Saturday 17 November 2012

SGPV / LCS KELAS GOWIND MEMPERKASA ARMADA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

"RMN GOWIND CLASS MOVING FORWARD"
"In January 2012, South Africa’s DefenceWeb reported that DCNS and its local submarine & surface ship partner, Boustead Naval Shipyard, had won a contract worth $2.8 billion to supply 6 Gowind family ships to Malaysia, which would have been the type’s 1st paid order."  

Dalam erti kata sebenarnya , Malaysia menjadi pengguna pertama kapal sebuah firma dari Perancis dari kelas Gowind yang bercirikan sebuah LCS halimunan moden  dengan ciri-ciri sebuah FFG (Guided Missile Frigate) . Ikuti analisis W.O.M.M.S. 


 Copyright Preserved ,
W.O.M.M.S. Administration ,
http://www.worldofmalaysiamilitary.blogspot.com ,
15th of November 2012 .


Penantian yang penuh penyiksaan,ungkapan paling sesuai menggambarkan perasaan rakyat Malaysia khususnya menanti Second Generation Patrol Vessel (SGPV) untuk ditauliahkan. Setelah LIMA 2011 melabuhkan tirainya, hebah di media mengenai persetujuan yang telah dicapai antara pihak Boustead Naval Shipyard (BNS) dan firma DCNS Perancis untuk membekalkan 6 buah kapal kelas Gowind kepada TLDM.

Kekuatan armada Tentera Laut DiRaja Malaysia berada di tahap sederhana dan tidak boleh dibanggakan setelah negara mentauliahkan 2 buah kapal friget kelas Lekiu F2000 dan 6 buah NGPV kelas Kedah menggunakan konsep Meko A-100 yang diperkenalkan firma Blohm+Voss pada lewat tahun 1970-an .

Berikutan dengan kapal-kapal ronda yang telah usang dan diberikan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,nyata Tentera Laut DiRaja Malaysia gagal untuk menutup kekangan dari segi jumlah aset permukaan yang diperlukannya .

Justeru,TLDM memerlukan 27 buah kapal peronda bagi menggantikan kapal-kapal peronda yang telah diserahkan kepada pihak APMM. Keadaan bertambah rumit apabila perancangan jangka panjang program NGPV kelas Kedah tidak mencapai tahap sepertimana yang sepatutnya akibat kelemahan pengurusan program NGPV tersebut .

Mengikut kontrak asal yang telah dipersetujui,BNS akan membina sejumlah 27 buah kapal ronda untuk tempoh 10 tahun untuk TLDM bermula tahun 2000.Hal ini turut membawa makna,TLDM sepatutnya telah  pun memiliki 27 buah kapal ronda moden menjelang akhir tahun 2011. Malang sekali pada akhir tahun 2012 hanya memperlihatkan 6 buah kapal sahaja mampu beroperasi. Pelan pentauliahan platform dalam jangka masa panjang yang telah dirancang gagal dipenuhi .

New Generation Patrol Vessel (NGPV) kelas Kedah (MekoA-100)

KD Kelantan based on Meko A-100 PV concept

NGPV kelas Kedah yang dibangunkan BNS menggunakan konsep FFNW (Fit For But Not With).Platform ini boleh dipasangkan dengan sistem peluru berpandu dan torpedo,tetapi ia tidak dipasangkan atas kehendak pembeli dan ancaman semasa . 

Jika terjadi situasi kritikal platform TLDM terpaksa berhadapan dengan kapal perang musuh yang handal dan moden,sistem persenjataan peluru berpandu boleh dipasangkan pada NGPV dengan pantas dan kos yang rendah .

Jika kita melihat kepada trend maritim sekarang ini,wujud perebutan pulau-pulau strategik yang kaya dengan hasil bumi terutama di wilayah laut SPRATLY. 

Kemungkinan bakal tercetusnya pergeseran sengit bagi merebut kekayaan di lautan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE),NGPV berada di landasan yang betul cuma perlu dilengkapkan dengan senjata yang lebih canggih dan berkeupayaan pada masa akan datang .

Jika tidak,apabila NGPV TLDM beroperasi dalam situasi tegang seperti itu,ia diumpamakan seperti seekor jerung yang tiada taringnya (berkemampuan untuk membunuh tetapi tiada senjatanya) .

Peranan NGPV jika dihantar melindungi kepentingan Malaysia di wilayah Spratly juga akan disokong pesawat pejuang dari jenis Hawk Mk.108/208 dan MIG-29N Fulcrum yang bertindak menyelia perairan Zon Ekonomi Eksklusif EEZ negara .


Pesawat BAE Hawk Mk. 108 (kiri) dan MIG-29N Fulcrum bertanggungjawab
dan berperanan memantau perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara . 


Sistem arahan, kawalan dan radar pada platform NGPV kelas Kedah boleh dianggap canggih, namun program ini hanya mengoptimumkan keupayaan kapal tempur kapal tersebut di kawasan perairan persisiran pantai dan bukan di laut dalam .

Malah, NGPV juga dipercayai mempunyai kemampuan 'semi-stealth' apabila serombong asapnya diletakkan di bahagian tepi kapal,mengelakkan radar dan 'heat seeking device' daripada mengesan kehadirannya di samping mempunyai reka bentuk modular . 

NGPV ini bertindak mengawal pencerobohan kapal-kapal penangkapan ikan berskala besar atau kapal permukaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan .

Buktinya, NGPV kelas Kedah hanya memiliki senjata utama Oto Melara 76mm SuperRapid yang berkemampuan membedil sasaran permukaan laut dan darat (berdekatan pantai) dengan jarak capaian maksimum amunisi kurang dari 30km, bersesuaian dengan peranannya sebagai kapal persisir pantai dibantu meriam ringan Oto Melara 30mm .

