

MEMAHAMI KEPERLUAN MRCA MENGGANTIKAN MIG-29N FULCRUM MENJELANG 2015 (EKSKLUSIF W.O.M.M.S.)

Calon paling hangat menggantikan MIG-29N 
  KEPERLUAN MRCA BAHARU  
Menjelang tahun 2015,barisan pesawat MIG-29N Fulcrum akan dipencenkan . Ini bermakna ,kurang 3 tahun dari sekarang ,negara sekurang-kurangnya perlu menerima batch pertama pesawat MRCA baharu menggantikan khidmat MIG .

Sehingga sekarang , pembelian masih belum dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu . Itu belum lagi termasuk tempoh menyiapkan kapal yang saya kira memakan masa sehingga 3 tahun dan ke atas .




Hal ini yang saya cuba tekankan , keperluan untuk memiliki pesawat baharu menggantikan khidmat MIG . ( Takkan nak biar angin yang isi kekosongan MIG-29N di udara nanti )

Calon lain yang disebut-sebut

Namun , menurut info yang saya dapat , tidak akan ada pengumuman pembelian pada LIMA 2013 mahupun selepas itu . Namun , rakyat Malaysia akan mula nampak sendiri pembayang calon mana yang akan terpilih nanti menjelang pertengahan 2013 .

Calon yang disebut-sebut ialah Eurofighter Typhoon , Dassault Rafale , F/A-18E/F Super Hornet , Gripen dan F-16 Block 52+ . Segala pembelian bergantung pada kestabilan struktur kewangan kerajaan .


  FAHAMI PERANAN MRCA BAHARU  

Muncul soalan dari orang awam , kenapa tidak tambah sahaja SU-30MKM ? Bukankah pesawat ini lebih murah berbanding pesawat - pesawat generasi ke - 4.5 yang ditawarkan ? Jelas ramai yang kurang faham peranan sebenar SU-30MKM berbanding pesawat MIG-29N yang akan dilucutkan tauliahnya tidak lama lagi .

Pesawat sedia ada ini mampu membelah ruang udara
dengan kelajuan sehingga 2.25 Mach untuk memintas
sebarang ancaman udara dengan pantas .

Baiklah , pesawat yang akan digantikan iaitu MIG-29N berperanan sebagai apa sebelum ini ? Anda betul jika menyatakan pesawat MIG berperanan sebagai pesawat pemintas utama di ruang udara Malaysia .

SU-30MKM merupakan pesawat pelbagai peranan tercanggih milik negara yang diberikan posisi sebagai pesawat 'air superiority' . Peranan ini turut digalas pesawat lain yang sekelas dengannya , misalnya F-15E Strike Eagle .

9 buah Sukhoi SU-30MKM

Maka , sudah terang lagi bersuluh pesawat MRCA baharu nanti akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan pesawat MIG sebagai pesawat pemintas . Eurofighter antara calon paling menyerlah kerana keupayaannya terbang dengan kelajuan supercruise dan sememangnya ideal untuk sebuah pesawat pemintas .

SU-30MKM memang bagus , malah ramai yang belum mengetahui potensi sebenar MKM dalam situasi kombat air-to-air dan air-to-ground . Baiklah , saya cuba 'test' anda .

Tahukah anda Malaysia mempunyai stok peluru berpandu 'land attack' jarak jauh jenis Kh-59ME ? Peluru berpandu strategik ini khusus untuk memusnahkan sasaran permukaan darat sejauh lebih 115 km . Puluhan peluru berpandu jarak jauh lain turut dimiliki Malaysia .


  MRCA HANYA AYAT UNTUK MENERANGKAN KEPADA UMUM  

Istilah MRCA hanya ayat atau bahasa mudah yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menerangkan kepada orang ramai kemampuan pesawat baharu nanti . MIG-29 dan BAE Hawk juga boleh dianggap MRCA tetapi keupayaan MIG dalam serangan darat terbatas dan keupayaan BAE Hawk dalam pertempuran air-to-air juga terbatas .

Namun , yang sebenarnya pesawat baharu yang akan menggantukan MIG-29N itu nanti akan menggalas peranan yang lebih spesifik oleh kerana fungsi yang benar-benar mengisi keperluan TUDM .


Satu-satunya pesawat pemintas negara

Cuba anda ingat semula apa peranan MIG-29N ? Jadi pesawat yang akan diterima nanti untuk menggantikan MIG atau pesawat lain seperti F/A-18D Hornet dan BAE Hawk ?