Namun, NGPV boleh dikerah menjadi kapal perang moden sekiranya dilengkapkan dengan sistem persenjataan peluru berpandu permukaan ke permukaan,permukaan ke udara dan bawah laut jika situasi mendesak,seperti pergeseran tuntutan pulau bertindih yang dijangka bakal tercetus ?

Armada TLDM pastinya lebih kukuh dan digeruni jika aset permukaan asal di barisan hadapan yang terdiri daripada friget kelas Lekiu (Yarrow F2000),korvet kelas Laksamana dan Scorpene SSK kelas pemusnah disertai bersama NGPV kelas Kedah yang lengkap dengan sistem peluru berpandu .






"ARMADA TLDM (RMN) BERSAMA USN"



Peningkatan Keupayaan Maritim Negara Serantau (Asia T.)


Pada saat TLDM bergelut dengan rancangan pentauliahan 27 buah kapal ronda yang kian merumitkan , negara lain di rantau sendiri sedang mengorak langkah pemodenan angkatan tentera laut masing-masing. Kita tidak tahu di mana silapnya, mudah-mudahan segala rancangan TLDM dan MinDef yang telah diatur berjalan dengan lancar , Insya-Allah .

INDONESIA telah memesan sejumlah 4 buah korvet dari kelas Sigma 9113 dari Belanda. Kapal ini mempunyai spesifikasi panjang 90.7 meter,lebar 13.02 meter dan berat sehingga 1,700 tan. Kapal ini mempunyai sistem persenjataan bagi menangkis ancaman dari segenap dimensi (permukaan, bawah permukaan dan udara) .

Korvet kelas SIGMA 9113 ini dilengkapkan dengan sistem persenjataan terkini seperti Exocet MM40 Block II (peluru berpandu permukaan-ke-permukaan), Mistral Tetral (pertahanan udara aras amat rendah) dan torpedo dari jenis A244S .

Akronim SIGMA bermaksud 'Ship Integrated Geometrical Modularity' yang menggunakan konsep pembinaan modular dan moden hampir sama dengan NGPV kelas Kedah. Kesemua empat buah kapal ditauliahkan sepenuhnya pada tahun 2009 .


KRI Diponegoro / SIGMA 9113 design , Country : Indonesia , Quantity : 4 

SINGAPURA  pula telahpun mentauliahkan 6 buah kapal kelas friget halimunan (stealth) kelas Formidable buatan firma Perancis,DCNS pada awal tahun 2009. Friget sepanjang 114.8 meter ini adalah  yang termaju dioperasikan di rantau Asia Tenggara dengan gelaran 'multi-mission stealth frigate' dan merupakan platform permukaan terkini dioperasikan di dunia dari kelas friget .

Turut memegang gelaran "the most advanced surface combatants in Southeast Asia", friget halimunan seberat 3,200 tan ke atas ini juga dilengkapi sistem persenjataan yang maju dan berkemampuan dari segi jarak operasi yang majoritinya jarak jauh .


Sistem persenjataanya termasuklah peluru berpandu permukaan-ke-permukaan RGM-84C Harpoon (jarak operasi : 117km),peluru berpandu permukaan-ke-udara Aster 15/30 (jarak operasi : 120km),torpedo Eurotorp A244/S Mod. 3 (12.5km) , meriam permukaan Oto Melara Super Rapid 76mm (30km) dan 4 laras CIS 50MG 12.7mm Heavy Machine Gun (2km) bagi setiap kapal .





Formasi 6 buah friget kelas Formidable mewujudkan kekuatan maritim yang tiada
taranya dengan 'battlespace awareness' yang tinggi dan capaian radar surveillance
3D Thales Herakles sehingga 250km ke atas . 

RSS Formidable / Formidable class frigate , Country : Singapore , Quantity : 6

VIETNAM  pula sebelum ini yang dilihat memiliki aset permukaan laut yang agak kuno dan usang mula menampakkan pembaharuan dalam memantapkan armada maritimnya, terutama bagi mengimbangi kekuatan maritim China (merujuk kepada pergeseran tuntutan wilayah bertindih di Spratly) .

Tanggal Ogos 2011,Vietnam telah mentauliahkan dua buah kapal kelas friget Gepard 3.9 buatan Russia.Aset ini merupakan aset termoden Vietnam dan merupakan aset sulung mereka yang memiliki reka bentuk fizkal stealth ditambah pula dengan sistem persenjataan yang mantap .

Diklasifikasikan sebagai frigat ringan dan korvet berat dengan berat 1,920 tan,kapal ini mempunyai keupayaan peperangan pelbagai dimensi untuk membolehkannya mengawal pesisir pantai dengan efektif. 'Hull superstructure' Gepard 3.9 diperbuat daripada keluli dan magnesium-aluminium pada bahagian 'upper superstructure'. 

Friget dengan lebar 13.09 meter dan panjang 102.14 meter ini dilengkapi peluru berpandu permukaan-ke- permukaan jenis Kh-35E (jarak operasi : 130km),peluru berpandu permukaan ke udara 9K33M OSA-M (jarak operasi : 15km), torpedo 533mm dan sebuah meriam utama 76.2mm 59 caliber AK-176 dual-purpose gun .

Pada akhir tahun 2011 juga,Vietnam mempersetujui penjanjian pembelian batch ke-2 berjumlah 2 buah kapal Gepard 3.9 yang dioptimumkan untuk menangkis ancaman kapal selam (ASW version) .




HQ-011 Dinh Tien Hoang/Gepard class frigate , Country : Vietnam , Quantity : 2+2


BRUNEI DARUSSALAM  juga telah memperolehi 2 buah kapal OPV kelas Darussalam pada Januari 2011 dan sebuah lagi pada Mei 2011 yang dibina oleh limbungan Luerssen di Jerman .

OPV sepanjang 81 meter dan lebar 13 meter ini dilengkapi taringnya tersendiri seperti peluru berpandu surface-to-surface dari jenis Exocet MM40 Block II (jarak operasi : 70km+) dan sebuah meriam berkaliber sederhana .

Tujuan perolehan OPV kelas Darussalam ini ialah bagi menggantikan kapal 'fast attack craft' kelas Waspada yang turut dilengkapi peluru berpandu S-to-S- dari jenis Exocet MM38 justeru meletakkan Tentera Laut DiRaja Brunei setara dengan negara-negara jiran serantau . 


Darussalam class Offshore Patrol Vessel,Country : Brunei Darussalam,Quantity : 3


Jika dibandingkan secara keseluruhannya jangka masa perolehan dan pertauliahan kapal-kapal permukaan baru di Asia Tenggara sepanjang sati dekad (2000-2010) dari segi ketumbukan armada laut masing-masing, TLDM boleh dianggap mentuliahkan platform-platform permukaan yang terendah keupayaannya termasuklah keupayaan untuk menangkis ancaman 3 dimensi dan operasi maritim di laut dalam .


Second Generation Patrol Vessel (SGPV) / LCS kelas Gowind

DCNS Gowind class Littoral Combat Ship / LCS (kanan)

Malaysia bakal mencatatkan sejarah sulungnya apabila bakal mengoperasikan Littoral Combat Ship kelas Gowind dengan ciri-ciri stealth sepenuhnya dengan rekaan modular yang lebih jitu dan pembalikan pantulan radar yang amat rendah (radar cross section signature) selain sistem persenjataan yang ampuh dan maju .

Melalui pertemuan tertutup antara Menteri Pertahanan Malaysia,Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan wakil ahli politik dari setiap parti,beliau menyatakan bahawa SGPV yang akan dibina mempunyai spesifikasi sebuah friget .

Kemampuan untuk membuat pemantauan jarak jauh dan melaksanakan peperangan permukaan,bawah permukaan dan juga udara yang bakal diaplikasikan dalam SGPV sama sekali tidak dimiliki oleh kapal-kapal NGPV . Ia bakal dilengkapi sistem penderia dan persenjataan yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan juga TLDM .

Salah seorang dari ahli politik berkenaan mengandaikan bahawa platform SGPV adalah sama dengan LCS (Littoral Combat Ship) yang secara amnya lebih besar dari kapal NGPV yang telah dibina . Spesifikasi LCS dan bukan NGPV juga ditayangkan BNS semasa pameran LIMA 2011 .

Panjang SGPV berkonsepkan Gowind yang akan dibangunkan adalah lebih dari 100 meter (dipercayai 107 meter,panjang di bawah air 100.5 meter,kurang sedikit berbanding LCS milik US dari kelas Freedom) dengan lebar 16 meter (sama seperti lebar Formidable class frigate milik Singapura) .

Isu kos dan peruntukan antara yang paling hangat dibincangkan. Kos keseluruhan RM9 Billion yang diperuntukkan adalah harga siling yang dipersetujui pihak kerajaan. Perbandingan yang dibuat dengan mengambil kira kos NGPV yang bernilai RM5.3 Billion pada tahun 1998 dan mengambil kira kos inflasi / kenaikan 3.5% setiap tahun,ditambah pula dengan sistem elektronik,penderia dan persenjataan terkini, kos keseluruhan SGPV yang dihitung bernilai RM8.37 Billion dan sememangnya berpatutan .

SGPV ini mampu bergerak sehingga kelajuan 28knots/ 58km/jam berpandukan 4 buah Enjil Diesel CODAD yang mendorong dua bilah kipas berkuasa dan 'waterjets' yang diperbaharui. Kapal ini juga mampu bertahan dan beroperasi sehingga 21 hari dan berlayar sehingga 5000 batu nautika (9260 km) .

Malah,pengoperasian Gowind boleh mencapai tahap maksimum 'Sea State 9'. Tahap ini memaksa kapal bertahan dalam keadaan ekstrem walaupun dihentam ombak setinggi 14 meter dan dan dibadai angin ribut berkelajuan 166 km/jam !

Berat kapal ini sahaja mencecah 2,730 tan dan mengangkut krew seramai 106 orang. Dengan berat sebegitu sudah pasti anda dapat membayangkan kecanggihan sistem persenjataan dan teknologi di atas platform Gowind yang akan dibangunkan kelak .

SGPV yang akan dibangunkan nanti mempunyai keupayaan optimum pesisiran pantai yang bertindak sebagai penangkis ancaman kapal selam (ASW) dan mempunyai capaian peluru berpandu pertahanan udara lebih daripada 30km . ( sekurangnya lebih baik dari capaian jarak tembakan Seawolf pada KD Lekiu & KD Jebat sedia ada yang hanya 10km )

Dek Gowind yang lebih lebar nanti boleh mengangkut helikopter yang mempunyai berat sehingga 10,000 kg seperti Fennec,Super Lynx 300 malah EC-725 Super Cougar yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi !



EC-725 Super Cougar akan tiba di Malaysia tidak lama lagi !

TLDM juga dilaporkan memilih sistem kawalan dan pengurusan kapal jenis THALES TACTICOS dan menolak SETIS combat system yang ditawarkan firma DCNS Perancis . 'Key sensors' ini termasuklah :


  • Thales SMART-S Mk2 3D multibeam radar
  • Rheinmetall’s TMEO Mk2 – TMX/EO Electro-optical tracking and fire control system
  • Thales Captas family for hull sonar
  • ASW suite with towed array sonar
Namun,timbul pula persoalan mengenai penggunaan akronim atau istilah LCS oleh MinDef yang bermaksud kapal tempur pesisir pantai bukannya kapal ronda (Patrol Vessel;PV). Isu inilah yang begitu lantang cuba dibangkitkan sesetengah anggota politik atau individu dalam negara . Tiada penjelasan terperinci dari kami pihak W.O.M.M.S.


WEAPONS ARRAY OF GOWIND LITTORAL COMBAT SHIP FOR ROYAL MALAYSIAN NAVY (RMN)

Foto yang dikeluarkan semasa DSA 2012 di Kuala Lumpur yang lepas menunjukkan beberapa jenis persenjataan canggih yang dilengkapkan pada model Gowind di 'booth' Boustead Naval Shipyard. Foto terkini mestilah yang paling sahih kan ?