Maka jika negara membuat pembelian 18 buah lagi MRCA baharu , jumlah keseluruhan kita akan mempunyai sehingga 36 MRCA dan 8 buah pesawat 'maritime strike' . Tapi untuk peranan memintas , pesawat mana nak isi ?



Sama juga keadaannya semasa negara memberi Sukhoi SU-30MKM . Pada waktu itu , negara amat memerlukan MRCA dan memandangkan ianya keperluan utama menangani ancaman udara yang kian meningkat . Kali ini pula keperluan untuk ganti MIG-29N .


  PELBAGAI TAWARAN MENARIK DARI BAE UNTUK TYPHOON  

Firma BAE ini saya lihat tidak putus-putus menawarkan pelbagai pakej menarik menerusi perbincangan bersama kerajaan Malaysia dengan harapan mereka dapat menjual Eurofighter Typhoon kepada Malaysia dalam tender next-MRCA menggantikan pesawat MIG-29N .

Dan yang saya lebih pasti , kerajaan Malaysia turut berminat dengan pakej yang ditawarkan kerana memberi faedah kepada banyak pihak termasuk rakyat .

Antara yang mendapat kelebihan ialah dari kalangan anak tempatan sendiri :


Malaysian students who are sponsored by BAE Systems to study
under the Chevening Scholarship programme, arrived in the UK
recently. 

Berurusniaga dengan negara blok Eropah juga lebih telus dan memuaskan hati pengguna . Sehingga kini  , TUDM ditawarkan peluru berpandu Iris-T , RBS-15 dan radar AESA tercanggih yang telah lama diselidik dan baru sahaja dibangunkan ESCAN .

Peluru berpandu Beyond-Visual Range jenis MBDA Meteor juga sudah 'cleared' , tiada sekatan untuk pembelian dilakukan .

MALAH , TUDM turut ditawarkan senjata-senjata baharu berteknologi tinggi seperti Brimstone , Storm Shadow , Taurus KEPD 350 yang akan menggandakan lagi taring Typhoon ! ( Kalau dengan US , jangan harap dapat pakej senjata tercanggih . )


EADS Taurus ,   peluru berpandu cruise dengan jarak
operasi sehingga 500 km turut ditawarkan BAE System


Eurofighter dilengkapi 13 X hardpoints berbanding
12 X hardpoints pada pesawat Sukhoi SU-30MKM

Banyak lagi sistem serupa yang akan diselaraskan pada Typhoon ( jika jadi beli ) yang membolehkan asas Next - Generation MRCA 'dikuatkuasakan' dan digunapakai .

Sistem persenjataan yang akan digunapakai nanti juga perlulah dalam versi yang lebih 'advanced' dan fresh mengikut peredaran masa . Dalam erti kata yang lebih mudah , 'one step ahead' atau maju lebih satu langkah ke hadapan .


Mampukah keberkesaan Exocet bertahan
sehingga tahun 2020 dan seterusnya ?? 

Sistem persenjataan sedia ada seperti AIM-120 Amraam , Mica , JDAM , Paveway , Exocet , Harpoon mungkin boleh dibanggakan kerana kehebatannya . Keberkesanan dan kehebatan senjata ini mungkin dilihat dan bertahan sehingga 2020 sahaja . Namun , selepas itu ???

BAE System turut menawarkan untuk membuka kilang membuat peralatan dan komponen pesawat di Malaysia . Hal ini sangat menuntungkan negara malah rakyat . Peluang pekerjaan semakin bertambah dengan adanya kilang seumpama ini .




Kilang membuat komponen pesawat tentunya memberi
peluang pekerjaan kepada anak tempatan ,  di  samping
memberi kemahiran yang boleh diserap ke dalam industri
pertahanan tempatan - Gambar Hiasan

  BAE SYSTEM MENJANJIKAN KOS TERBAIK DAN TELUS  

BAE System yang tidak pernah kenal erti penat melobi terus untuk mendapatkan tender next-MRCA juga ada membuka pejabat rasmi sendiri yang bertapak di Kuala Lumpur . Anda tahu apa maksudnya ?