GOWIND Littoral Combat Ship model at DSA 2012 held in Kuala Lumpur
Model turut menunjukkan pemasangan BAE Bofors 57mm Mk2 (jarak tembakan : 17km)
dan vertical launch cell (VLC) dari jenis DCNS Sylver's family berjumlah 12 cell (saluran)
menempatkan peluru berpandu anti-udara MBDA Mica VL  (jarak maksimum : 80km)
Model turut menyaksikan pemasangan 2 buah pelancar peluru berpandu anti-kapal masing-masing dengan 4 cell  , bermaksud ianya membawa 8 buah Exocet MM40 Block III yang lebih berkemampuan berbanding Block II (jarak maksima:180km)
2 X meriam 30mm dari MSI Defence Systems Limited yang terletak di atas hangar
helikopter. Terdapat juga platform pendaratan helikopter yang boleh menampung
berat helikopter sehingga 10 tan. Ini bermakna ia bukan sahaja boleh mengangkut
Lynx dan Fennex,malah Nuri dan Super Cougar juga boleh diangkut .

Walaubagaimanapun , pemilihan senjata yang akan dilengkapkan pada SGPV belum muktamad . Mari kita menilai serba sedikit (short-briefing) berhubung dengan sistem persenjataan paling sesuai yang memuaskan hati semua pihak .


PELURU BERPANDU PERMUKAAN KE PERMUKAAN

Antara calon-calon yang disebutkan ialah Exocet MM40 Block 3 (jarak operasi : 180km) , Naval Strike Missile NSM (jarak operasi : 185km) dan Harpoon [RGM-84C (124km+) - RGM-84L Block II (278km). Peluru berpandu Teseo Otomat (jarak operasi : 180km+) dikatakan mempunyai saiz yang agak besar dan lebar untuk dilengkapkan di atas platform Gowind .





Pandangan peribadi penulis W.O.M.M.S. sendiri,calon yang paling layak berada di atas platform SGPV ialah MBDA Exocet MM40 Block III. Peluru berpandu Block III berkeupayaan menerima panduan arahan dari GPS membolehkan ia menghentam sasaran darat selain sasaran permukaan laut dengan 'warhead' 155 kg HE blast fragmentation .

Selain jarak capaian senjata ini sehingga 180km, ia juga boleh menstabilkan peluncuran sehingga ke altitud 1-2 meter di atas paras laut sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sistem pertahanan udara sasaran yang telah dikunci . Teknik sea-skimming ini hampir menyifarkan peluang peluru berpandu permukaan-ke-udara seperti Aspide dan Mistral daripada menghalang kemaraan peluru berpandu anti-kapal tersebut .


Block III yang diperbaharui dengan enjin turbojet dan empat saluran udara khas juga membolehkan pengaliran udara berterusan semasa high-G manuever bagi mengelak dihentam peluru berpandu permukaan ke udara jarak jauh .


Dan yang paling utama sekali,Malaysia mempunyai pengalaman mengendalikan sendiri pengoperasian peluru berpandu keluarga Exocet ini dari versi MM38,MM40 Block II sehinggalah ke SM39 (untuk platform kapal selam Scorpene SSK) . Sudah tentu jurutera dan juruteknik tempatan sudah mahir tentang selok belok pengoperasian senjata dari keluarga MBDA Exocet .


Bagi mengoperasikan RGM-84 Harpoon pula,timbul pelbagai keraguan. Antaranya ialah kekangan apabila Malaysia dikenalan embargo oleh kongres U.S. , senjata tersebut tidak boleh digunakan selain kos yang mahal untuk seunit Harpoon sahaja .


Cukuplah dengan pengoperasian AGM-84 Harpoon oleh pesawat pejuang maritim negara,F/A-18D Hornet . Selain itu, pada tahun 1988 pula, serangan Harpoon oleh Tentera Republik Iran pernah digagalkan dengan chaff/flares oleh USS Wainwright .


Peluru berpandu Naval Strike Missile pula dikatakan masih baharu dan belum benar-benar 'battle-proven' . Kemampuan stealth dan teknologi NSM buatan Norway ini sememangnya tidak boleh dinafikan , namun pembelian sesebuah sistem persenjataan harus mengambil kira pelbagai aspek penting . Pendapat anda pula bagaimana ? Luahkan di ruangan komen (anonymous dibenarkan) .



PELURU BERPANDU PERMUKAAN KE UDARA 

Penulis fikir ini adalah antara sistem pertahanan udara yang penting dan perlu untuk dibawa di atas platform berbillion ringgit yang membawa ratusan nyawa anak kapal dan sistem persenjataan yang mahal .

Peluru berpandu surface-to-air missile yang dipilih nanti mestilah mempunyai kemampuan 'anti-aircraft missile' dan 'anti-missile missile' selain mempunyai kemampuan untuk terbang pada altitud yang amat rendah (di bawah 10 meter dari aras laut) untuk menangkis kemaraan peluru berpandu anti-kapal sea-skimming seperti Exocet dan Harpoon .

Antara calon-calon yang disebut-sebut ialah MBDA Mica Vertical Launch (VL) , Aster 15/30 dan RIM-162 Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) .


MBDA Mica
Range : 20 km
Weight : 112 kg
Length : 3.1 meters
Altitude : 10 meters - 11,000 meters
Speed : Mach 4
Maneuverability : 50G at 7km/30G at 12km
Variants : MICA IR (imaging infrared homing)
               MICA EM (active radar homing) 
Launch cell : DCNS Sylver A-35/A-43
                    (1 launcher : 4 cells module )





Korvet yang terlalu kecil untuk memiliki sistem peluru berpandu Aster yang besar dan mahal menjadi pelanggan terbaik VL MBDA Mica. Secara kasarnya MICA mempunyai jarak operasi dua-kali ganda MBDA Seawolf yang mempunyai jarak operasi 7km .



MBDA menggunakan teknik fire-and-forget dan turut dilengkapi sistem thrust vector control (TVC). Dalam sesi latihan di Perancis,MBDA Mica berjaya menghentam sebuah peluru berpandu anti-kapal yang terbang 10 meter atas paras laut sejauh 15km dari sistem pelancaran menegak Mica .

MBDA Mica boleh diintegrasikan dalam dua versi iaitu IR (imaging infrared homing) dan EM (active radar homing) dengan hanya menukar kepalanya sahaja untuk meningkatkan lagi kadar ketepatan menghentam sasaran udara dengan lebih efektif .


Heat seeking homing head (IR) dan active radar homing head (EM) juga direka untuk menangkis 'counter measure' seperti 'chaff' dan 'flares' yang dilepaskan pesawat udara sewaktu diancam yang mengeluarkan haba panas untuk menarik perhatian peluru berpandu ini khususnya Mica IR . 

MBDA Aster 15


Range : 30km (Aster 15) / 120km (Aster 30)
Weight : 310kg (Aster 15) / 450kg (Aster 30)
Length : 4.2m (Aster 15) 4.9m (Aster 30)
Altitude : 5m - 13km - 20km above sea level
Speed : Mach 3 (Aster 15) / Mach 4.5 (Aster 30)
Maneuverability : 60G + 90-degree trajectory 
                           change
Variants : Aster 15 (medium-range AAM)
               Aster 30 (long-range AAM)
Launch cell : DCNS Sylver A-43/A-50
                    (1 launcher : 4 cells module)







MBDA Aster,peluru berpandu berteknologi tinggi dilengkapkan di atas platform-platform kapal di dunia yang hampir kesemuanya friget-friget halimunan moden (berat 2000-4000 tan) seperti friget kelas Formidable  dan FREMM multi-purpose frigate milik Itali malah diberi kepercayaan menjadi tunjang pertahanan udara utama kapal pemusnah British (type 45 destroyer) yang mempunyai berat pemusnah 8000 tan .

Peluru berpandu moden ini bukan sahaja efektif  menangkis kemaraan pesawat pejuang moden malah efektif dalam menangkis kemaraan peluru berpandu anti-kapal supersonik sea-skimming yang terbang dengan altitud terendah kurang daripada 5 meter dari aras laut seperti Exocet,RBS-15 dan Harpoon .

Untuk melengkapkan Aster 30 yang lebih menyengat dan berkemampuan dari segi jarak operasi juga, kelongsong pelancar yang lebih tinggi juga diperlukan disebabkan panjang Aster 30 yang lebih panjang berbanding Aster 15 tetapi mempunyai diameter yang sama. 

Dan saya yakin Gowind class LCS mampu memuatkannya . Pelancar yang dimaksudkan ialah Sylver VLS A-50 berbanding pelancar sebelumnya A-43 yang lebih rendah ketinggiannya untuk Aster 15.




Aplikasi utama pelancar menegak dari jenis Sylver jika dipadankan dengan MBDA Aster bersama,akan menjadi komponen utama PAAMS (principal anti air missile system) naval anti-air warfare system. Menggunakan PAAMS, lebih dari lapan buah peluru berpandu boleh dilancarkan dalam tempoh 10 saat sahaja, amat efektif menangkis ancaman 'anti-ship missile' dalam bilangan berganda .

PAAMS direka untuk membolehkan platform kapal melindungi dirinya sendiri atau konvoi penting yang diiringinya daripada ancaman peluru berpandu dan pesawat tempur moden .

PAAMS juga berupaya menangkis serangan strategik yang diprogramkan untuk serangan low-level altitude and saturation attacks. PAAMS Aster-missiles turut dioptimumkan untuk memintas sea-skimming missile .

Malah, ramai pengenalisis pertahanan juga berpendapat bahawa Aster adalah peluru berpandu permukaan ke udara paling sesuai dilengkapkan pada SGPV. Penulis W.O.M.M.S. juga berpendapat sedemikian. SGPV negara dijangkan akan ditauliahkan pada tahun 2017. Tahun 2017 ? Sekali lagi saya nyatakan ungkapan "penantian penuh penyiksaan" .



Raytheon RIM-162 ESSM 

Range : 50 km
Weight : 282 kg
Length : 3.66 meters
Altitude : - unclassified -
Speed : Mach 4+
Maneuverability : strakes and skid-to-turn
Variants : ESSM Mk-29 missile launcher
               ESSM Mk-41 VLS
               ESSM Mk-48 VLS
               ESSM Mk-57 VLS (DDG-1000 class)
Guidance : Semi-active radar homing
Role :  Surface-to-air and surface-to-surface 
           radar guided missile




RIM-162 Evolved Sea-Sparrow Missile (ESSM) ialah peluru berpandu 'self-defence' yang paling maju dan terkehadapan teknologinya di dunia. ESSM adalah hasil tingkat upaya RIM-7 Sea Sparrow yang digunakan untuk melindungi platform kapal dari sebarang serangan peluru berpandu dan pesawat udara .


ESSM direka khas untuk menangkis peluru berpandu anti-kapal berkelajuan supersonik dan pesawat udara dengan kadar pembinasaan jauh lebih efektif . 

The missile provides reliable ship self-defense capability against agile, high-speed, low-altitude anti-ship cruise missiles (ASCMs), low velocity air threats (LVATs), such as helicopters, and high-speed, maneuverable surface threats.  - www.seaforces.org

Menurut data dari pihak tertentu, kos untuk satu unit ESSM mencecah sehingga $972,000 US dollar. Nilai yang agak besar untuk diterima pihak kerajaan untuk sebuah peluru berpandu. Bayangkan jika 6 buah SGPV masing-masing memiliki 12 X vertical launch cell, keseluruhan peluru berpandu yang diperlukan adalah kira-kira 72 buah . Penulis tidak ingin mengulas lagi tentang ESSM .