Hal ini yang saya tekankan , 'business' mereka cuba dijalankan dengan telus dan tanpa unsur rasuah dan sebagainya . Mereka menguruskan segala urusan melalui pegawai khas yang dilantik , bukan ejen atau pelobi yang statusnya diragui . Mereka berhubung terus dengan pemerintah tertinggi tentera , Kementah dan kerajaan Malaysia .

Menurut sumber yang dipercayai , ejen,kroni atau pelobi sebenarnya adalah 'hidden cost' atau pihak yang menaikkan kos sesuatu perolehan secara senyap atas kepentingan sendiri . Erti kata lebih mudah , terdapat pihak tertentu sama ada kroni atau pihak lain yang membuat duit atas angin .


  CUBA UNTUK TIDAK PERTIKAI HARGA  

Saya pernah cakap dalam post sebelum ini , kita seharusnya cuba untuk mencintai negara dan yakin bahawa setiap pembelian dan aset-aset tentera yang dibeli terbaik dalam kelasnya . Pemimpin dan perancang pertahanan negara bukanlah dari golongan yang cetek IQ dan akal , mereka dari golongan berpendidikan , In sha Allah .

Jika kerajaan membuat keputusan untuk memilih Typhoon pun , apa faedah nak bangkang kerana faktor kos dan maintenance yang tinggi ?

Mungkin dengan harga yang sedikit mahal , Malaysia dapat mengoperasikan Eurofighter Typhoon yang merupakan versi lebih baik dan bertaring berbanding versi negara lain . ( Situasi ini sama ketika Malaysia bersetuju menaiktaraf SU-30MKM sehingga 'spec'nya setaraf dengan MKI India )


SINGAPURA bakal menerima pesawat F-35 tidak
lama lagi , apakah tindakan Malaysia seterusnya ?

Di dunia ini tiada barang yang baik , berkualiti tinggi , tahan lama dan sebagainya dijual dengan harga yang murah . Saya ambil contoh , dahulu Malaysia membeli frigat kelas Lekiu dari UK , pun ada pihak yang mempertikaikan soal harga mahal dan sebagainya .

Namun , cuba lihat sehingga kini , 'harga yang mahal' itulah yang menyelamatkan aset kita untuk terus berada dalam perkhidmatan dalam tempoh lebih lama . Misalnya KD Lekiu dan KD Jebat mampu memberi perkhidmatan yang amat cemerlang sehingga ke hari ini selain sistem radar dan persenjataan yang kita lihat sehingga ke hari ini masih bertaring dan relevan .





  DASSAULT RAFALE TIDAK KURANG HEBATNYA  

Bagi peminat Rafale , jangan berkecil hati . Keputusan muktamad untuk tender next-MRCA belum dibuat kerajaan . Penulis juga tidak banyak info mengenai tawaran firma Dassault kepada kerajaan Malaysia . Wallahu'alam


Khas buat peminat RAFALE , hasil suntingan salah seorang rakan kita 


  KEKANGAN JIKA MEMBELI BARANGAN U.S.  

Di sini tidaklah saya nyatakan bahawa Super Hornet itu tidak bagus , namun dalam pembelian berbillion ringgit kita perlu berhati-hati dari segala aspek dan sudut . Kita juga tidak ingin bergelar pengguna yang rugi .


Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah kawalan U.S. yang terlampau ketat . Masalah pembelian pesawat sudah selesai , namun taringnya ( missile dan radar ) yang masih tidak berkesudahan .

Selagi kongres Amerika Syarikat tidak luluskan sebarang senjata dijual ke pihak luar terutama yang bukan sekutunya , tunggulah sehingga berjanggut . Jika diluluskan pun , mereka akan beri kita senjata yang teknologinya setapak ke belakang berbanding senjata yang dibekalkan kepada sekutunya , misalnya Singapura ?!

Tidak akan lengkap sesebuah pesawat tanpa taringnya sehingga pesawat yang dibeli layak dipanggil tugu kerana tidak dapat dioperasikan sehingga ke tahap paling optimum .

Sistem perniagaan melibatkan senjata di Eropah tidak begitu menyusahkan seperti di Barat . Erti kata sebenarnya , firma pengeluar senjata hanya nakkan duit . Ada duit , boleh angkut senjata terbaru dan tercanggih . Namun tidak semua . Wallahu'alam .