PELURU BERPANDU PERMUKAAN KE BAWAH PERMUKAAN 

Jenis torpedo yang akan dilengkapkan pada SGPV masih menjadi tanda tanya . Pihak W.O.M.M.S. menjangkakan torpedo yang akan diperolehi nanti pasti lebih berkemampuan berbanding Blackshark (jarak operasi : 30km) atau yang sekelas dengannya . In Shaa - Allah .


PENAMBAHAN HELIKOPTER MARITIM ?

Model SGPV yang ditayangkan di 'booth' Boustead Naval Shipyard sempena DSA 2012 turut menunjukkan 'full hangar' untuk sebuah helikopter bersaiz sederhana selain 'helicopter landing pad' .

Sehingga kini,TLDM telah mengoperasikan 6 buah Agusta Westland Super Lynx 300 dan 6 buah Eurocopter Fennec. Kedua-duanya diintegrasikan sebagai 'naval helicopter' .

Dengan hanya 12 buah helikopter dalam stok, walaubagaimanapun , 6 buah platform SGPV yang bakal ditauliahkan kelak (selain friget kelas Lekiu dan NGPV kelas Kedah) mungkin memerlukan khidmat mereka pada masa akan datang .

Malaysia perlu membeli helikopter yang diintegrasikan untuk kegunaan maritim kelak jika hendakkan aset permukaan Gowind memiliki 'on-board helicopter' masing-masing .

Antara cadangan pihak W.O.M.M.S. untuk pembelian 'naval helicopter' seterusnya oleh TLDM :


AW101 Merlin , Cost per unit : USD $21 million
Eurocopter AS565 Panther , Cost per unit : USD $18 million


21 comments:

  1. Admin,ada baiknya jika perkataan SGPV tu ditukarkan terus kepada LCS sbb bg saya istilah Patrol Vessel tu x sesuai untuk Gowind yg lengkap bersenjata.

    NSM bg saya walaupun belum battle proven tp keupayaannya menembak kapal dan sasaran di daratan boleh meninggalkan impak yg besar kepada armada negara lain.Dgr cite Kongsberg tgh lobi PM ni suh psg kt kpl TLDM.harap2 la boleh psg kt kelas Kedah dlm masa trdekat ni kalo bajet mgizinkan.

    Admin rsnye kena berhati2 gak takut org2 dr negeri angry bird dtg brkunjung nnti.tp ape2 hal pon goodjob admin sbb cbe memeriahkan blog2 pertahanan tmpatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung dan memberi maklum balas,
      Benar,SGPV yang akan dibangunkan nanti mempunyai spesifikasi sebuah LCS lebih tepat lagi dipercayai FFG . Namun,ianya sebahagian dari projek 27 buah kapal ronda yang dirancangkan sejak tahun 2000+ dan panggilan SGPV masih relevan digunakan meskipun ianya tidak langsung menyerupai spesifikasi sebuah kapal ronda (PV) . ^_^

      Saya turut mempercayai NSM . Namun,kegemilangan pengoperasian Exocet sebagai peluru berpandu sea-skimming memberi kepercayaan kepada dunia . Tidak mustahil harga Exocet amat mahal menyamai dua buah anti-ship missile buatan China mahupun Russia . Kita tunggu keputusan kerajaan .

      Terima kasih sekali lagi atas peringatan saudara . In sha Allah akan lebih berhati-hati selepas ini . ^_^

      Delete
  2. Better go for NSM, size and weight is less almost 50% compared to Exocet Block III, and more interesting, with this small size NSM,TLDM can installed up to 8 cell in Kedah class NGPV.
    Just imagine how many cell can be install in our new and shiny SGPV ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung dan memberi maklum balas,
      Yep,you're right . NSM dibangunkan menggunakan teknologi anti-perkapalan terkini hasil R&D firma pertahanan dari Norway . Betul,namun beza diamter dan panjang antara kedua-dua senjata tersebut tidak begitu jauh . Yang pasti,peluru berpandu permukaan ke permukaan yang akan dipasang pada LCS nanti akan dipasang juga pada NGPV,kemungkinan besar . Sama-sama kita menunggu keputusan dari pihak kerajaan ^_^

      Not even shiny and new,but also discovered stealth capability and against future maritime threats . ^_^

      Delete
  3. sam elok pakai mica..mngkin masa depan nnti mica juga boleh menggantikan seawolf di lekiu..bagus kalau dpt kurangkan penggunaan jenis missile..ssm pulak elok exocet mm 40 III..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung dan memberi maklum balas,
      Benar,peluru berpandu jenis Mica VL juga amat bersesuaian jika diintegrasikan bersama LCS dan mempunyai jarak dua kali lebih jauh berbanding Seawolf sedia ada. Jika hendak menggantikannya di platform Lekiu,sedikit kos diperlukan untuk menggantikan bersama sel pelancar menegak jenis DCNS Syvler A-35/A-43 untuk memuatkan Mica VL yang lebih panjang dan lebar berbanding MBDA Seawolf . Seperti yang pernah saya nyatakan,semuanya bergantung pada keputusan kerajaan di saat-saat akhir sebelum pentauliahan .

      Mengenai senjata permukaan ke permukaan,saya lebih bersetuju dengan Exocet MM40 Bloack III . Bukan setakat pengalaman,namun penggunaan dan kos penyelenggaraan senjata yang seragam juga dapat dikurangkan . Malaysia sudah mengoperasikan pelbagai versi Exocet pada platform Scorpene SSK,friget kelas Laksamana,korvet kelas Kasturi dan friget kelas Lekiu . ^_^

      Delete
  4. wow penerangan yg bernas..good job tuan blog..sy ada beberapa soalan kalau tuan blog tidak keberatan utk menjawab.

    apa status terkini bagi projek NGPV MEKO class TLDM? dengar2 dr 27 buah yg dirancang hanya 6 buah berjaya dibina. apakah pembinaan meko class masih diteruskan sekarang,kerana kerajaan dulunya merancang sekurangnya2 1 negeri dpt 1 kapal, cthnya yg sudah ditauliahkan skrng, KD kedah, KD perak dan KD kelantan...

    bagaimana dgn rancangan pembelian Mini DOKDO korea selatan yg pernah diwar2kan dulu? apakah sudah ada MoU ditandatangani ataupun TLDM masih menimbang pembelian LPD dari negara lain?