  SETAPAK UNTUK MENGOPERASIKAN PESAWAT AEW&C  

Kesimpulan mudah dengan perolehan tambahan 18 buah MRCA , Malaysia sebenarnya melangkah setapak ke hadapan untuk mengoperasikan pesawat AEW&C . Aset yang dikira amat mahal dengan sistem radar dan penderia tercanggih adalah perlu untuk dikawal dan dikelilingi di udara .




Siapa yang mahu pesawat mahupun nadi bergerak di udara jatuh dihentam peluru berpandu . Pasti ada pengawalnya . Wallahu'alam .

39 comments:

  1. Saya suka entry ini :) Keep it up my friend !

    ReplyDelete
  2. Syukran my best-friend ,
    Siti Nafisah . ^_^

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada penulis. Satu lagi entri perangsang minda yang diolah dengan ayat yang biasa untuk difaham oleh lapisan rakyat jelata.

    Dasar luar AS sememangnya berat sebelah dan hanya menguntungkan sekutunya. Saya puji ATM kerana memecah tradisi membeli MiG29-N dan Su-30MKM dari Rusia - sesuatu yang memeranjatkan penganalisis pertahanan dan lantas AS menawarkan Hornet kepada TUDM.

    Indonesia juga belajar daripada embargo yang dikenakan AS menyebabkan F-16 mereka tidak dapat dioperasikan dalam tempoh yang agak lama. Dan mereka juga beriltizam untuk menerokai industri aeroangkasa dengan bekerjasama dalam pembinaan pesawat pejuang dengan Korea Selatan.

    Apa pun, sama ada Rafale atau Typhoon, (saya jangkakan hanya 2 ini saja calon yg menarik minat TUDM berdasarkan analisis majalah2 pertahanan), dan walaupun saya lebih sukakan Rafale, namun setakat ini BAe telah banyak menawarkan faedah jangka panjang kepada Malaysia.

    Namun begitu Dassault juga telah mengadakan usahasama dengan UITM sebagai satu faedah jangka panjang dalam usaha memenangi kontrak.

    Dari segi kos, perolehan aset pertahanan berteknologi tinggi sememangnya mahal. Katakanlah ATM membelanjakan RM10 bilion untuk perolehan 18 buah Typhoon, pandanglah ke hadapan, sekiranya Typhoon beroperasi selama 20 tahun, maka sebenarnya kos perolehan itu secara puratanya ialah RM500j sahaja setahun!

    Tak perlu bising2.

    Jika kekangan kewangan begitu mengikat, mungkin kita perlu peroleh separuh sahaja dulu daripada perancangan sedia ada. Apa pun kita tak boleh lambat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih pengunjung setia W.O.M.M.S. , Sudd ^_^
    Benar kata saudara . Sama-sama kita tunggu pesawat mana yang akan melabuhkan kepaknya di Malaysia .

    ReplyDelete
  5. logik kapal lekiu nk guna kt jet pejuang agak krg sesuai....kalau tgk HAWK yg kita pakai byk masalahnya...area tahun 90an byk KES ttg HAWK ni muncul...sampai dh jadi rahsia umum....SUPER HORNET dijangkakan akan jd pilihan TUDM...sbb? kita dh pakai dn MEMANG amat berbaloi sama ada dr segi pengoperasian dll...ttg sistem persenjataan tu....kena kaji dasar US skrg berbanding era 90an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hawk ada masalah? Bukan jet lain k yg datang sebelum tu (x ingat namanya, tp d beli dlm kuantiti yg banyak)?

      Delete
    2. A4 Skyhawk nama dia

      Delete
  6. rasanya saudara tidak prlu letak simbol2 sperti " ^_^ " .

    anyway. nice blog.

    ReplyDelete
  7. USA selalu bersyarat, EU setali tiga uang. Hanya dengan produk Rusia negara macam Malaysia dan Indonesia bisa mendapat senjata yang berimbang dengan Singapore/Australia. I'm thinking Su-35
    Indonesia dapat hibah F16 block 25 yg bakal diupgrade jadi 52+, katanya ditawarin juga dengan arsenal persenjataan yang setara dengan negara sekutu USA yg lain, mungkin itu hikmah munculnya kekuatan China di kawasan :) Malaysia claimant di LCS sementara Indonesia tidak, jika Indonesia terlalu pro China pengaruh US di kawasan akan sangat sulit
    Dan dengan perkembangan AESA pada fighter class 4++ atau 5, membuat pesawat AEW&C tidak lagi diperlukan.

    ReplyDelete
  8. haku rasa perolehan mrca tak lah semegah apapon...pertama badget msia ni ciput....jadi typhhon kena delete....super hornet macam takut tak dapat source code.....pilihan tinggal gripen/rafale....siapa cakap kita ni dapat buat pesawat pejuang?ada asas industri pesawat ka kita ni?kena tipu industri kokesen pon hangguk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon rasa perolehan mrca tak lah semegah apapon...pertama badget anon ni ciput....jadi typhhon kena delete oleh Anon....super hornet macam takut tak dapat source code....pilihan tinggal gripen/rafale....siapa cakap Anon ni dapat buat pesawat pejuang?ada asas industri pesawat ka kita ni?kena tipu industri kokesen(perkataan bodoh apa ni) pon hangguk2 macam Anon diatas.

      -Sekian Anonymous Bebal 1 April 2013 11:51
      -maaf ya,bahasa melayu saya teruk sebab lari dari sekolah.

      Delete
  9. sudah sampai masanya malaysia berusaha membina dan memajukan pesawat khususnya pesawat pejuangnya sendiri.bunyinya mungkin kedengaran bodoh tetapi tidak mustahil,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.alah bisa tegal biasa..malaysia boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat negara seperti Amerika Syarikat dan Israel nak duduk diam ke bila negara Islam mula membangungkan jet pejuang (teknologi tercanggih)? Turkish yang proooo Barat pun masih tak terdaya nak membina, inikan pula Malaysia yang tak ke Barat tak pula ke Timur. Iran nak bangungkan pun macam-macam dugaan dan hasilnya, jadilah jet pejuang yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan US punya jet fighter. Lagipun, kita perlu ada vandor, pasaran, kemahiran, kos yang mencukupi. Tak perlu sampai ke jet, sekadar senjatapi memadai untuk permulaan.

      Delete
  10. Salam bro...kenapa Malaysia tak nak cuba beli sukhoi Su-35?Dengar cerita SU-35 ni tiada tandingannya kecuali F-22.Betulkan kalau saya salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukhoi ditolak awal2 sbb kos maintenance sukhoi seblm ni pun tinggi dan sukar

      Delete
    2. Buat masa sekarang, Malaysia lebih berminat untuk mendapat produksi dari Eropah/Barat. Maka, lupakanlah Sukhoi dan Mig buat masa sekarang....

      Delete
  11. Kalau boleh saya cadangkan Malaysia membeli attack helicopter macam Apache Singapura.Heli Agusta A129 Mangusta adalah salah satu pilihan yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Attack heli memang terdesak terutama selepas insiden Lahad Datu. Tak tahu pemikiran Hishammuddin macam mana?

      Delete
  12. Selain Agusta dan Magusta, Pilihan lain seperti KA50 Black Shark dan KA 52 Alligator Russian juga merupakan pilihan yang baik, walaupun doktrin perang Malaysia yg tidak sesuai dengan penggunaan Helikopter Tempur seperti diatas kerana keadaan bentuk muka bumi yang berhutan tebal namun perlu diingat ancaman juga boleh bermula di kawasan bandar.

    ReplyDelete
  13. Saya tertarik bila LIMA 2013 tidak kelihatan pesawat tercanggih didunia..! F22 Raptor milik US dan PAK Fa T50 milik Russia..blog2 kita juga banyak menceritakan selain dari 2 pesawat misteri ini...harap2 ada kejutan untuk penggumuman dari 2 jenis pesawat ini untuk MRCA kita yang baru..