    Dinyatakan diatas Menteri pertahan dato Zahid Hamidi memanggil wakil dari setiap parti politik bagi memberikan penerangan mengenai pembelian Gowind, adakah bagi pembelian senjata2 yg lain jg wakil2 dari parti kerajaan dan pembangkang akan dipanggil bagi sesi penerangan?

    apapun teruskan usaha anda tuan blog, banyakkan lagi maklumat2 mengenai pertahanan negara, akan sy sebarkan link ke kawan2 lain agar mengunjungi blog ini. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung dan memberi maklum balas,
      In sha Allah saya cuba menjawab segala persoalan saudara/saudari .

      Projek NGPV (27 buah kapal ronda) masih diteruskan meskipun Batch pertama pengeluarannya (Kedah class) menghadapi bermacam-macam rintangan dan kesulitan.Batch kedua (SGPV/LCS) dijangka siap 2017 akan menjadikan bilangan keseluruhan NGPV yang siap dibina 12/27 . Ini bermakna 15 buah kapal ronda (PV) lagi yang tinggal . Berkenaan nama setiap negeri mendapat satu kapal , Wallahu'alam .

      Mengenai keperluan Multi-Purpose Support Ship (MPSS),kerajaan melihat ianya sebagai keperluan untuk sokongan logistik ketika bencana,pusat operasi maritim bergerak bersama helikopter 'on board',amfibia dan lain-lain . Namun,keperluannya dilihat ringan berbanding keperluan untuk TLDM memiliki skuadron helikopter/pesawat ASW tambahan,friget,kapal ronda dan lain-lain . Semua bergantung pada peruntukan kerajaan . Jika peruntukan besar berpuluh bilion,kemungkinan besar kita akan menandatangani MoU dengan firma luar mendapatkan MPSS .

      Berkenaan dengan tindakan menteri pertahanan memanggil wakil setiap parti politik bertujuan memberi pendedahan,menerangkan faedah jangka panjang negara jika membeli sesebuah aset dan bagi mengelakkan percanggahan maklumat yang akhirnya boleh menimbulkan persengketaan dan pendebatan hangat di mana-mana meja politik/perbincangan mahupun di parlimen . Maafkan saya jika tersilap . Namun,tindakan ini dilihat perlu terutama jika melibatkan pembelian aset yang bertahap mega dan mahal seperti pembelian SU-30MKM,projek NGPV,projek AV8 PARS yang dikendalikan Deftech dan bermacam lagi .

      Terima kasih sekali lagi.Maklumat saya tak berapa banyak dan terhad pasal saya masih seorang remaja dan masih tidak berkenderaan untuk ke sana ke mari mencari info pertahanan melalui event event penting seperti LIMA, DSA dan lain-lain . Mohon tegur salah dan silap saya . Hehe .

      ^_^






      Delete
  5. Saya rasa base on initial model, LCS TLDM akan dilengkapi dgn 4 modul 4 cell A-35 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 16 buah missille mica boleh dilengkapkan pada kapal ini. Namun saya berpendapat lagi elok kalau dilengkapkan dengan 2 modul 4 cell A-43 di mana kita ada option utk melengkapkan kapal ini dgn 16 buah missile aster-15. Dengan model A-43 ia juga boleh mewujudkan tandatanya kekuatan pertahanan udara yg sebenar dari armada musuh atau negara2 jiran. Adakah kita menggunakan mica ataupun aster-15. Ia juga memudahkan kita untuk upgrade kekautan pertahanan udara armada kita kepada aster-15 di masa akan datang. Sepertimana kelas formidable RSN yg dilengkapi dgn vls model A-50 yg boleh memuatkan missile aster-30 dan difahamkan kapal itu dikuatkan dgn kombinasi kedua-dua aster 15/30 tapi kita tidak pasti bilangan sebenar kombinasi tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf typo : 2 modul 8 cell A-43 bukan 4 cell

      Delete
    2. Terima kasih Count Duku ,
      Benar . Saya lebih suka jika VLS jenis Sylver A-43 dilengkapkan pada SGPV LCS milik negara pada masa akan datang . A-43 lebih tinggi dan sesuai diisi kedua-dua buah peluru berpandu dari jenis Aster 15 dan MBDA Mica VL . Namun , saya jangkakan , hanya satu sahaja jenis surface to air missile yang akan terpilih . Kemungkinan besar sistem sama akan dilengkapkan pada NGPV kelas KEDAH . Kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika mengoperasikan kedua-dua jenis senjata tersebut . Tidak dilupakan juga , RIM-162 ESSM turut tersenarai dalam calon misil SAM yang dijangkakan akan dilengkapkan pada platform LCS . Wallahu'alam ^_^

      Delete
  6. assalamualaikum...saya budak baru belajar...saya mahu tanya sesuatu..adakah kapal LCS kelas GOWIND ini sedang dibina ataupun masih dalam perbincangan?? Saya risau nasibnya akan menjadi seperti frigate batch kedua yang dipesan tetapi telah dibatalkan tidak lama dahulu,diharap saudara dapat menyatakan status kapal tersebut...Terima Kasih sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahu'alam .... Design mana yang akan dipilih sebagai LCS belum muktamad .. Boleh jadi GOWIND tersingkir ? Setahu saya,pembinaan masih belum bermula ... Kerajaan masih belum buat keputusan ... Tunggu berita dari masa ke semasa .. Terima kasih ^_^