    ReplyDelete
  14. penerangan yang baik,namun terlalu bias kepada thyphoon. ya daripada media diberitakan kita akan dibekalkan oleh radar aesa termoden namun reality pihak pengeluar pasti tidak akan membekalkan system termoden kepada pembeli. Alasannya..nnt lawan tokey. Apapun keputusan ini tidak boleh dilihat kepada senjata terhebat sahaja ianya melibatkan keperluan semasa, kos penyelanggaraan serta taktik dan doktrin peperangan yang akan digunapakai. Perlu diingatkan system kombat pada kelas lekiu adalah berasaskan system thales (perancis) begitu juga dengan kapal selam yang dibeli dari Negara pengeluar sama. Mungkinkan keperluan integrasi system akan menjadi keutamaan? wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Anonymous......"".. ! saya sudah lihat kelebihan Su37 ialah teknik Cobranya sungguh hebat! untuk peperangan Dogfight tentu si Raptor itu akan pening kepala di buatnya!..kelajuan serta misi jarak jauhnya melebihi pesawat buatan US itu! .. ada perkara mustahil tetapi boleh jadi ia perkara yang benar..yang saya tahu Malaysia mementingkan pesawat yg hebat dan teknologinya dapat dipindah sekali ,..saya ada lihat blog2 lain dari laman Singapore mereka sudah tahu kita akan mengambil 6 buah PakFa T50 tetapi hanya 6 buah sahaja sebagai percubaan , pihak Russia juga ada menawarkan pakej 10 buah Su37 Terminator untuk Malaysia bagi mengimbangi F22 Raptor singapura. yang bakal tiba pada 2015. selebihnya mungkin Super Hornet untuk memperkuatkan Skuadron TUDM dimana konflik di Pulau Spartly dan pengganas Sulu di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panglima..... dana tak de, macam mana nak beli.....

      Saya lebih suka kalau TUDM hanya menumpukan kepada 3 jenis pesawat utk 5 squadron:-

      1 squadron LIFT (Mcm YAK 130);

      2 squadron air superiority (Prefrebly PakFa T-50, definitely not Typhoon sebab older tech dan tak stealth)

      2 squadron multi/omni role with naval strike capability preferably Rafale. Super Hornet tak payah la terlalu banyak kekangan persenjataan dari US. Jiran Singapura akan diberi kelebihan dari segi persenjataan.

      Lagi satu F22 has not been approved for export. So forget about singapore getting it. Kalau negera pertama yang akan dapat pun ialah Jepun.

      Delete
  16. Anonymous..! semua jet bagus tetapi untuk mempertahankan negara terutama kawasan konflik tuntutan bertidih di pulau Spartly memerlukan angkatan bersenjata barisan hadapan yg mantap ..bukan olok2 , gurauan , fantasi atau akademi nyanyian ..ini ialah reality dimana kawasan konflik itu negara mereka mempunyai persenjataan yg kuat..jadi kita kena siap siaga sekurang2nya bertahan dan jika perlu menyerang ..maka tidak boleh la guna pesawat 1 enjin macam yak 130 tu..dan rafale tu masih banyak kelemahan terutama missle jarak jauh atau serangan pelbagai sudut berbanding Su37 yg boleh mensasarkan sekurang2nya 4 tembakan tepat dan teknik pergerakanya boleh mengelak perluru perpandu sekaligus memusnahkanya dan membuatkan jet musuh sering terkeliru.. atau amaran perluru perpandu dari 20 sasaran yg di plot di dalam Radar..tetapi Pak Fa itu adalah pilihan "RAHSIA " yg paling tepat di mana beribu perkatan di atas ini dan bertahun2 cerita sensasi mengenai MRCA kita hanyalah untuk mengimbangi F35 yang bakal di terima oleh jiran kita tu..kita juga harus faham mengapa kita sudah pun menggunakan 18D Hornet dan konflik di Pulau Spartly itu ada melibatkan kuasa seteru US iaitu China! mengenai tiada dana itu saya rasa tak masuk akal kerana negara Singapore yg kecil tu puin boleh mengagihkan perbelanjaan pesawatnya hingga 4% dari keluaran KDNK negara mereka! lagi pun Tun Mahathir dah kata kita mampu membeli pesawat selepas tamatnya konflik Lahad Datu dimana Syarikat gergasi Malaysia seperti Petronas dan Sime Darby juga mencatatkan keuntungan yg besar , kita boleh bina litar Sepang, KLCC,jambatan Pulau Pinang,Puityraja dan lain2 projek Mega mengapa pula susah bila nak beli 5 atau 6 Skuadron pesawat TUDM untuk menjamin keselamatan negara dimana banyak hasil petrolium di pulau Layang2 itu pun jauh boleh memberi pulangan yg sangat besar kepada negara jika dibandingkan 50 ke 60 pesawat yang bakal diterima untuk meyakinkan rakyat malaysia kita sendiri!