      Delete
  7. Sekali lg kerajaan bermain politik dlm keselamatan negara. Minder pernah berkata let say it is Laksaman class corvette ini bermaksud apabila LCS ini ditauliahkan maka Laksamana class yg ada skrng akan dipencenkan. Maka bilangan kapal tetap sama shj. Lg sekali kena auta Pembelian ini cuma utk pengantian shj. Yer amat perkasa jika korvet laksamana yg ada skrng dikekalkan dgn komsep SLEP pada kelas kasturi jadi kelihatan jumlah kapal akan bertambah. TLDM akan menjadi digandingkan dgn 6 Meko,6 Laksaman kelas,6 LCS, 2 Frigate F2000,2 Kasturi F1500.2+2 submarine dgn deretan FAC dan ditambah kelas dokdo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda tepat. Pertahanan negara dipolitikkan sekali lagi secara jelas dan terang SGPV dikatakan kelas Laksamana cuma lbh besar,lbh panjang dan diperkasakan kelas laksamana yg ada sekarang. SLEP program utk laksamana kelas skrng adalah perlu utk mengurangkan kekakangan kekurangan kapal permukaan RMN. Jika pemilikan Harpoon membimbangkan kemungkinan sekatan oleh US. Apa bedanya dgn ESSM yg juga dari USA apakah kita tidak bimbang utk ini?Spt NSM ..NSM adalah inovasi teknologi dari Penguin dari USA tp versi Sweden/Norway. Jika alasan ianya baru RMN juga mengunakan Exocet yg baru ketika dahulu dan ciptaan GOWIND sendiri pun masih baru dan blm battle proven. Jika kelas Laksamana yg ada skrgn akan dipencenkan 2017 maka make thing no different in term of quantity. Hairan kenapa RMN tidak terus kepada kelas frigate yg lbh berat spt 3500 tan hingga 4000 tan. Singapore yg laut sekangkang kera dgn frigate 2700 tan? Govt hanya mempolitikan isu keselamatan ke tahap yg merbahaya sedang ZEE negara amat luas.MEKO pernah digembar gemburkan akan dipasang NSM tp mana reslutnya sekali lg utk menjadi popular utk ahli politik

      Delete
    2. Anda tepat. Pertahanan negara dipolitikkan sekali lagi secara jelas dan terang SGPV dikatakan kelas Laksamana cuma lbh besar,lbh panjang dan diperkasakan kelas laksamana yg ada sekarang. SLEP program utk laksamana kelas skrng adalah perlu utk mengurangkan kekakangan kekurangan kapal permukaan RMN. Jika pemilikan Harpoon membimbangkan kemungkinan sekatan oleh US. Apa bedanya dgn ESSM yg juga dari USA apakah kita tidak bimbang utk ini?Spt NSM ..NSM adalah inovasi teknologi dari Penguin dari USA tp versi Sweden/Norway. Jika alasan ianya baru RMN juga mengunakan Exocet yg baru ketika dahulu dan ciptaan GOWIND sendiri pun masih baru dan blm battle proven. Jika kelas Laksamana yg ada skrgn akan dipencenkan 2017 maka make thing no different in term of quantity. Hairan kenapa RMN tidak terus kepada kelas frigate yg lbh berat spt 3500 tan hingga 4000 tan. Singapore yg laut sekangkang kera dgn frigate 2700 tan? Govt hanya mempolitikan isu keselamatan ke tahap yg merbahaya sedang ZEE negara amat luas.MEKO pernah digembar gemburkan akan dipasang NSM tp mana reslutnya sekali lg utk menjadi popular utk ahli politik

      Delete
  8. Kalau statement dari Tun Mahathir ianya mungkin jadi kenyataan tp statement dari NAJIB blm tentu ..NAJIB GAGAL dlm semua segi dari segi ekonomi,pembangunan dan ketenteraan ..NAJIB tidak membuat apa2 perubahan significant pada negara

    ReplyDelete
  9. Tu la lain kali belajar buat missile sendiri.cepat dan murah.xde kerenah birokrasi.

    ReplyDelete
  10. salam..utk semua..bg saya..selain dri melengkapkan petahanan udara mgunakan peluru berpandu SAM
    elok sekiranya dilengkapkan juga dengan sistem CIWS PHALANX yg mgkn boleh ditempatkan di ats kapal itu nanti..ia boleh menjadi pertahanan terakhir sekiranya SAM gagal memintas peluru berpandu musuh..Kemampuan sistem ciws amat boleh diharapkan utk menembak peluru berpandu musuh yg dsasarkan ke kapal...ia terbukti sehingga hampir kesemua kapal perang U.S ada menggunakanya..apa pandangan admin..

    ReplyDelete
  11. salam..utk semua..bg saya..selain dri melengkapkan petahanan udara mgunakan peluru berpandu SAM
    elok sekiranya dilengkapkan juga dengan sistem CIWS PHALANX yg mgkn boleh ditempatkan di ats kapal itu nanti..ia boleh menjadi pertahanan terakhir sekiranya SAM gagal memintas peluru berpandu musuh..Kemampuan sistem ciws amat boleh diharapkan utk menembak peluru berpandu musuh yg dsasarkan ke kapal...ia terbukti sehingga hampir kesemua kapal perang U.S ada menggunakanya..apa pandangan admin..

    ReplyDelete
  12. salam..utk semua..bg saya..selain dri melengkapkan petahanan udara mgunakan peluru berpandu SAM
    elok sekiranya dilengkapkan juga dengan sistem CIWS PHALANX yg mgkn boleh ditempatkan di ats kapal itu nanti..ia boleh menjadi pertahanan terakhir sekiranya SAM gagal memintas peluru berpandu musuh..Kemampuan sistem ciws amat boleh diharapkan utk menembak peluru berpandu musuh yg dsasarkan ke kapal...ia terbukti sehingga hampir kesemua kapal perang U.S ada menggunakanya..apa pandangan admin..

    ReplyDelete