    ReplyDelete
  17. ... congak macam kita berniaga .. modal beli pesawat 30 bilion, ambil hasil Petrolium di pulau layang2 300Bilion ..apa susah sangat nak fikir??.... ada untung apa? jangan takott........pihak berwajib harus membuat keputusan pantas! ......jika tunggu lama2 ........ pulau layang2 mungkin akan di ambil org.........!!! : P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takut pulau layang2 diambil orang... aku cadangkan malaysia beli typhoon submarine dari russia... kompem submarine yg lain kecut telur puye lah.. sampai pitam atau termuntah2..haha

      Delete
  18. pembetulan:Sukhoi SU30 MKM DGN SU30 MKI setaraf yang membezakannya ialah peralatan avioniknya sebab MKI pakai alatan avionik drpd Israel manakala MKM pakai alatan avionik drpd Thales iaitu syarikat perancis

    ReplyDelete
  19. kenapa beli jet.... beli lah topol-M dari russia , kompem negara2 jiran mcm singapore dan indonesia takut sampai terkencing2 dalam spender atau boxer puye lah.... takpon takut sampai terberak2 dan tercirit2 dalam seluar.... hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. korang emng goblok...tapol-M russia mana lah nak jual....
      klo mau buat lah,,emng malon bs buat ke? kah kah kah...

      Delete
    2. Gune topol-m yg boleh cecah 11 000 km untuk serang negara yg hanya 1 km dr malaysia ??

      Delete
    3. Jangan laa marah.. Sekadar Gurauan je pon .. kita lan serumpun o.O

      Delete
  20. Salam..nakk inform je SU-30MKM dikategorikan sbg heavy mrca..dlm situasi dogfight sukhoi boleh bertindak dgn cemerlang kerana mudah melakukan quick manuever berbanding pesawat barat lain malah pesawat ini lg laju..tetapi tumpuan diberikan pada size dan jumlah payload yg boleh dibawa pesawat ini pada jarak jauh yg sesuai digunakan untuk ground/surface attack terutama dlm serangan maritim di lautan luas Malaysia..tuh pasai depa pakai missile 100km+

    ReplyDelete
  21. Semoga Allah berkati semua keperluan kita di masa hadapan..maju malaysia

    ReplyDelete
  22. indonesia bisa... malaysia yakinb neh bisa//?????

    ReplyDelete
  23. Sumbarine Russian banyak rekod buruk. Lebih baik ambil dari Eropah

    ReplyDelete
  24. situasi peperangan "silent mode" telah bermula, berapa peratuskan persenjataan kita.. yang dibeli dari dunia barat..adakah bersahabat dan bersekutu dengan mereka dapat mengambil hati mereka.. Kini peperangan "silent mode" sangat merbahaya.. Flight.. Takeover... Done.. (Remote Stail Consept) seperti PERISTIWA MALANG baru-baru ini. Kini saya tidak lagi percaya dengan persenjataan barat..tiada yang jujur apabila melibatkan wang.. Saya doakan agar pemimpin kita tidak mengambil kesempatan dengan melantik juruperunding atau counsultant yang sentiasa dahagakan wang sahaja tanpa memikirkan kesan dan akibat buruk.. dikhuatiri negara mendapat bala kerana kualiti barangan semakin kurang apabila komisyen diutamakan konsultan...

    ReplyDelete
  25. bagus, pada pendapat saya selaku amatur, perancangan pembelian teknologi daripada blok eropah dilihat lebih telus kerana mereka menjual secara jelas, tiada niat tersembunyi.
    kita bukanlah singapura, yg cuba dijadikan pangkalan militari sekutu us terbesar di asia tenggara..

    jika dilihat daripada segi harga maintenance yg tinggi merupakan sesuatu yang logik kerana teknologi typhoon berdasarkan spec nya merupakan antara yg terunggul dalam kelas generasi 4.5
    seperkara yang menarik minat, weapon tech yg ditawarkan blok eropah khasnya bae systems adalah setanding dengan apa yg mereka sendiri pakai..ini menunjukkan tiada kesangsian bahawa niat mereka adalah ikhlas dalam perniagaan.

    bukanlah memuji-muji mereka, tetapi faktor tawaran hardware yg jelas serta 'pemindahan teknologi' sememangnya adalah satu perkara yg sangat menguntungkan negara.. in sha allah

    peganglah prinsip, alah membeli, menang memakai..
    -waqersnickerz93

    ReplyDelete
  26. eropah dah sokong wujudnya negara palastin..tq.. jika malaysia beli typhhon adalah sebagai ucap terima kasih pada mereka..

    ReplyDelete
  27. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)


    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

    ReplyDelete